"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.
Laman web rasmi Putlizer berkata, WSJ telah mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.
Penulis-penulis tersebut diberikan kredit bagi hasil kerja yang disifatkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan korupsi di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia", lapor Malaysiakini.
0 comments