Majikan : PTPL Kota Bharu Sdn. Bhd Alamat : PT 351, Seksyen 25, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Telefon : 09-7433051 (Pn. Norasiken Md Nasir) Email : ptplkb@ptpl.edu.my
Jawatan : Tutor Teknologi Maklumat (Lelaki/Perempuan)
Kelayakan : Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Sains Komputer
# Calon yang ingin memohon sila hantar Resume Ke PTPL Kota Bharu di ptplkb@ptpl.edu.my
# Sila lampirkan bersama transkrip akademik semasa menghantar resume
Majikan : Super Service Travel Agency Alamat : Lot 2020, Batu 1 1/2, Jln. Pengkalan Chepa, P.O. Box 56, 15700 Kota Bharu Telefon : 09-7443388 (Ms Hana)
Jawatan : Reservation & Ticketing Staff (Perempuan)
Have working experience in office administration would be advantageous
Have knowledge or experience dealing with ticketing system-Galelio and Abacus would be advantageous
If interested, do hand over your hard copy resume and copy of certificate to Super Service Travel Agency office at Lot 2020, Batu 1 1/2, Jln. Pengkalan Chepa, P.O. Box 56, 15700 Kota Bharu (Near Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki)
Majikan : Kita Teamwork Sdn Bhd Alamat : Sungai Cherok, 69000 Genting Highlands Telefon : 03-79829800 (Karen Yap/ Pinky Lee) Email : pinky_lee@kita.com.my
Jawatan : Kerani Stor
Kekosongan : L = 3, P = 5, L/P = 0 Kelayakan : SPM Gaji : RM 1200.00 Keterangan :
BACHOK : Gara-gara terlalu lama menunggu gilirannya di pejabat pos dan semasa sampai gilirannya alat biometrik cap jari pula "offline" menyebabkan seorang wanita telah mengamuk di Pejabat Pos Bachok, Jalan Besar di sini semalam.
Berdasarkan cerita sumber yang kami terima, kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang wanita berumur 40-an berkenaan telah menuggu nombor gilirannya untuk mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera.
Punca kemarahannya berdasarkan sumber adalah kerana pejabat pos berkenaan hanya beroperasi satu kaunter dari empat kaunter yang ada dan setelah lama menunggu tiba-tiba dimaklumkan sistem "offline" menyebabkan dia mengamuk menjatuh dan merosakkan barangan di dalam pejabat pos berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan .
PS : Ramai individu juga tidak berpuas hati dengan pejabat pos kerana banyak kaunter yang kosong sekaligus melambatkan orang ramai kerana terpaksa menunggu. Biasanya individu yang menjalakan bisnes tahu keadaan yang sebenar kerana mereka sentiasa ke pejabat pos.
Bisnes yang melibatkan penghantaran seperti baju kurung sentiasa menggunakan pos. Terdapat juga bisnes baju kurung yang tidak memerlukan kedai , kemahiran menjahit dan kedai yang berjaya membolehkan ramai individu menjana pendapatan RM 1000 - RM 4000 Sebulan
Tiffany-Rose Davies, 23, yang dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Niall, akan menjalani pembedahan tukar jantina tidak lama lagi dengan wang yang disediakan oleh Yaser, yang berasal dari Dubai.
Mereka merancang berkahwin tahun depan dan menetap di Dubai.
Tiffany dan Yaser mula menjalin hubungan terlarang itu sejak dua tahun lalu selepas bertemu melalui Facebook.
“Dia lelaki idaman saya dengan ciri-ciri kulit gelap, kacak dan baik hati.
“Sepanjang perkenalan kami, dia telah lapan kali menemui saya di sini dan membelanjakan ribuan ringgit terhadap saya dan mahu mengahwini saya tahun depan,” katanya.
Menurut Tiffany selain pembedahan tukar jantina, dia juga akan menjalani pembedahan implan payudara selain prosedur di bahagian hidung dan mulut.
Jelasnya, dia tidak pernah meminta Yaser membayar kos pembedahan itu namun Yaser melakukannya atas kerelaan sendiri kerana melihatnya sebagai seorang wanita.
“Dia memang menyayangi saya dan tidak mahu kehilangan saya. Kami tidak pernah melakukan seks kerana saya mahu malam pertama kami menjadi amat istimewa,” katanya yang merancang mengambil anak angkat selepas berkahwin.
Sesetengah orang yang menyaksikan keadaan kedai yang musnah dalam satu kebakaran di Jeti Kuala Perlis semalam mungkin tak berasa apa-apa.
Tapi bagi yang melihat hikmah di sebalik satu bencana, maka bingkai berisi kalimah ALLAH yang tidak terjejas memberikan ilham bahawa kejadian ini pasti ada hikmahnya.
Dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi itu, dua buah kedai musnah menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian beribu ringgit.
Orang ramai yang meninjau keadaan kedai selepas kebakaran tertarik apabila melihat kalimah ALLAH dalam bingkai kayu tidak dijilat api sedangkan penutup besi pada kotak televisyen pun boleh hangus kerana haba yang tinggi.
Subhanallah, kadang kala ALLAH SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang mahu berfikir.
Sumber : makinviral.com
VIDEO : On The Spot - 7 Tanda Kebesaran Allah SWT (Kamis 18 Juni 2015)
BULAWAYO – Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.
Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pelacur yang dilanggannya.
“Saya mengadakan seks dengan seorang pelacur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu.
Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta.
Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.
Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.
Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu.
VIDEO : Ustaz azhar idrus (lawak) - tak pakai seluar dalam
BEKAS pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran 30 November ini.
Bintang berusia 40 tahun itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta naskhah.
Berita mengejut tersebut diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen penyiaran ternama ABC, Jimmy Kimmel Live pada semalam.
“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya,” katanya.
“Saya tak rasakan diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya ke arah itu,” tambahnya.
Suami kepada pereka fesyen terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.
Anak-anaknya, Brooklyn, 16; Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan ketawa dengan berita berkenaan.
“Betul ke?! Lelaki paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil ketawa.
Apa-apa pun, lelaki British itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu.
Sumber : mynewshub
VIDEO : Who is People Magazine's Sexiest Man Alive for 2015?
IMEJ dan lagak gayanya yang penuh Islamik dan kononnya merupakan mantan Imam Masjid Alice Spring di Australia pasti telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan ‘ustaz kasanova’ ini.
Mohd. Razis Ismail kini diburu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Menurut Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya yang dipetik agensi Bernama, berkata waran tangkap telah pun dikeluarkan ke atas Mohd. Razis oleh pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober lalu.
Ia berikutkan beliau atau nama baharunya iaitu Arrozi Abd. Rahman bagi tujuan penyamaran; didapati gagal untuk hadir ke mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.
Paimuzi menunjukkan gambar Mohd Razis Ismail, 33, atau dikenali sebagai ‘Ustaz Kasanova’
“Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.
“Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek,” katanya.
Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa dengan penampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa dan keluarga akan percaya padanya.
“Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi,” katanya.
Menurut beliau lagi, kebanyakan mangsa lelaki ini adalah pelajar institusi pengajian tinggi yang kebanyakan terpedaya dengan perwatakannya.
Manakala kebanyakan mangsanya adalah wanita yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.
Poster wajah suspek (Ustaz Kasanova) yang merupakan penceramah jemputan.
Sebelum ini, salah seorang daripada isteri suspek telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 September lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.
Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.
Daripada 13 orang isteri yang dikesan, hanya lima orang isteri beliau memberikan kerjasama kepada pihak Jawi untuk membantu siasatan.
Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi :
Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau
Talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771
Sumber : mynewshub
VIDEO : Ustaz Razis Ismail - Al-Maidah - Ayat 3 - 23 Mac 2014
WALAUPUN lagu ciptaannya yang berjudul Lautan berjaya melayakkan diri bertanding untuk separuh akhir Muzik-Muzik edisi ke-30, Yuna terpaksa menolaknya kerana terikat dengan komitmen kerjaya di Amerika Syarikat.
Perkhabaran itu disahkan oleh Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn. Bhd., Muhamad Sufian Che Isa.
Memetik portal mStar,
Sufian berkata: “Sebelum ini pun Yuna tidak dapat menyertai dan menggunakan khidmat penyanyi pengganti dan tahun ini dia mengambil keputusan menarik diri daripada berentap di peringkat separuh akhir”.
“Yuna menerusi pihak pengurusannya ada menghantar surat rasmi kepada pihak kami berhubung perkara itu dan pihak kami menerimanya,” katanya.
Sehubungan itu, secara automatik lagu Hey Kau nyanyian Sandra berjaya menempatkan diri sebagai 30 lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik yang bakal berlangsung pada 22, 29 November dan 6 Disember ini.
“Apabila Yuna menarik diri, lagu Hey Kau yang berada di kedudukan 31 secara automatik naik ke tangga 30 sekali gus melayakkan dia bertanding,” ujarnya.
Lagu ciptaan Yuna berjudul Terukir Di Bintang pernah menggondol trofi Juara Lagu edisi ke-27, dipersembahkan oleh penyanyi gantian yang dipilih sendiri Yuna iaitu Aizat Amdan.
Tahun lalu, gelaran Juara Lagu dimenangi penyanyi hip hop, Joe Flizzow dan Sona One menerusi lagu Apa Khabar.
Tempat kedua pula diraih lagu Masih Aku Cinta nyanyian Shila Amzah sementara tempat ketiga dimenangi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Di Pintu Syurga.
SEORANG lelaki di London telah menjadi sensasi menerusi Internet selepas bertindak berani mempertahankan seorang wanita Muslim di dalam sebuah tren di United Kingdom.
Lelaki yang dikenali sebagai Ashley Powys, 22 tahun; menceritakan kisah viral itu melalui laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat perhatian ramai netizen di sana.
Insiden terbabit berlaku ketika Ashley menaiki tren dari Oxford Circus menuju ke rumahnya di Stockwell.
Ketika dalam perjalanan menuju ke destinasinya, lelaki terbabit dikatakan duduk bertentangan dengan wanita berhijab di dalam tren itu.
Mereka berdua hanya senyum antara satu sama lain seperti orang biasa sehingga muncul seorang lelaki dari arah belakangnya menempelak wanita itu dengan bahasa yang kasar.
Jelaslah lelaki itu menunjukkan sikap Islamofobia dan anti-Islamnya terhadap wanita yang tidak bersalah itu. Dia juga dikatakan semakin agresif dengan mendekati wanita itu.
Tindakan biadab lelaki terbabit telah menarik perhatian Ashley yang berada di situ sebelum dia menolak lelaki terbabit dan menyuruhnya berundur.
“Saya duduk di sebelah wanita itu dan saya dapat melihat air matanya sudah berair kerana ketakutan. Saya tanya namanya dan wanita itu memberitahu namanya adalah Yara.
“Lelaki yang mengganas itu terus mengutuk dan menjerit ke arah Yara namun saya cuba mengalih perhatian wanita itu dengan bertanyakan khabarnya dan mengajaknya bersembang,” tulis Ashley.
Bukan itu sahaja, Ashley juga memiliki sikap prihatin dan kasih-sayang yang sangat luar biasa kerana sanggup menunggu demi memastikan keselamtan wanita itu terjamin.
“Saya cuba menjadi penghalang kepada situasi berikut supaya lelaki itu tidak dapat apa-apakan wanita berkenaan.
“Apabila tiba di destinasi yang saya tuju, saya bertanya kepadanya adakah dia mahu saya menemaninya sehingga dia turun dari tren itu? Air matanya mula mengalir kerana begitu terharu dengan sikap yang saya tunjukkan.
“Bagi saya ia adalah sifat semula jadi seorang manusia, saya hanya nampak seseorang memerlukan bantuan saya,” tambahnya.
Sifat yang ditunjukkan oleh Ashley itu sememangnya patut dipuji kerana dia sanggup menunggu dan menghantar wanita itu ke pangkuan seseorang yang lebih terjamin keselamatannya sebelum pulang ke rumah.
Lelaki budiman itu juga menyeru orang ramai untuk menangkis sifat Islamofobia serta anti-Islam susulan keganasan yang ditunjukkan oleh kumpulan militan IS yang menyerang Paris baru-baru ini.
Dia juga menggesa seluruh masyarakat untuk bersatu dan bangkit menentang pengganas berbanding berbalah sesama sendiri.
Kisah yang dikongsikan oleh Ashley itu telah mendapat perhatian pengguna laman itu dan statusnya itu setakat ini telah dikongsi lebih 8 ribu pengguna.
Sumber : mynewshub
VIDEO : Commuter's moving account of how he defended a young Muslim woman from a thug...
Dek kerana suami yang bersikap cemburu terlampau, seorang wanita hidup menderita selepas ditinggalkan suami September lalu.
Salina Ahmad menyatakan kehidupannya dihimpit kepayahan dalam menyara lima anak yang berusia tiga hingga sembilan tahun, apatah lagi sedang mengandung anak keenam.
Menurutnya, kesabarannya sudah benar-benar teruji selepas hampir 10 tahun hidup terseksa mental dan fizikal kerana sikap suami yang bukan sahaja panas baran dan terlalu cemburu, malah gagal dalam menyediakan kewangan keluarga.
“Saya tertekan hidup kami dalam serba kekurangan kerana dia bekerja tidak menentu, tetapi menuduh saya curang dengan lelaki lain apabila saya ingin bekerja membantu menambah pendapatan keluarga.
“Saya akhirnya hilang sabar selepas dia mendesak melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan telanjang bulat di depan anak-anak pada malam hari raya haji lalu.
“Dia marah sehingga melafazkan cerai apabila saya menolak kemahuannya dan enggan kembali ke pangkuannya walaupun sesekali datang menjenguk anak-anak,” katanya.
Mereka enam beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada punca pendapatan selepas gagal mendapat pekerjaan disebabkan sedang hamil tujuh bulan.
Rumah pusaka yang didiami juga bukan sahaja bocor, malah menanti untuk roboh selepas sebahagian besar dinding sudah dimakan anai-anai.
“Saya hanya mengharap belas ihsan ayah yang sudah tua menghulurkan makanan sehingga kadang-kala anak-anak saya hanya makan nasi berkuahkan minyak masak.
“Kalau tak ada beras langsung saya berikan mereka ubi kentang yang digoreng dengan bawang atau jemput-jemput pisang untuk mengisi perut.
“Saya merayu supaya diberikan tempat tinggal kerana saya sebenarnya takut tinggal di rumah ini. Lagipun saya mahu memulakan hidup baharu dengan bekerja untuk menyara anak-anak saya selepas bersalin nanti dan berpeluang menghantar anak-anak ke sekolah,” tambahnya lagi.
KUALA LUMPUR – Perbuatan kejam seorang ibu yang melupuskan mayat anak lelakinya dengan cara menanam mayat itu di bawah lantai dapur rumahnya, dibalas dengan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.
Majistret Asyida Abd Rahim@Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Boa Jia, 33, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini.
Sebelum ini, Tan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mahkamah memerintahkan wanita itu yang juga suri rumah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Mei lepas.
Tan yang memakai kemeja T berwarna pic dan seluar lokap ungu menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika jurubahasa mahkamah menunjukkan gambar mayat anaknya untuk pengecaman.
Dia kemudian mengangguk selepas mengecam gambar mayat anaknya itu.
Wanita itu didakwa melupuskan mayat Loo Yong Shen Evan, 9, dengan cara menanamnya dengan niat untuk melindungi suaminya Loo Chon Wen, 33, daripada pertuduhan membunuh di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong di sini pada 2 petang 29 Mac lepas.
Tan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala suaminya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Kitson Foong yang mewakili Tan, memohon hukuman penjara ringan atas alasan anak guamnya sangat menyesal atas perbuatannya itu selain turut menjadi mangsa dalam kejadian itu.
“Dia mengalami penderaan fizikal dan emosi yang berpanjangan selama 10 tahun. Dia dipukul hampir setiap hari dan suaminya membuatnya percaya bahawa dia dan anak-anaknya dipukul kerana kesalahan mereka.
“Dia juga mangsa dera fizikal dan emosi. Dia kesal dan insaf (dengan perbuatan itu). Dia kesal kerana kehilangan anak keduanya dan tidak boleh memberitahu sesiapa pun kerana terlalu takut. Dia amat sedih,” katanya.
Foong berkata anak perempuan tertuduh yang berusia 10 tahun dan anak lelakinya yang berumur tujuh tahun kini dijaga abang dan ibunya di Tawau, Sabah.
Tertuduh juga berharap diberi peluang kedua untuk kembali ke pangkuan keluarganya selepas menjalani hukuman penjara itu, katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil pula memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain tertuduh merupakan ibu mangsa.
Di luar mahkamah, Foong memberitahu Tan akan menjadi saksi penting pendakwaan terhadap kes suaminya selain dia juga diwakili peguam Vivian Thien.
Pada 4 Sept, mahkamah itu memindahkan kes suaminya yang didakwa membunuh anak mereka pada masa dan tempat sama, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sumber : Bernama
VIDEO : Penduduk sekitar trauma selepas kes pembunuhan kejam
JAKARTA – Rio Haryanto dianggap duta kecil Indonesia dalam arena pemotoran lasak Grand Prix 3 atau GP3 masa kini apabila muncul dalam kelompok lima pelumba terbaik dunia daripada sasaran asal cuma tempat ke-15.
Dalam kancah GP3 yang disertainya ketika ini, Rio tampil cukup hebat berbanding kehadirannya pada awal musim, malah namanya sudah mula dikenali ramai sejak berusia 17 tahun apabila muncul menjuarai sirkit Turki.
Hasilnya bendera Indonesia telah berkibar megah sebaris negara-negara lain pada setiap sirkit GP3 yang dianggap acara pembukaan sebelum berlangsungnya perlumbaan elit Formula 1 di mana-mana litar terpilih serata dunia.
Bagi Rio sendiri, dia bukan sekadar berlumba demi kerjaya, malah menurut media tempatan, pemuda kelahiran Solo pada 22 Januari 1993 itu memapar imej bendera Sang Saka Merah Putih di bampar jenteranya, model Cosworth.
Beraksi untuk pasukan British, Manor Racing, Rio tidak setakat terima dukungan penuh keluarga terutama bapa, Sinyo Haryanto dan ibu, Indah Pennywati serta abangnya, Ryan yang kerap menemani dirinya di setiap litar.
Jangan terkejut, di sebalik sokongan padu para peminatnya kerap jerit memanggil namanya, ada satu lagi perkara menjadikan diri Rio bersemangat terus berlumba tanpa jemu hadapi saingan sengit ramai pelumba handalan lain.
Rahsianya dilaporkan media Indonesia baru-baru ini, di setiap litar, Rio selalu memulakan perlumbaan dengan berdoa dan aura paling menarik, ia sentiasa membaca Ayat Kursi yang ditampal di dalam kokpit jenteranya itu.
“Ini dapat membuatkan diri saya lebih berasa tenang saat tampil di litar,” ungkapnya secara ringkas ketika diwawancara wakil beberapa media republik tersebut pada sesi perlumbaan GP3 di Hungary baru-baru ini.
Demi kerjaya lasak itu, Rio menjadikan Ayat Kursi bukan sekadar pelindung diri daripada bencana, malah sebagai wadah untuk memberi kekuatan rohani yang amat jarang diamalkan hampir semua pelumba profesional dunia.
Tanpa disedari itulah hikmah ayat 255 surah al-Baqarah selain mukjizat al-Quran yang sering diabai umat Islam sendiri walhal hakikatnya banyak rahsia tersembunyi setiap ciptaan Allah SWT.
Sumber : mynewshub
VIDEO : Rio Haryanto Menangi GP2 Series Bahrain 2015
NEW YORK – Satu burger terbaharu di kota raya New York, Amerika Syarikat dinobatkan sebagai yang terhebat di dunia walaupun tidak langsung mengandungi daging.
Superiority Burger terkenal ini berharga AS$6 (RM26) dibuat dengan hanya menggunakan pati sayur-sayuran dan dinamakan burger paling hebat di dunia oleh majalah GQ.
Pasti pilihan itu menimbulkan kontroversi, tetapi ramai yang memuji rasa dan tekstur intipati burger itu tanpa mengetahui ia sebenarnya tiada langsung menggunakan daging lembu.
Burger itu dihidangkan dengan roti ban, daun salad dan tomato selain jeruk dil dan sos. Pemilik Superiority Burger East Village, Brooks Headley berkata, isi kandungan burger sayuran rahsianya.
Namun, bekas pemain dram kumpulan punk rock tersebut malah berkata, burger vegetarian semakin popular di negara kuasa besar dunia itu.
“Saya tidak perlu makan daging untuk menikmati burger yang sempurna. Keenakannya dinikmati secara menyeluruh, setiap kunyahan pati burger digabungkan dengan ban, daun salad dan sos memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan,” katanya.
Sumber : mymetro online
VIDEO : Veggie Burgers Put to the Taste Test | Consumer Reports
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Syatilla Melvin kerana sudah pun berhijrah untuk bertudung sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, penghijrahannya itu bukanlah kerana sudah mempunyai perancangan untuk berumah tangga.
Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu. Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu
Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh, jelasnya kepada mStar Online mengenai penghijrahannya itu.
Menurut Syatilla, dia tergerak hati untuk berubah ketika melihat dirinya di hadapan cermin dan merasa bagai ada kekurangan. Percaya dengan apa yang dilakukannya, Syatilla juga menolak tawaran berlakon yang mahukannya dengan imej lama. Semoga perubahan ini membawa kebaikan kepada Syatilla.
Sumber : mstar online
VIDEO : Hijab Seorang Isteri FULL Pelakon Eja Siti Shahrizah, Azam Pitt, Syatilla Melvin
BANGKOK – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai manusia paling tinggi di dunia meninggal dunia akibat komplikasi penyakit berpunca daripada kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat.
Pornchai Saosri dengan mempunyai ketinggian 2.69 meter meninggal dunia pada usia 26 tahun di kediaman keluarganya di kampung Ban Takaeo di wilayah Prasat, Thailand pada Isnin lalu.
Diberi nama timangan Oaf oleh ahli-ahli keluarganya, dia baru-baru ini telah dimasukkan ke sebuah hospital berhampiran dan hanya mampu berbaring kerana menghidap pelbagai penyakit.
Oaf dilaporkan sebagai lelaki paling tinggi di dunia, tetapi dia tidak pernah mendapat pengiktirafan rasmi kerana tidak mampu berdiri lurus dan ketinggiannya hanya diukur ketika duduk.
Lelaki paling tinggi di dunia yang dicatat secara rasmi dalam Rekod Dunia Guinness pada masa kini dipegang oleh Sultan Kosen dari Turki yang mempunyai ketinggian hanya 2.51 meter.
Pornchai menderita penyakit darah tinggi dan meninggal dunia sejurus pulang dari hospital berkenaan selepas menerima rawatan selama seminggu.
Lelaki tersebut dijaga oleh ibunya, Woen Saosri, 56 tahun; dan bapanya, Saran, 60 tahun; dan seorang anak saudara perempuannya yang berusia 15 tahun.
Woen dilaporkan menemui anaknya itu sudah tidak lagi bernyawa ketika pulang ke rumah selepas mengambil upah mencuci pinggan.
Keluarga Pornchai sebelum ini pernah merayu orang ramai membantu membiayai kos perubatan lelaki itu.
Pornchai ketika itu berkata, dia mahu sebuah katil yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah seperti di hospital untuk memudahkan pergerakannya.
“Saya juga mahu mempunyai wang bagi membayar hutang ibu saya yang sudah tua ini,” katanya.
Sumber : mynewshub
VIDEO : 8ft 8ins World's Tallest Man Dead At 26 ( Pornchai Saosri ) 2015
Raut wajahnya yang hampir seiras dengan penyanyi terkenal Mariah Carey membuatkan Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 29, kelihatan seperti selebriti Hollywood.
Bukan setakat memiliki kecantikan paras rupa yang semulajadi malah dianugerahkan bentuk badan yang sempurna serta seksi bergaya.
Terbaru, cerita tentang diri Farahdhiya kembali kedengaran di media-media hiburan selepas dia didakwa baru sahaja putus cinta dengan suami orang yang juga seorang saudagar hotel, berbangsa ala-ala Arab.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu tampil menafikan gosip lair berkenaan dan memaklumkan yang beliau sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita dia sudah putus cinta dengan suami orang.
TEKA-TEKI spekulasi kehamilan penyanyi No.1 negara akhirnya terjawab, apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini sebenarnya sedang hamil hampir dua bulan.
Berita gembira itu didedahkan oleh seorang sumber keluarga terdekat penyanyi tersebut kepada sebuah akhbar tempatan.
Ya, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu.
Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak mengiyakan berita kehamilan itu.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat penafian kerana memang benar Siti sudah hamil.
Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu.
Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.
Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini, ujar sumber tersebut.
Bagaimanapun, tambah sumber itu, Siti akan berkongsi berita baik tersebut kepada semua apabila tiba masanya.
Mengikut perkiraan,isteri kepada Datuk Khalid Jiwa ini dijangka bersalinpada bulan Jun atau Julai tahun depan.
Sebelum ini, heboh di laman sosial apabila Siti memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.
Spekulasi kehamilannya diperkukuhkan lagi apabila sebuah rakaman video menunjukkan Hetty Koes Endang melarang Siti Nurhaliza daripada menari dan melompat dalam konsert Satu Suara yang berlangsungbaru-baru ini tersebar sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai.
Anak teruna Ahmad Dhani yang bernama Al Ghazali, dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Nadira Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
MEDIA Indonesia kini sedang heboh dengan berita percintaan anak penyanyi dan komposer terkenal negara itu, Ahmad Dhani dengan anak perempuan seorang menteri kabinet Malaysia.
Anak teruna Ahmad Dhani yang bernama Al Ghazali, dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Nadira Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Perkhabaran itu diperkuatkan lagi dengan kelibat keduanya yang hadir berpegangan tangan dalam sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.
Kedua-duanya juga dikatakan tidak menafikan mereka sedang rapat.
Tengku Nadira merupakan anak bongsu Tengku Adnan dengan isterinya, Enny Beatrice yang merupakan seorang pelakon yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.
Tengku Nadira juga terkenal sebagai penyanyi di negara seberang.
VIDEO : Al Ghazali Gandeng Tengku Nadira - Intens 30 Oktober 2015
SEBELUM ini, golongan anak muda khususnya pengguna vape telah menggeluarkan video parodi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) yang bertindak melakukan rampasan besar-besaran perisa rokok elektronik vape.
Terbaharu, golongan ini menghasilkan pula perisa baru vape jenama ‘Uncle Maniam’ yang memaparkan wajah mirip Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Gambar yang diambil dari sebuah laman komuniti peminat vape di Facebook itu, sehingga kini giat dikongsikan setelah beberapa jam ia dimuat naik.
Botol cecair perisa berkenaan yang labelnya berwarna hitam, tertera motto ‘Uncle Maniam flava, most special product’ (perisa Pakcik Maniam, produk berperisa khas) dan ‘unknown taste’ (perisa tidak diketahui).
Kewujudan perisa vape ini dipercayai sebagai tanda geram terhadap tindakan KKM yang bagi para peniaga vape adalah keterlaluan kerana tiada garis panduan atau notis dikeluarkan sebelum rampasan dibuat.
Ini menyebabkan mereka yang baru berjinak-jinak menjalankan perniagaan vape yang mana sebahagian besarnya anak muda, mengalami kerugian besar.
VIDEO : Isu Perisa: Peniaga Vape Buat Jualan Penghabisan Stok