Wednesday, 20 May 2015

Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus Masih Berahsia Status Hubungan

22:12:00

Sebelum ini beberapa media tempatan telah melaporkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus ialah sepasang kekasih. Bagaimanapun, Anis yang ditemui semasa majlis pelancaran produk Biogenesis Collagen, menyangkal dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa dia dan Sharnaaz merupakan teman rapat sahaja.

“Berkenaan itu kami tidak pernah mengaku bercinta yang boleh saya cakap kami hanyalah kawan sahaja. Saya cuma sokong dia sebagai sahabat serta sebagai seorang kawan dia yang paling rapat disebabkan itulah dia menjadikan saya sebagai testimony untuk pengeluaran produk Biogenesis Collagen itu,” katanya yang turut menjadi pengacara pada majlis tersebut.

Mengenangkan keluarga yang berada di perantauan Anis lebih selesa tidak bercakap tentang hubungannya yang masih lagi samar demi menjaga maruah kedua-dua ibubapanya dan sekiranya benar dijodohkan bersama Sharnaaz dia sendiri akan memberitahunya kepada umum.

“Keluarga saya jauh mereka berada di Indonesia dan saya merupakan anak tunggal. Ibu bapa saya percayakan saya seorang di Malaysia. Untuk menjaga maruah mereka saya rasa perkara ini tidak perlulah untuk diperbesarkan. Sekiranya terjadi betul barulah bolehlah mengaku. Jadi sekarang ini kami hanya berkawan rapat sahaja dan tak perlu digembar-gemburkan”

“Buat masa ini ya Sharnaaz memang kawan rapat saya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz telah pun berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Anis dan mereka telah pun mengenali antara satu sama lain.

“Keluarga saya pernah berjumpa dengannya dan itu adalah syarat pertama iaitu mesti berjumpa dengan keluarga kerana ibubapa saya mestilah mengetahui siapa yang saya berkawan memandangkan mereka tinggal jauh,” tambahnya lagi.

0 comments