Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Tuesday, 21 June 2016

Pelakon Linda Helmi Telah Kembali Ke Rahmatullah..



Pelakon yg cukup popular di era 90an terutama dlm slot "Spektra" Linda Helmi (didalam gambar bertudung putih) telah kembali ke rahmatullah pada ptg tadi (21-June-2016 / 16 Ramadhan, 1437) kerana kegagalan hati...
Beliau terkenal dgn watak ibu tiri yg garang serta pernah memenangi anugerah pelakon pembantu tv Terbaik di anugerah Skrin 1996 : melalui drama "Ribuan Mimpi-mimpi"
Jenazah berada di No 596, Jalan Besar, Lubuk Merbau, 33010 Kuala Kangsar , Perak.
"Ya Allah, Ampunilah saudara kami Linda Helmi (Norlida bt Ahmad) naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya"
(Riwayat Imam Muslim)
Al-Fatehah (ayuh kita membacanya dgn ikhlas dan niatkan pahala bacaan ini buat Allahyarham)
Foto credit to Farisha Irwayu Ghali
Sumber FB Farisha Irwayu Ghali

Wednesday, 25 May 2016

PANAS ! Padah Tayang Gambar, Mira Filzah Di Ancam Dengan Komen LUCAH Dari Peminatnya !

GAMBAR SEBENAR

GAMBAR YANG DIEDIT..SANGAT MEMALUKAN

Bahaya betol la manusia zaman sekarang ni.. Video atau gambar yang langsung tak ada unsur-unsur yang boleh menaikkan nafsu pun boleh terima komen lucah.. Selalu yang dok terima komen-komen lucah ini memang artis-artis wanita la..

Nampaknya pelakon baru wanita muslimah, Mira Filzah pun dah terima komen lucah.. Geli woi baca komen lucah lelaki tak sedar diri ni! Kalau tengok video biasa-biasa je Mira ini buat, mungkin dengan suara manja Mira dan wajah ayu Mira tu dah buatkan lelaki gila seks tu tergoda..

Video yang dikongsikan Mira ini hanya video dia memberi salam kepada peminat-peminatnya.. Tapi, video tu pun terima komen lucah dari lelaki gila seks.. Ini antara ayat-ayat lucah yang ditinggalkan di ruangan komen, “mira boleh menonggeng atas katil bilik saya . saya nak jilat bontot awak yg besar tu”..


Itulah yang bahayanya kalau kongsi gambar atau sebarang video kat media sosial.. Tak dapat nak lari dari terima komen lucah macam ini.. Nak pulak orang yang kongsikan video itu cantik dan ayu macam Mira..

Tak ada buat aksi lucah pun dah boleh naikkan nafsu lelaki.. Kesian kat adik Mira yang baru nak fokus pada kerjaya lakonan ni, kongsi video beri salam pun dapat komen lucah.. Ada peminat wanita cakap Mira ni dah semakin gedik, betul ke? Takkan bagi salam pun ramai peminat wanita rasa Mira gedik?

Thursday, 19 May 2016

SUFI : "TIada Istilah Kami Sudah Berdamai"


Penyanyi Sufi AF yang sebelum ini mempunyai persengketaan dengan bapa tirinya selepas mendakwa pernah mengalami penderaan seksual mahu peminat tahu bahawa dia belum berdamai dengan lelaki itu.

Ini kerana ada pihak yang mengatakan sedemikian selepas terlihat Sufi bersalaman dengan Ariff Dollah. 

Menjelaskan perkara itu kepada Harian Metro, Sufi berkata,

“Saya masih belum berdamai tetapi hanya bersikap profesional. Tiada istilah kami sudah berdamai. Takkan hanya dengan satu salam pada malam itu saya sudah memaafkan dia. Namun saya gembira dan berbesar hati apabila Arif dan rakan-rakan dari Singapura datang menyokong saya”

“Bagi saya, apa yang saya lakukan lebih kepada bersikap profesional kerana saya percaya kami pasti akan bertemu dalam mana-mana majlis hiburan. Jadi, tiada sebab untuk saya mengelak daripada berjumpa dengannya,” ujarnya. 

Sudah pasti bukan mudah melupakan apa yang berlaku lebih-lebih bila melibatkan sesuatu yang menyentuh maruah diri. Namun pujian buat Sufi kerana mengaku mahu terus menjadi profesional dalam bidang ini

Sumber : HarianMetro

Monday, 9 May 2016

SURAM BEBBBB !!! Respon Penonton Anugerah Bintang Popular 2016


Anugerah Bintang Popular selalunya menjadi tumpuan sejak lebih dari 2 dekad mula diperkenalkan. Anugerah ini merupakan antara yang ditunggu-tunggu.

Semalam telah berlangsung ABPBH untuk tahun 2016 di PICC Putrajaya dengan menampilkan 4 pengacara iaitu Zizan Razak, AG, Mira Filzah dan juga Haiza.

Senarai penuh para pemenang boleh di lihat DI SINI.

Namun ada segelintir penonton merasakan anugerah ini agak sedikit hambar pada tahun ini. Jom baca komen dari para penonton.





Keputusan Penuh ABPBH 2016

Ini merupakan keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita harian bagi tahun 2016. Tahniah kepada para pemenang. Jom layan:

ANUGERAH UTAMA

Bintang Paling Popular
-Neelofa

Artis Baru Lelaki Popular
-Sufi

Artis Baru Wanita Popular
-Mira Filzah

Artis Versatil Popular
-Ifa Raziah

Pelakon Filem Lelaki Popular
-Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular
- Fathia latiff

Pelakon TV Lelaki Popular
-Sharnaaz Ahmad 

Pelakon TV Wanita Popular
-Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular
-Aizat

Penyanyi Wanita Popular
-Adira

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
-Wings

Artis Komedi Popular
-Abam

Pengacara TV Popular
-Neelofa

Penyampai Radio Popular
-DJ Lin (Suria)


KATEGORI ONLINE

Artis Youtube 
- Siti Nordiana

Artis Trending 
- Ayda Jebat

Artis Aksi Selfie Popular
-Saharul Ridzwan

Personaliti Media Sosial Popular
-Lara Alana

ANUGERAH KHAS


Anugerah pencapaian sepanjang hayat 
- Fauziah Ahmad Daud 

 Artis ikon ‪#‎respek‬ popular
- Datuk Aznil Nawawi





Wednesday, 18 November 2015

DAVID BECKHAM DAPAT GELARAN LELAKI PALING SEKSI TAHUN 2015!



BEKAS pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran 30 November ini.

Bintang berusia 40 tahun itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta naskhah.

Berita mengejut tersebut diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen penyiaran ternama ABC, Jimmy Kimmel Live pada semalam.



“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya,” katanya.
“Saya tak rasakan diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya ke arah itu,” tambahnya.

Suami kepada pereka fesyen terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.

Anak-anaknya, Brooklyn, 16; Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan ketawa  dengan berita berkenaan.
“Betul ke?! Lelaki paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil ketawa.

Apa-apa pun, lelaki British itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu.

Sumber : mynewshub


VIDEO : Who is People Magazine's Sexiest Man Alive for 2015?


YUNA TARIK DIRI JUARA LAGU KERANA KOMITMEN KERJAYA DI AS



WALAUPUN lagu ciptaannya yang berjudul Lautan berjaya melayakkan diri bertanding untuk separuh akhir Muzik-Muzik edisi ke-30, Yuna terpaksa menolaknya kerana terikat dengan komitmen kerjaya di Amerika Syarikat.

Perkhabaran itu disahkan oleh Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn. Bhd., Muhamad Sufian Che Isa.

Memetik portal mStar,
Sufian berkata: “Sebelum ini pun Yuna tidak dapat menyertai dan menggunakan khidmat penyanyi pengganti dan tahun ini dia mengambil keputusan menarik diri daripada berentap di peringkat separuh akhir”.
“Yuna menerusi pihak pengurusannya ada menghantar surat rasmi kepada pihak kami berhubung perkara itu dan pihak kami menerimanya,” katanya.

Sehubungan itu, secara automatik lagu Hey Kau nyanyian Sandra berjaya menempatkan diri sebagai 30 lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik yang bakal berlangsung pada 22, 29 November dan 6 Disember ini.
“Apabila Yuna menarik diri, lagu Hey Kau yang berada di kedudukan 31 secara automatik naik ke tangga 30 sekali gus melayakkan dia bertanding,” ujarnya.

Lagu ciptaan Yuna berjudul Terukir Di Bintang pernah menggondol trofi Juara Lagu edisi ke-27, dipersembahkan oleh penyanyi gantian yang dipilih sendiri Yuna iaitu Aizat Amdan.

Tahun lalu, gelaran Juara Lagu dimenangi penyanyi hip hop, Joe Flizzow dan Sona One menerusi lagu Apa Khabar.

Tempat kedua pula diraih lagu Masih Aku Cinta nyanyian Shila Amzah sementara tempat ketiga dimenangi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Di Pintu Syurga.

Sumber : mynewshub

VIDEO : Yuna - Rescue



Friday, 13 November 2015

SYATILLA MELVIN KINI BERTUDUNG BERSEDIA JADI ISTERI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Syatilla Melvin kerana sudah pun berhijrah untuk bertudung sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, penghijrahannya itu bukanlah kerana sudah mempunyai perancangan untuk berumah tangga.


 Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu. Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu
Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh, jelasnya kepada mStar Online mengenai penghijrahannya itu.


Menurut Syatilla, dia tergerak hati untuk berubah ketika melihat dirinya di hadapan cermin dan merasa bagai ada kekurangan. Percaya dengan apa yang dilakukannya, Syatilla juga menolak tawaran berlakon yang mahukannya dengan imej lama. Semoga perubahan ini membawa kebaikan kepada Syatilla.

Sumber : mstar online

VIDEO : Hijab Seorang Isteri FULL Pelakon Eja Siti Shahrizah, Azam Pitt, Syatilla Melvin



8 GAMBAR ARTIS INI SEMAKIN HOT DENGAN FOTO-FOTO TERBARU MENJOLOK MATA


Raut wajahnya yang hampir seiras dengan penyanyi terkenal Mariah Carey membuatkan Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 29, kelihatan seperti selebriti Hollywood.


Bukan setakat memiliki kecantikan paras rupa yang semulajadi malah dianugerahkan bentuk badan yang sempurna serta seksi bergaya.

Terbaru, cerita tentang diri Farahdhiya kembali kedengaran di media-media hiburan selepas dia didakwa baru sahaja putus cinta dengan suami orang yang juga seorang saudagar hotel, berbangsa ala-ala Arab.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu tampil menafikan gosip lair berkenaan dan memaklumkan yang beliau sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita dia sudah putus cinta dengan suami orang.







VIDEO : Farahdhiya- Ku Tak Rela (Akustik live)



ALHAMDULILLAH SITI NURHALIZA HAMIL KANDUNGAN HAMPIR 2 BULAN


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

TEKA-TEKI spekulasi kehamilan penyanyi No.1 negara akhirnya terjawab, apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini sebenarnya sedang hamil hampir dua bulan.

Berita gembira itu didedahkan oleh seorang sumber keluarga terdekat penyanyi tersebut kepada sebuah akhbar tempatan.

Ya, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu.

Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak mengiyakan berita kehamilan itu.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat penafian kerana memang benar Siti sudah hamil.

Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu.

Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini, ujar sumber tersebut.

Bagaimanapun, tambah sumber itu, Siti akan berkongsi berita baik tersebut kepada semua apabila tiba masanya.

Mengikut perkiraan,isteri kepada Datuk Khalid Jiwa ini dijangka bersalinpada bulan Jun atau Julai tahun depan.

Sebelum ini, heboh di laman sosial apabila Siti memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Spekulasi kehamilannya diperkukuhkan lagi apabila sebuah rakaman video menunjukkan Hetty Koes Endang melarang Siti Nurhaliza daripada menari dan melompat dalam konsert Satu Suara yang berlangsungbaru-baru ini tersebar sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai.

Sumber : mynewshub

VIDEO : Adakah benar Datuk Siti Nurhaliza hamil?



Thursday, 12 November 2015

ANAK AHMAD DHANI BERCINTA DENGAN ANAK MENTERI MALAYSIA?

Anak teruna Ahmad Dhani yang bernama Al Ghazali, dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Nadira Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

MEDIA Indonesia kini sedang heboh dengan berita percintaan anak penyanyi dan komposer terkenal negara itu, Ahmad Dhani dengan anak perempuan seorang menteri kabinet Malaysia.

Anak teruna Ahmad Dhani yang bernama Al Ghazali, dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Nadira Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Perkhabaran itu diperkuatkan lagi dengan kelibat keduanya yang hadir berpegangan tangan dalam sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.

Kedua-duanya juga dikatakan tidak menafikan mereka sedang rapat.

Tengku Nadira merupakan anak bongsu Tengku Adnan dengan isterinya, Enny Beatrice yang merupakan seorang pelakon yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Tengku Nadira juga terkenal sebagai penyanyi di negara seberang.

VIDEO : Al Ghazali Gandeng Tengku Nadira - Intens 30 Oktober 2015

INGAT LAGI PELAKON CILIK INI RAMAI TERKEJUT DAN TERPUKAU DENGAN PENAMPILAN TERBARUNYA


Baru-baru ni kami menerima beberapa keping foto comel seorang kanak-kanak perempuan kiriman pembaca setia MAKINVIRAL! melalui email. Bila diamati foto tersebut, nampak begitu familiar sekali cuma namanya sahaja tak tahu.

Rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelakon cilik yang kini sudah meningkat dewasa dan kembali menyinari industri seni tanah air setelah lama ditinggalkan. Memang dulu selalu nampak kan?

Berikut beberapa info menarik tentang dirinya yang sempat kami geledah.


Filem Pisau Cukur & Talentime

Semasa kanak-kanak, Amelia Henderson ini pernah beberapa kali berlakon drama, filem dan teater. Antara yang paling diingati ialah menerusi filem Pisau Cukur dan Talentime arahan arwah Yasmin Ahmad.



Model kanak-kanak

Patutlah macam familiar je kan sebabnya masa kecil dulu wajahnya sering muncul di kaca TV dengan beberapa iklan. Malah acap kali juga menghiasi majalah sejak berumur 3 tahun



IQ 180

Bukan mahu terlalu memuji Amelia ini tapi hakikatnya dia memiliki IQ 180 dan disahkan Mensa, organisasi yang mengiktiraf golongan genius di dunia.

Kira bijak pandai juga lah dan tak mustahil sebab ibunya seorang dentist dari India manakala bapa pula arkitek berasal dari Scotland.


Drama terbaru, Keluarga Pontimau TV3

Selepas sekian lama tak muncul dengan drama, gadis ini tampil dengan drama terbaru Keluarga Pontimau menerusi TV3. Itu yang buat ramai tertanya-tanya, siapakah dia. Macam pernah nampak.




Penyampai radio & hos TV di beberapa rancangan Astro



Kahwini kerabat Diraja Kedah

Sekitar Ogos lalu, Amelia yang baru berusia 20 tahun ini baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan salah seorang kerabat Kedah iaitu Tunku Harun. Memang sama cantik sama padan.


Sebenarnya lagi info menarik tentang Amelia Henderson ini tapi cukup lah yang ini dahulu ya.

Sumber : Tunku Harun, Ameliath

Wednesday, 11 November 2015

KOMEN PEDAS SHEEDA DANGDUT UNTUK M NASIR #GEGARVAGANZA

Selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza, penyanyi Sheeda nampaknya meluahkan rasa sedih dan terkilannya terhadap kritikan tidak membina juri terhadapnya.


Melalui laman Instagram miliknya, Sheeda berkata,
"Sy terima keputusan ini dengan hati yg terbuka tetapi terkilan dengan komen2 yg diberikan oleh pihak juri..sy menyertai@gegarvaganza_2015 atas semangat utk memeriahkan lagi industri muzik tanah air..
"Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekkan dan ketawa terbahak2..berjuta rakyat malaysia menonton melihat maruah sy diperlekeh sebegitu rupa..sy bertanding atas dasar vokal atau umur???


Terasa diri diejek dan diperlekeh kerana faktor umur dijadikan isu sensasi, Sheeda lantas mempertikaikan pertandingan itu adalah berdasarkan vokal atau umur?

Dalam masa yang sama, ramai di kalangan peminatnya juga menyatakan perkara yang sama. Mereka menganggap komen juri berkenaan adalah tidak wajar dan tidak profesional sama sekali.

Namun, siapakah juri yang dimaksudkan? Nyata sekali dengan komen-komen yang diberikan melalui laman sosial itu, mereka menujukan kepada M.Nasir.

Apa pun, diharapkan komen yang diberikan untuk minggu akan datang lebih menyentuh kepada kritikan membina untuk persembahan dan juga vokal. Soal umur, sesiapa pun bakal menjadi tua, bukan? Jadi, fikir-fikirkan.


AKHIRNYA, RAMLY MS BUAT PENGAKUAN YANG TERLALU JUJUR MENGENAI ZUL HANDY BLACK



Bekas vokalis Handy Black, Zul telah disingkirkan dalam program realiti iaitu Gegar Vaganza 2 pada hari Ahad yang lepas.

Ramai yang terkejut susulan daripada berita penyingkiran Zul Handy Black yang memiliki suara yang agak sedap untuk didengari.

Komposer terkenal, Datuk Ramly MS telah tampil dengan pandangannya yang tersendiri berikutan penyingkiran Zul Handy Black dan juga Ezlynn.

"Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.
"Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia.

Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi in tune.Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari the best among the best.

"Mereka (Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama. Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka deliver," katanya. 

VIDEO :  Gegar Vaganza 2015 - Zul Handy Black