Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
TEKA-TEKI spekulasi kehamilan penyanyi No.1 negara akhirnya terjawab, apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini sebenarnya sedang hamil hampir dua bulan.
Berita gembira itu didedahkan oleh seorang sumber keluarga terdekat penyanyi tersebut kepada sebuah akhbar tempatan.
Ya, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu.
Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak mengiyakan berita kehamilan itu.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat penafian kerana memang benar Siti sudah hamil.
Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu.
Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.
Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini, ujar sumber tersebut.
Bagaimanapun, tambah sumber itu, Siti akan berkongsi berita baik tersebut kepada semua apabila tiba masanya.
Mengikut perkiraan,isteri kepada Datuk Khalid Jiwa ini dijangka bersalinpada bulan Jun atau Julai tahun depan.
Sebelum ini, heboh di laman sosial apabila Siti memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.
Spekulasi kehamilannya diperkukuhkan lagi apabila sebuah rakaman video menunjukkan Hetty Koes Endang melarang Siti Nurhaliza daripada menari dan melompat dalam konsert Satu Suara yang berlangsungbaru-baru ini tersebar sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai.
Sumber : mynewshub
0 comments