Saturday 30 April 2016

HAFIDZ ROSHDI : " Dia berjaya tundukkan saya | MR.Kening "



“Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan-Tuan / Puan-Puan, pihak Media dan semua peminat yang dihormati, "

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Majlis Pernikahan saya dengan Nurul Shuhada Binti Mat Shukri telah selamat dilangsungkan. Majlis yang diraikan secara sederhana ini berjalan dengan lancar dan sempurna pada jam 11.00 pagi, 30 April 2016 di Perlis dan telah dihadiri oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak. 

Untuk makluman, saya dan Shu telah berkawan lebih dari 3 tahun iaitu sebelum saya menceburi bidang lakonan lagi. Kami berkenalan semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam. Pada 30 November tahun lepas, kami telah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini. 

Mungkin pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada semua tetapi jodoh kami telah tiba. Maka saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhirnya. Keputusan ini dibuat setelah kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan majlis ini. Majlis pada 30 April ini adalah majlis di pihak keluarga pengantin perempuan dan majlis di pihak keluarga saya pula akan dimaklumkan kemudian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua di atas sokongan. 

Wassalaam".


SUMBER : FB PAGES HAFIDZ ROSHDI

MENYERAMKAN !!! Kisah BENAR Misteri Jalan Karak Yang Masih Ramai Tidak Tahu !


SEBENARNYA Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru). Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan bermisteri, pasti Karak akan tersenarai. Sememangnya makhluk halus ini wujud iaitu daripada syaitan dan jin yang sentiasa menggangu manusia. Tidak hairanlah sebut sahaja dengan tempat yang di anggap 'keras' di kaitkan dengan gangguan makhluk halus. Mana tak nya kisah Karak ini sampai di filemkan bagi menyampaikan kisah seram yang berlaku di Karak. Entri kali ini penulis berkongsi mengenai kisah benar yang berlaku di KARAK yang di ambil daripada forum bebas di dalam blog-blog bebas. 

Berikut ialah cerita-cerita misteri yang berlaku di Lebuhraya Karak dan Jalan lama Karak-Bentong…Sememangnya cerita ini adalah benar, wallahualam:

a. Lebuhraya Karak 

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. 

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta. 

2. Kalau anda semua perasan di Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang), banyak lori berhenti pada waktu malam (tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”. 

3. Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan diganggu selepas terowong karak..'dia' akan potong kereta mangsa dan selepas itu 'dia' akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga…....... 

4. Penemuan Kereta Misteri (seingat penulis, kejadian ini baru juga berlaku)

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. 

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. 

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. 
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi. 
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembali kali kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula. Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!  

Friday 29 April 2016

Kau Memang Tak Layak Untuk Aku..Dasar Perempuan Murahan !! Aku Ceraikan Kau Dengan Talak 3 !!


Salam admin...mohon hide profile sbb sy pnjam fb kwn...

Sy perkenalkan diri sy dlu..name sy ahmad, umur 28 thn, sy bekerja dlm sektor swasta dgn jawatan dan gaji yg tinggi...sy nk berkongsi dgn semua tentang kisah rumah tangga sy...sy harap para suami di luar sana supaya menghargai isteri anda dan jgn sesekali membuat tindakan yg terburu- buru jika tidak anda akn menyesal seperti sy..

Sy dah berkahwin atas pilihan orang tua.. isteri sy bernama yana... cantik, lemah lembut dan bersopan orgnya... anak yatim piatu..berasal dr selatan tanah air...dan yg paling penting br berusia 18 thn... mak dan ayh sy memang berharap yana akan jd isteri sy.. 

Pada mulanya sy x setuju dgn pilihan mak ayh..sy sanggup cari sape perempuan bernama yana yg akn kawen dgn sy kononye sy nk warning die la supaya tolak pinangan mak ayah sy..tp mase pertama kali berjumpa dgn yana..sy jd speechless..sy jatuh cinta dgn yana...So sy pon setuju dgn pilihan mak ayah... sy bangga dgn dpt yana...dahla cantik..lengkap pakej jd isteri idaman...dan yg paling penting ank dara sunti...

Semuanye berjalan dgn lancar...sy sygkn yana lebih dari segala - galanye...sy sangkakn panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..dlm diam2 rupanya ada manusia lain yg dengki dan tak boleh tengak org lain bahagia...kwn sepejabat sy ( sy pnggil die emy) die yg menghancurkan hubungan sy dan isteri..dlm diam2 die cube mempengaruhi sy utk syak isteri sy sendiri...mula2 sy dpn menepis fitnah2 yg die buat tp lame2 sy pon termakan fitnah...sy mula syak isteri sy sendiri...sy layan yana lebih kurang...klu selama nie sy la suami yg paling romantik tp sekarang semua tua da hilang...tiada kata2 manje lagi yang ade cume makian saje...

Hanya 2 bln saje kami bahagia...pade masa yg same yana disahkan mengandung...pada mulenye sy gembira tp terpedaya dgn emy...sy percaya bulat2 ape yg die ckp...die ckp anak yg yana kandungkan tue bkn anak sy...sy balik dari opis dgn perasaan mrh sekali...smpai kt rumah tanpa usul periksa sy pukul yana...sy geram sbb die curang dgn sy...sy x bg peluang lansung pd yana utk membela diri..sy pukul, tumbuk, pijak dan sepak yana...mase tue sy mmg hilang pertimbangan diri...sy pijak perut yana...sy btl2 nk bunuh bby dlm perut yana sbb tue bkn ank sy..sy hentak kepala yana ke dinding...sy maki dan hina yana...sy ckp die x layak utk sy..die perempuan muarahan, pelacur dan mcm2 lg..ari 2 jgk sy halau die dr rumah dan sy ceraikan die dgn talak 3..

Skrg da 7 bln berlalu...sy bkl berkawen dgn emy..tp tuhan maha adil...seminggu sebelum kawen..emy kemalangan...die cedera parah...die koma selama seminggu dan alhamdullilah die da sedar..sebaik die sedar dr koma...die ckp nk jumpe yana dan nk mtak mf dr yana...sy tanye kenapa dan die ceritakn semua fitnah2 yg die buat...pd mase tue sy terduduk dgr pengakuan die...sy terbayangkn yana...sy terbayangkn ank sy....

Sy tinggalkn emy dan sy nekad nk cari yana...sy nk sujud dpn yana...sy nk mntak mf dr yana...sy cube cari dkt kg tp die x duduk sana lg...sy cube cari die wlau 1 malaysia sy kena pergi...dan akhirnye sy jmpe jgk yana...

Yana bwak dri ke negeri lain...sy jmpe yana mase die tgh bekerja...dgn perut yg membesar..yana masih gigih cari rezeki...yana kerja dkt kebun sayur...sy x mampu nk berdepan dgn yana...sy cube cari kekuatan utk berdepan dgn die....berhari2 sy ekori yana.......yana pergi beli brg2 baby seorg2...naik turun bas...jln kaki jauh2...ya allah berat dugaan yana...

1 hari sy nekad berdepan dgn yana...klu yana nk maki sy pon sy terima...sy tunggu die balik kerja..mase die balik sy tegur die...yana terkejut bila sy muncul dpn die..sy igtkn yana nk pukul @ tampar @ maki sy..tp rupanya yana masih yana yg dlu..yana tye knp sy dtg cr die sedang sy dan die da xde ape2 hubungan..sy melutut dpn yana mtk yana mfkn sy...dgn lembut yana jwb die x pernah mrhkn sy ats ape yg berlaku...semuanya slh diri die sndri...spetutnye die sedar die x layak kawen dgn sy.. dr jwapan yana sy tau yana da terluka dgn ape yg sy bt...sy ckp sy nk tebus slh sy pada die dan bby...sy byk dosa pd die dan bby....tp yana tetap x nk...die ckp kami da bercerai dan anak yg dikandungkan tue ank die sorg...

Ya allah..kau bukakkn la hti yana utk kembali pda ku...

SUMBER : FB KISAH RUMAH TANGGA

Thursday 28 April 2016

Berat Sungguh Dugaan Untukmu Nak..Kuatkanlah Semangat Kedua Ibu Bapamu..

SUMBER VIDEO : MYMETRO

Melaka: Akibat sukar menerima kelahiran bayi perempuan mereka yang tidak sempurna berikutan
menghidap Sindrom Wolf Hirschhorn, bekas jururawat, Muliati Muslim, 33, dan suaminya, Hussaini Amir, 34, kerap berselisih faham.

Apa tidaknya, dugaan yang mereka hadapi sangat amat luar biasa kerana difahamkan bayi mereka, Nur Qaseh Amanda Hussaini, 5, adalah antara tiga pesakit yang menghidap Sindrom Wolf Hirschhorn di negara ini.

Namun, selepas lima tahun menjaga Nur Qaseh, pasangan terbabit mula menerima dan reda dengan kekurangan kanak-kanak itu yang juga anak kedua daripada tiga beradik serta satu-satunya zuriat perempuan dalam keluarga terbabit.

Pasangan itu turut berkongsi kepayahan menjaga Nur Qaseh kepada wartawan, Mohd Hilmie Hussin, yang mengunjungi pasangan itu di kediaman mereka di Kampung Solok Biak, Tanjung Kling, di sini, semalam.

Malah, Muliati tidak henti-henti mengalirkan air mata ketika menceritakan penderitaan anaknya itu.

“Pada awal kelahiran Nur Qaseh, kami kerap bergaduh kerana dia memerlukan penjagaan rapi. Sindrom Wolf Hirschhorn menyebabkan anak kami mengalami kerosakan otak dan segala-galanya termasuk perkembangan fizikalnya terbantut.

Penyakit ini menyebabkan penghidap akan lumpuh, diserang sawan berulang kali, tidak mampu berdikari, perlukan rawatan terapi setiap bulan dan otaknya tidak berkembang.

Sepanjang usianya, Nur Qaseh bergantung kepada ubat sawan menyebabkan kami sungguh begitu sedih menyaksikan keadaannya itu, malah anak kami juga memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya untuk menguruskan dirinya.

Saya menggunakan pengalaman sebagai jururawat untuk menguruskannya dengan cara yang betul.

Selepas bersalin, Nur Qaseh tidak aktif dan degupan jantungnya amat lemah menyebabkannya dia terpaksa ditempatkan dalam wad unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Bangsar, tempat saya bertugas selama dua bulan.

Sepanjang ditempatkan di ICU, Nur Qaseh bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin oksigen manakala makan minumnya pula semuanya disalurkan menggunakan tiub.

Kemudian saya membawanya pulang ke rumah dan doktor tanya sama ada mahu teruskan rawatan di hospital swasta atau kerajaan dan kami memilih merujuk kes anak kami ini kepada bahagian genetik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah kewangan.

Selepas mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan sebelum majikan memberi kata dua mahu saya terus berkhidmat atau berhenti, saya menggunakan masa yang ada dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak. Saya kemudian berpindah dari Kuala Lumpur ke rumah ibu di kampung dan selepas itu, masalah anak dirujuk ke Hospital Melaka. Namun, berikutan masalah kewangan dan pengangkutan untuk membawa anak menjalani terapi di hospital, saya tidak lagi mengikuti program disediakan, kecuali sekali sekala merujuknya ke bahagian pediatrik.

Berbekalkan pengalaman sebagai jururawat, saya urut sendiri kaki dan tangan anak. Suami pula berkerja di sebuah hotel dan saya berasa bertuah kerana dia sanggup membuat kerja lebih masa untuk menampung keperluan kami sekeluarga.

Doktor hanya dapat mengesahkan Nur Qaseh menghidap Sindrom Wolf Hirschhorn selepas berusia dua tahun dan hasil ujian membabitkan empat jenis sindrom dilakukan.

Sejak itu, tidur saya tidak menentu memandangkan anak kerap diserang sawan terutamanya pada tengah malam.

Kali pertama Nur Qaseh diserang sawan ketika berusia sembilan bulan dan berterusan sejak itu. Kebiasaannya masalah itu berlaku sekitar jam 1 hingga 4 pagi. Apa yang meresahkan, serangan sawan menyerang boleh berlarutan sehingga tiga atau empat jam.

Jika di hospital doktor akan menyuntik ubat untuk tidurkan anak, di rumah saya memberikan ubat khas, tetapi sekiranya sawan tidak berhenti dalam masa 15 minit saya perlu bawa Nur Qaseh ke hospital untuk rawatan lanjut kerana risau otaknya mengalami kerosakan.

Selain menderita Sindrom Wolf Hirschhorn, lelangit anak saya juga sumbing menyebabkan dia sukar untuk makan dan berikutan itu, hidangan hariannya hanyalah bubur nasi atau bubur oat dan doktor menasihati kami memberikan anak minum susu formula khas.

Berbekalkan pendapatan suami kira-kira RM2,000 sebulan, RM1,000 dibelanjakan untuk membeli susu dan oat untuk anak, belum lagi dikira kos lampin pakai buang serta keperluan dua lagi anak iaitu Muhammad Aliff Naufal, 6 tahun dan Muhammad Arrian Zafrel, 11 bulan.

Kami juga mendapat bantuan bulanan RM230 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana Nur Qaseh berstatus orang kurang upaya (OKU) dan tidak ada bantuan lain lagi.”

SUMBER : HMetro

Wednesday 27 April 2016

UMMI NAZEERA SELESA BERKAWAN DENGAN ZIZAN RAZAK


Pelakon filem Penanggal, Ummi Nazeera mengakui dirinya selesa berkawan dengan pelawak dan pengacara Zizan Razak.

Pernah digosipkan bercinta, Ummi menafikan perkara tersebut dan menganggap Zizan sebagai seorang rakan yang baik.

“Saya akui saya selesa berkawan dengan Zizan. Selepas kami berlakon dalam filem Angin Cinta, kami digosipkan bercinta. Ketika gosip itu baru sahaja diperkatakan, saya akui saya tak suka dengan gosip tersebut. Sebagai seorang perempuan, kalau boleh, saya nak elakkan diri dikaitkan dengan gosip.

“Saya ada berbincang dengan Zizan mengenai gosip itu dan dia meminta saya agar bertenang kerana perkara tersebut tidak benar. Kini, gosip itu telah berlalu pergi. Zizan sangat tenang menghadapi gosip dan dia merupakan seorang sahabat yang baik,” kata Ummi kepada Astro Gempak.

Bergandingan dengan Zizan menerusi sebuah filem televisyen yang berjudul Angin Cinta, Ummi menyifatkan Zizan sebagai seorang pelakon yang berbakat.

“Zizan pandai membawakan wataknya. Tak sukar untuk saya bekerjasama dengan Zizan. Saya pula yang risau kerana naskah ini mengangkat genre komedi romantik. Genre ini merupakan ‘makanan’ Zizan manakala saya pula selalu membawakan watak yang lebih serius,” kata Ummi lagi.

Dalam perkembangan lain, Ummi kini sedang sibuk menjalani penggambaran karya baru Astro First yang berjudul Bisik Pada Langit bergandingan bersama Jalil Hamid, Erwin Dawson, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Angin Cinta lakonan Ummi Nazeera, Zizan Razak, Sharonizam Noor dan ramai lagi. Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Angin Cinta disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 30 April ini dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam dari pembelian.

Sumber : AstroGempak

Tuesday 26 April 2016

TERUJA BETUL ZIZAN BILA DAPAT HADIAH KERETA SPORT DARI PEMINAT SEMPENA HARI LAHIRNYA KE-32




Pelawak dan pelakon Zizan Razak teruja sebaik sahaja melihat kereta Sport dihadiahkan peminatnya sempena hari lahirnya yang ke-32.

Bagaimanapun hadiah tersebut bukanlah dalam bentuk kereta sebenar tetapi sebiji kek kereta Sport dalam bentuk 3D yang ditempah khas oleh peminat kepada selebriti kesayangan mereka itu.

Reaksi Zizan ketika menerima kek tersebut turut dirakam dan dikongsi oleh kelab peminatnya melalui akaun Instagram ztf_official.

Selain itu, Zizan yang merupakan pengumpul kasut tersenyum sebaik sahaja menerima hadiah berupa sepasang ‘Nike Men’s Air Jordan’.

Sebagai tanda menghargai peminat, Zizan juga tidak ketinggalan merakamkan foto kenangan bersama para peminatnya sambil membuat pelbagai aksi lucu dan comel.

Majlis sambutan hari lahir Zizan berlangsung dengan meriah bertempat di Ruang, Shah Alam, pada malam Sabtu.

Peminat yang hadir juga telah memuatnaik foto-foto menarik mereka bersama Zizan dengan menggunakan hashtag #zizanturns32 dan #kamisayangzizanrazak.










Kredit foto: Instagram ztf_official

"Kenapa lambat sangat kak, orang lain pun nak pakai ni...."

Gambar Sekadar Hiasan
Balik rumah, tgk beras, minyak & sabun basuh suma dh kurang so start moto nak pegi Giant. Singgah petrol pam kat Bt Caves nak pegi ATM keluar duit. Aku masuk sekali dengan sorang akak tgh pimpin anak 2 org sama tuju pi mesin ATM
Masalahnya aku dok terconggok kat belakang dia ada laa 5-7minit jugak. Dlm hati dh mcm2 hamun keluar apa benda terhegeh hegeh nak pakai ATM ni. Last aku takleh tahan aku tanya
"Knapa lmbat sgt kak, org lain pun nak pakai ni...." aku ckp dgn suara tinggi laa gak sb bg aku dh tahap lembab sgt ni.
Akak tu jwp kat aku & aku terus rasa bersalah
"Sy nak keluar duit dik tapi mesin tak boleh keluar duit sepuluh. Ada duit lima puluh dgn seratus jer. Akak dh pegi 3 atm dh tapi semua sama. Kalau akak pegi mesin CIMB sebelah ni nnt potong seringgit" (muka dia betul betul berkerut sedih masa ni)
Aduhhh... then aku tanya nak keluar berapa dia ckp RM40 sb tu jer yg tinggal & cukup untuk belanja anak sekolah mggu ni dgn belanja dia sementara tggu gaji hari Khamis. Wei, ni gerenti tuhan tu nak uji aku. Smlm dia dh bagi aku untung jual mainan mcm Yahudi mabuk then aku jumpa akak ni. Aku punya rasa bersalah masa tu tak tau nak ckp mcm mana sb sound dia & pikir dia ni lembab bagai suma kejap td.
Dlm dia dok kalut tu, aku mintak dia cancel transaction tu and bg aku pakai ATM. Aku mintak acc no dia. Mula mula dia refuse tapi last last bg gak sb aku ckp nak transfer seringgit jer suh dia pakai atm CIMB kat sebelah tu. So lps settle aku kat atm tu, aku ckp akak dh boleh pakai. Aku blah cepat2 pegi kat moto. Tgh aku start moto akak tu dtg kat aku sambil mata bergenang genang ckp terima kasih siap pegang tangan aku suma. Aku jem jap ckp takpe pakai lah kak sy bg ikhlas tu then aku terus jalan. Aku takmo pikir dh mcm mcm. Aku sedekah laa sikit portion duit mainan smlm.
Bg aku, tuhan tu kalau dia nak bagi, dia terus bagi. Kalau dia taknak bagi or nak tarik balik dia terus tarik. Sampai laa ni aku menyesal sb marah marah (walaupun dlm hati) akak tu. Lain org, lain masalah. Apa yg kita boleh bantu kita bantu. Mana tau esok lusa time kita pulakkan..

Hasil Perkongsian dari : FB Khairul Hairodin

Monday 25 April 2016

PADAH atas kelekaan sendiri, MAXIS hilang lebih SEJUTA pelanggan..

PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.
Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.
Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISOne tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.
Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.
Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.
Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.
Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.
Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu.
Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.
Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.
Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

Sumber : freemalaysiatoday

Saturday 23 April 2016

Baru Ja Masuk ISLAM. NINA sudah Buat KEPUTUSAN yang sangat MENGEJUTKAN Dr ZAKIR NAIK !!



KUALA TERENGGANU, 23 April ― “Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai orang Islam, malah saya sangat teruja mahu menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan akan datang,” kata Nur Nina Farisha Woo Abdullah.

Remaja berusia 19 tahun yang memeluk Islam dalam syarahan umum pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di Kemaman baru-baru ini berkata beliau pernah berpuasa bersama rakannya pada tahun 2014 dan berharap mampu menjalani ibadah itu sebaik mungkin pada tahun ini.

Nur Nina Farisha yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak di Kolej Ranaco, Kemaman berkata beliau kini sedang mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan pihak kolej bagi mendalami asas dalam fardu ain dan al-Quran.

“Saya bertuah kerana mempunyai ramai kawan sekolej yang sedia membantu saya untuk memahami Islam dan sedia menjawab apa sahaja soalan saya berkaitan hukum-hakam agama.

“Selepas ini, saya akan mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan kerajaan (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)) di Kemaman,” katanya kepada pemberita selepas menerima kad perakuan memeluk Islam yang disampaikan isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria di kediaman rasmi Seri Iman di sini semalam.

Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Omar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education & Training Institute Sdn Bhd, Ahmad Firdhaus Ramlan.
Ditanya sama ada beliau mahu bergelar pendakwah satu hari nanti untuk menarik lebih ramai golongan bukan Islam kembali kepada fitrah, Nur Nina Farisha berkata: “Insya-Allah, jika sudah bersedia, saya akan lakukan (berdakwah).”

Mengenai cabaran yang dihadapi selepas memeluk Islam, Nur Nina Farisha berkata beliau ada membaca di laman sosial bahawa terdapat bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan pertanyaannya pada program syarahan umum tersebut.

“Tapi, saya tak tertekan dengan perkara itu, yang penting saya ingin fokus dengan pengajian saya dan terus mempelajari Islam,” katanya yang kini selesa dengan penampilan berhijab.
Pada majlis itu, beliau turut menerima sumbangan khas dari MAIDAM sebanyak RM1,000 sebagai menghargai keberanian dan azamnya untuk mencari kebenaran agama serta hidayah.
Sementara itu, Halina berkata beliau sekeluarga sangat teruja menerima kehadiran Nur Nina Farisha sebagai anggota baharu keluarga tersebut dan sedia membantu remaja itu mengikut keperluan semasanya. 

“Saya beritahu Nina, dia boleh hubungi saya jika ada apa-apa perkara yang hendak dikongsikan, malah jika hendak datang ke Kuala Terengganu untuk menghadiri apa-apa majlis ilmu, kita juga sediakan penginapan buat Nina dan kawan-kawan,” katanya. ― Bernama

PENGAKUAN BERANI MAK NYAH BERTUDUNG NUR SAJAT

Masihkan anda ingat kita pernah dikecohkan satu ketika dahulu apabila seorang Mak Nyah mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan cukup menginsafkan dirinya.

Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti itu dalam jangka masa yang pendek dan kembali pada imej lamanya yang seksi.
Nur Sajat kini memiliki syarikat perniagaannya sendiri yang mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan yang bernama NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD. Namun, baru-baru ini satu post beliau di laman Instagram telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau memberitahu bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.
Menurutnya, buat masa ini beliau memiliki dua orang anak angkat lelaki dan perempuan. Beliau sungguh bersyukur kerana dilimpahkan dengan rezeki yang banyak dari tuhan dan menyayangi anak-anak tersebut walaupun mereka bukanlah anak kandungnya.
Sejarahku penuh liku liku kehidupan, dengan usia ku yang kini mencecah 31tahun ini, aku amat bersyukur diberi rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad Syahmi, walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku, tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi...
Beliau dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak. Katanya, kelahirannya itu memberi kejutan kepada kakitangan hospital dan terutama kedua-dua ibu bapanya kerana beliau dilahirkan dengan dua jantina.

Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985. Ayahku dahulu seorang tentera laut Malaysia (Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal. Aku dilahirkan di hospital lumut perak. Di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30 am aku dilahirkan.....dokter, nurse dan ayah ku terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku (sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa..

Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih menyukai kerja-kerja seorang perempuan. Pada fikirannya itu hanyalah perkara normal sehinggalah...

Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku.... Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita...Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2...
Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku cacat..
Disebabkan itu, beliau dikatakan telah mengalami kencing berdarah dan penyakit batu karang kerana sering menahan membuang air kecil.

Setelah post itu dikongsi, ternyata ia mendapat begitu banyak respon daripada netizen. Ada yang memberi komen positif tetapi nampaknya lebih ramai yang mengecam.

Sumber : IG

VIDEO : SAMPAI TERBUKA BAJU BUDAK PEREMPUAN NI BERGADUH..


BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG NI KALAU BERGADUH, MEMANG MENGALAHKAN LELAKI.. SAMPAI BUANG TEPI TERUS SIFAT MALU DAN MARUAH. CUBA TENGOK VIDEO, SAMPAI TERBUKA BAJU PUN ADA..

Sumber : Youtube

Thursday 21 April 2016

KATA-KATA TERAKHIR 5 PILOT SEBELUM PESAWAT TERHEMPAS..SANGAT MEMILUKAN !!



Ajal dan maut tidak mengenal sesiapapun, malah ia sekalipun tidak mengikut masa. Bila - bila saja ajal dan maut bakal menimpa diri kita. Namun persoalannya sekarang, bila ajal kita sampai? Dan bagaimanakah cara kematian kita nanti?

Di zaman yang serba moden dan berteknologi canggih ini, para saintis cuba mencari jalan untuk mengurangkan kadar kematian manusia. Pelbagai keselamatan yang dipasang terutamanya pada pesawat komersial.

Pesawat komersial sudah tentu akan berlepas dari lapangan terbang dengan jumlah penumpang yang mencukupi supaya mereka dapat mengurangkan kerugian kos penerbangan tersebut. Tapi sedarlah kita bahawa semakin banyak penumpang, semakin tinggi lagi risiki angka kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Perkara - perkara seperti inilah yang menjadi persoalan utama para saintis. Bagaimana untuk mengurangkan risiko pada kapal terbang supaya tidak berlaku kecelakaan yang tidak diingini. Namun jika Tuhan telah menetapkan ajal maut kita di sana, tiada apa lagi yang mampu kita lakukan.

Video yang dikongsi ini adalah rakaman yang diambil dari Blackbox yang dijumpai dalam 5 buah pesawat yang telah terhempas dengan cara yang amat mengerikan. Rakaman tersebut adalah saat - saat terakhir pesawat sebelum terhempas. Bagaimana mereka merintih kesedihan itu amatlah memilukan sesiapa sahaja yang menonton rakaman tersebut.





Laporan 1MDB WSJ Tercalon Untuk Hadiah Pulitzer


19 Apr - Siri artikel yang diterbitkan oleh portal The Wall Street Journal (WSJ) mengenai skandal kewangan 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi hadiah Pulitzer, kata portal tersebut.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Laman web rasmi Putlizer berkata, WSJ telah mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Penulis-penulis tersebut diberikan kredit bagi hasil kerja yang disifatkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan korupsi di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia", lapor Malaysiakini.


Kanak-Kanak Perempuan Dilarikan Wanita Warga Indonesia Ditemui Selamat


SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur yang dilaporkan hilang sejak semalam dipercayai dilarikan oleh seorang wanita warga Indonesia di SS19 telah ditemui selamat, lapor Sinar Harian.

Mangsa, Putri Nurkyra Izam Abdullah telah ditemui di masjid Al Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 malam tadi oleh seorang anak kariah.

Mereka dipercayai masuk ke masjid apabila gagal untuk menempah hotel kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketika ditemui mangsa kelihatan ceria namun keletihan kerana kelaparan kerana hanya mengambil sarapan pagi.

“Saya hanya makan pagi tadi (kelmarin) tapi saya ok,” katanya kemudian diiringi ibu bapanya dan pegawai polis ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.





Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketika ditemui mengsa dilihat berlegar-legar di dalam masjid bersama suspek sebelum anak kariah berkenaan mendekati dan mengecam wajah kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan hilang di media.

Menurut Azlin, pihak polis Jalan Pantai yang dihubungi telah berjaya memberkas suspek manakala kanak-kanak itu dibawa pulang ke pangkuan keluarganya.

Berdasarkan pemeriksaan, tiada sebarang kecederaan yang ditemui pada tubuh badan mangsa, hasil siasatan awal mangsa didapati rela mengikut suspek.

“Suspek tidak melawan ketika ditahan, polis akan siasat kes ini sebagai penculikan,”katanya.

Sebelum ini, keluarga berkenaan dilaporkan telah berbesar hati menumpangkan wanita warga Indonesia berkenaan bermalam dirumah mereka namun ianya berakhir dengan malan apabila seorang daripada anak keluarga itu hilang dipercayai dilarikan suspek.

Warga Emas OKU Mati Dipukul Dengan Kayu, Remaja Lelaki Ditahan


Sabak Bernam: Seorang lelaki warga emas yang juga seorang OKU ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dirumahnya, di Kampung Parit 10, Pasir Panjang kira-kira 9.30 malam semalam.

Mangsa , Mohd Napiah Ali, 74, ditemui olehnya jirannya yang pada ketika itu mahu memeriksa rumah mangsa kerana keadaan rumah yang gelap.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, siasatan awal mendpati mangsa cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.

Menurut beliau lagi, seorang remaja lelaki 16 tahun ditahan sejurus kejadian selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

“Suspek dipercayai meminta wang daripada mangsa namun tidak dilayan sebelum suspek memukul kepala mangsa dengan kayu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) dekat sini untuk dibedah siasat,” katanya lapor Harian Metro.

Sunday 10 April 2016

2 foto bentuk wajah dan tubuh terbaru anak Kajol yang dikatakan mirip Shah Rukh Khan !!


Tidak terasa waktu berlalu dengan cepat, kini putri sulung Kajol dan Ajay Devgan, Nyla sudah tumbuh menjadi seorang gadis remaja. Dan semakin besar, Nyla semakin terlihat mirip dengan sang ibunda.

Dalam sebuah foto yang diunggah oleh Nyla di jejaring sosial, sudah tidak ada lagi kesan anak-anak di wajahnya. Yang kini terlihat hanyalah seorang remaja cantik dan bergaya masa kini.

Kalau dilihat-lihat, wajah Nyla sangat mirip dengan putri Shah Rukh Khan, Suhana. Tetapi kalau diperhatikan lebih dalam lagi, wajah Nyla mirip dengan masa muda Kajol, lengkap dengan kacamata yang sering jadi ciri khas ibunya.

Kajol sendiri belum pernah membawa Nyla secara terang-terangan ke hadapan publik. Karena itulah, kemunculan Nyla di jejaring sosial langsung mendapatkan perhatian dari publik.

Mari lihat 2 foto terbaru Nyla, anak perempuan Kajol yang sudah membesar jadi seorang gadis remaja cantik di bawah



Saturday 9 April 2016

TAHNIAH !! Hafidz Roshdi sudah bertunang..sama cantik sama handsome !!


PETALING JAYA: Pelakon baharu yang dikenali menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, iaitu Hafidz Roshdi mengesahkan dia sudah bertunang pada 5 Disember 2015 dengan seorang pelajar kolej swasta.
Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22, bagaimanapun berkata, dia tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan wanita itu juga masih menuntut peringkat peringkat ijazah.
“Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.
“Dia berasal dari Kedah dan kami merancang untuk berkahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Hafidz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar pertunangannya yang tersebar di internet.
Sementara itu, ditanya tentang keputusan untuk bertunang ketika sedang meraih populariti, Hafidz berkata, dia tidak merasakan perkara itu boleh menjejaskan namanya yang kini sedang meningkat naik.
“Saya tidak bimbang atau rasa bercinta, bertunang atau berkahwin boleh menjadi masalah kepada kerjaya lakonan. Apa yang penting ialah rezeki di daripada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafidz turut ditanya tentang gosip Ahad lalu bahawa dia kini sudah mula besar kepala dan tidak berdisiplin dia berkata, ia mungkin salah faham.
Dia sudah maklumkan dengan pihak penganjur bahawa tidak dapat hadir ke acara berkenaan atas sebab-sebab tertentu.
“Pada awalnya saya memang ada hal yang tidak boleh dielakkan, saya sudah beritahu pada mereka tentang itu.
“Namun saya datang juga walaupun agak terlewat, saya juga meminta maaf jika ada pihak yang terasa hati dengan kelewatan tersebut,” ujarnya.
Hafidz membintangi drama Tundukkan Playboy Itu yang bersiaran di slot Akasia TV3 bersama pelakon Uqasha Senrose dan Alif Satar.
SUMBER : mStar

Al-Fatihah !! SEBAK DAN PILU Melihat Status Whatsapp Terakhir Dari Arwah Mr.Os Buat Perminat Dikongsikan Oleh Temannya..


Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru.

Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

Seorang temannya telah berkongsi status whatsapp arwah.




Arwah yang sering menjadi tetamu undangan dalam majlis-majlis dakwah sejak akhir-akhir ini tidak berkesempatan untuk bersama dalam satu program dakwah Santai Bersama Murobbi Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan pada hari beliau meninggal dunia semalam.

Sumber FACEBOOK

Wednesday 6 April 2016

SIAPA SEBENARNYA MAWAR FAREEDA SEBELUM KAHWINI FIZO MEMANG BUAT FIZO GIGIT JARI !. Jangan Terkejut ye Wahai PEMINAT TUDUNG FAREEDA.


Siapa sangka di sebalik kejayaan yang dikecapi oleh Mawar, isteri kepada pelakon kacak Fizo Omar ini rupanya terselit seribu satu kisah duka diawal perniagaannya.
Menurut Mawar, dia terpaksa mengorbankan waktu remaja semata-mata bagi membantu keluarga mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang pada awalnya langsung tidak dikenali ramai. Beruntung Fizo Omar dapat isteri segigih Mawar ini kan?

Bakat Dalam Fotografi

Bercakap kepada media, Mawar mengakui jawatan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd yang digalas kini hasil titik peluh ibunya dan keluarga yang tidak kenal erti penat lelah bagi memastikan perniagaan dikenali.
Mula melibatkan diri di dalam bidang fotografi seawal umur 15 tahun ternyata memberi kelebihan buat dirinya untuk bergelar model tudung. Bakat dalam bidang peragaan dimanfaat sepenuhnya apabila dilantik duta tudung Fareeda oleh ibunya sendiri.
Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Pada mulanya ibu memulakan perniagaan menjahit tudung yang ditempah kawan-kawan dan saudara mara.
Saya masih ingat, saya jadi model tudung ibu sendiri kerana kawan saya dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.
Saya terpaksa jadi model  dan Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera.

Menurut Mawar lagi, dia terpaksa memikirkan dan menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan jualan tudung Fareeda agar lebih dikenali.
Saya bukan dilahirkan terus senang, apa yang kami kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu.
Bukan senang berada di tahap ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, saya turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam.
Saya sendiri bawa barang dan stok tudung kerana pekerja tidak cukup. Saya pernah jual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam.

Kata orang nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kisah Mawar ini wajar dijadikan inspirasi buat remaja yang mahu berjinak dalam bidang peragaan dan perniagaan tudung. Khabarnya Mawar bakal tampil dengan koleksinya sendiri yang bakal menemui pasaran pada tahun ini.

SUMBER : P.M.H