Thursday 28 May 2015

Isu Cinta, Neelofa Lebih Selesa Berdiam Diri


Masih lagi diburu mengenai kisah cintanya bersama Hans Isaac, Neelofa menafikan dia kembali bercinta dengan pelakon dan penerbit tersebut selepas tahun lalu namun mengaku sudah bercakap semula dengan Hans selepas Aidilfitri tahun lalu, hanya sekadar kawan.

“Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang. Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam,” katanya kepada Harian Metro.

Spekulasi percintaan antara Neelofa dan Hans mula diperkatan sejak tahun 2011 lagi ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran filem Lemak Kampung Santan.

Manakala kisah mengenai percintaan mereka kembali diperkatakan apabila Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya, April lalu.

Wednesday 20 May 2015

Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus Masih Berahsia Status Hubungan

Sebelum ini beberapa media tempatan telah melaporkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus ialah sepasang kekasih. Bagaimanapun, Anis yang ditemui semasa majlis pelancaran produk Biogenesis Collagen, menyangkal dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa dia dan Sharnaaz merupakan teman rapat sahaja.

“Berkenaan itu kami tidak pernah mengaku bercinta yang boleh saya cakap kami hanyalah kawan sahaja. Saya cuma sokong dia sebagai sahabat serta sebagai seorang kawan dia yang paling rapat disebabkan itulah dia menjadikan saya sebagai testimony untuk pengeluaran produk Biogenesis Collagen itu,” katanya yang turut menjadi pengacara pada majlis tersebut.

Mengenangkan keluarga yang berada di perantauan Anis lebih selesa tidak bercakap tentang hubungannya yang masih lagi samar demi menjaga maruah kedua-dua ibubapanya dan sekiranya benar dijodohkan bersama Sharnaaz dia sendiri akan memberitahunya kepada umum.

“Keluarga saya jauh mereka berada di Indonesia dan saya merupakan anak tunggal. Ibu bapa saya percayakan saya seorang di Malaysia. Untuk menjaga maruah mereka saya rasa perkara ini tidak perlulah untuk diperbesarkan. Sekiranya terjadi betul barulah bolehlah mengaku. Jadi sekarang ini kami hanya berkawan rapat sahaja dan tak perlu digembar-gemburkan”

“Buat masa ini ya Sharnaaz memang kawan rapat saya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz telah pun berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Anis dan mereka telah pun mengenali antara satu sama lain.

“Keluarga saya pernah berjumpa dengannya dan itu adalah syarat pertama iaitu mesti berjumpa dengan keluarga kerana ibubapa saya mestilah mengetahui siapa yang saya berkawan memandangkan mereka tinggal jauh,” tambahnya lagi.

Sunday 10 May 2015

Neelofa Dan Hans Isaac Ambil Jalan Untuk Berahsia Soal Cinta


Sebelum ini, walaupun tidak pernah menghebahkan mengenai kisah cinta mereka, ramai yang sudah mengetahui bahawa cinta antara Neelofa dan juga Hans Isaac sudah pun berakhir namun ada sumber mengatakan mereka telah kembali keluar bersama baru-baru ini.

Menurut sumber ruangan Miss J di dalam Pancaindera hari ini, Neelofa dan Hans didakwa telah keluar bersama di sebuah restoran di ibu kota. Tambah sumber itu lagi, mereka kelihatan mesra ketika menikmati hidangan bersama-sama.

Sebelum ini, Neelofa sendiri pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menghubungi Hans selepas putus cinta dan kali terakhir mereka bersua adalah ketika di dalam rancangan MeleTOP.

Bak kata Hans sebelum ini, dia sudah ada wanita pilihan di hatinya, namun belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. Apa-apa pun, baik Neelofa mahu pun Hans, masing-masing mengambil pendekatan untuk berahsia mengenai soal percintaan.