Showing posts with label RUMAHTANGGA. Show all posts
Showing posts with label RUMAHTANGGA. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

Hancur Hati Isteri Yang Sedang Pregnant Ini Bila Ketahui Suami Kahwini Kekasih Zaman Sekolah


Berkongsi kebahagiaan rumah tangga bersama wanita lain atau dalam erti kata lain, hidup bermadu bukanlah satu perkara yang mudah dan selesa untuk dibicarakan.
Mungkin dek kerana sudah lama memendam perasaan, wanita ini berkongsi kisah dirinya yang dimadukan di ruangan inbox kami.
Pada mulanya si suami merahsiakan perkara tersebut namun lama kelamaan segalanya terbongkar sedikit demi sedikit. Terbongkar pula dengan cara yang cukup menyakitkan. Hati yang mana tidak terluka?

Jumpa semula dari group ex school



Assalam… OhBulan! Mohon pihak tuan dpt sembunyikn profile saya. Di sini sya igin berkongsi cerita kisah sya yg telah di madukn selama 8bln… Rahsia terbongkarnya ketika sya tergerak stalking fb kwn sek.men hubby sya… Kisah nya bermula disini.. Suami sya baru dpt berhubg dgn ex-school matenya drpd group ex school… Si dia ibu tunggal bercerai hidup dlm kesusahn krn anknya yg no.2 kemalangan…jd suami sya sepakat dgn kwn2 sek. Bantu apa yg patut utk meringankn beban si dia…iya sya tau kisah kwn suami..jd sya turut simpati…
dlm diam mereka berhubung melalui wassap sehingga kisah kehidupan si dia suami sya tau drpd kisah ank2 nya hingga kisah cintanya… Suatu hari sya dpt call drpd seorg lelaki…gerak gaya ckap sya ingt mungkin ada prank drpd sesiapa..rupanya boyfriend si dia mengatakn suami sya merampas kekasihnya….sya terkejut…sya xpercaya krn kami telah berkahwin selama 10 thn…. Sudah berkenalan selama 16 thn…jd sya tau hati budi suami sya….

Selfie si dia & suami


Sehingga sekeping wassap gambar sya terima…si dia berselfie bersama suami sya dlm kereta…walaupun gaya mereka tidak mesra…tp hati sya mula timbu tanda tanya….knp? Sya tunggu suami pulang & minta penjelasannya…knp jd begini….suami kata dia tolong kwn berlakon jd boyfriend baru sbb nk putuskn hubungan dgn exboyfriend nya… Sya melenting…knp suami masuk campur urusan peribadi si dia? Suami berkata dia tiada apa2 hubungan dgn kwn nya….cukup sekadar kwn….sya di pujuk suami…dan akhirnya sya percaya… Sejak kejadian ni…naluri firasat sya sngt tebal….setiap tingkah laku suami sya was was… Makin lama suami semakin sibuk…dgn kerja luar out station selang 3 hari… Sya di tinggalkn berdikari bersama 3 org ank 9,7 & 3 thn…. Apa2 hal mengenai ank2 transport kesekolah ank2, ke pasar, ke pej. Pos sya uruskn…urusan rumah tangga 100% sya yg buat sehinggalah sya kini mengandung 6bln…. Hati terdetik…stalking lg fb kwn sek. Hubby….sya ternampk gambar yg betul2 membuka mata sya…terus sya persoalkn suami…apakh maksud kwn dia letak gambar begitu…betulkah itu suami sya….mula2 suami mcm mengelak nk jwb… Sya tunggu suami balik rmh…sya soal sedlm2 nya….siapa dia?

Abang dah kahwin dengan dia?


Knp jd begini….sehingga 1 ayat sya tanya…abg dah kwin dgn dia….? Suami berat nk jwb…agak lama.juga suami berikn jwpan sehingga dia ckap iya…sudah berkahwin di siam may 2015… Sebulan selepas si dia putus cinta dgn ex boyfriend…. Hati sya hancur…berkecai…!!! Patutlah..suami dah tak berapa layan karenah sya…kadang2 sya teringin itu ini nk.makan mengidam…tak.dilayannya… Selalu balik rmh lewat mlm…. Biarkn sya uruskn ank2,&,rmh tangga tanpa bantu…alasannya penat berkerja…suami.banyk tido.di rmh di siang hari…mlm…keluar jmpa.kwn.atau.client… Sya mcm tak wujud di depan dia… Ank yg dlm kandungan ni tak pernah dia tanya & usap… Sakit2 sya mengandung suami pandang remeh…rupanya…suamiku telah jumpa semula cinta hati zaman sekolah….. Ya allah… Sya sebatang kara di dunia…xde ibu bapa.nk.mengadu…adik beradik saudara mara semua ada kehidupan sendiri…. Sya tanya si dia knp buat perkara ini…!
Dia minta maaf krn tak fikirkn perasaan sya krn buat keputusan terburu…. Sya rasa nk lari saja…tp xtau kemana.arah krn suami lah tempat sya bergantung…sya tanya apa salah sya…sya full time suri rmh…snggup pindah duduk kg. Demi rezeki kami disini… Rupanya…ini balasan yg sya dpt setelah bersusah payah hidup bersama suami… Suami.sya menagis merayu minta maaf…jgan sya tinggalkn dia & ank2,krn suami sya perlukn sya….kasih syang cinta suami sya masih sama ada untuk sya…cuma jodoh dia bersama si dia & dia pun susah nk jwb knp bole berkahwin…. Ya allah… Besar sungguh dugaan ini… Kini sya dlm proses utk menerima qada& qada ini…kini juga suami mula berubah..mula amik tau kesihatan kandungan & emosi sya…ank2 pun suami mula beri perhatian…. Mmang…. Madu itu manis….. Tp bermadu itu…sngt pahit….hampasnya itu yg sya rasa….wallahhualam… Doa sya setiap.hari supaya di kurniakn keredhaan…dan kebahagian utk diri & ank2 sya…. Jika hubungan ini gagal….sya bawa haluan hiduo sendiri.. Allah kurniakn akal fikiran…jd sebelum buat sesuatu perkara…fikir sedlmnya… Krn… Ia akn buat hidup org lain sengsara…. Sya berserah kpd Allah yg maha esa. Berat mata memandang….berat lg bahu sya yg memikulnya….sekadar perkongsian utk isteri2 di luar sana…. Bersabarlah & berdoalah… Itulah yg terbaik utk kita seorg isteri & ibu.
Sumber : OhBulan 

Tuesday, 14 June 2016

"Saya Terasa Rugi Jika Tak Dapat Pegang Tangan Isteri"


Suka tengok Ustaz Nasru dan isterinya. Semasa berbuka puasa kami berdua. Mereka berdua dan 2 anaknya. Dia jemput isterinya duduk. Dia layan anak-anak dan sentiasa memegang tangan isterinya. Terasa suka melihat seorang suamu melayan isterinya seperti permaisuri...

Isteri yang banyak berjuang untuk kita. Katanya setiap malam dia bawa isteri dan anak-anak tarawih. Malam-malam mereka ronda bandar miri ni. Bawa pusing-pusing. Bergurau main kejar-kejar.

Ustaz Nasru orang yang sambut saya di airport. Layan saya sepanjang Miri. Berkat cinta dan kasih sayangnya dengan isteri..


Katanya ustaz hidup saya rasa tenang asbab doa arwah mak ayah yang semua pergi baru-baru ini. Dan sokongan isteri saya. Saya terasa rugi jika tak dpt pegang tangan isteri. Saya bahagia bersamanya. Kami dapat anak yang pertama selepas 5 tahun. Saya betul beri masa untuk isteri dan anak-anak. Berkat dari itu Allah beri rezeki mencurah-curah..

Kini Allah mudahkan buatnya dengan ada 2 restaurant. Nass cafe dan DSeleraKelate di Miri. Saya tanya apa rahsia Allah beri rezeki begini..seronok berbual pasal Restoren. Sebab saya pun syukur Allah mudahkan perjalanan Paramount Cofee House di bangi sentral. Ramai orang walau dari jauh-jauh datang. Seronok belajar-belajar berniaga. Paling best belajar yakin pada Allah. Buat amalan yang menarik rahmatnya antaranya buat baik pada ahli keluarga.

Katanya sayangi isteri. Hargai isteri. Layan isteri. Sayangi anak dan hargai beri masa untuk anak-anak. Khidmat mak ayah. Syukur ustaz saya dapat khidmat ibubapa saya sepanjang hidup mereka. Saya rasa sebak..

Saya doakan beliau dan restorennya terus maju jaya berkat cinta dan sayang keluarga..beliau diantara orang kuat yang menguruskan penceramah luar datang ke sini.

Ramai orang bekerja kuat dan berniaga tetapi lupa nak sayang dan hargai keluarga. Akhirnya keberkatan hilang. Terlupa bimbing anak untuk solat. Lupa bimbing istri solat dan alQuran.

Bagaimana kita ingin menjadi orang bahagia tanpa bawa keluarga untuk solat?

Sumber : Facebook Ebit Lew

Sunday, 12 June 2016

MEMALUKAN !! Kerana Terlalu PERCAYA Dengan Darah Daging SENDIRI ! Inilah Padahnya !


Salam encik Azmi. Berkenaan kes yang tengah encik bangkitkan, saya mahu berkongsi pengalaman saya sendiri dengan encik. Saya akan tulis dalam bahasa Melayu agar semua (terutamanya orang kampung kita) boleh faham dan saya harap mereka ‘terhantuk dan terjaga’.

Bapa meninggal dunia di waktu saya berusia 2 tahun. Ibu terpaksa bekerja meninggalkan saya dengan nenek. Di sinilah bermulanya sejarah hitam apabila nenek selalu meninggalkan saya bermain dengan pakcik saya.

Saya tidak tahu berapa umurnya. Dia akan ajak saya bermain dalam bilik dan upahnya? Keropok. Pada masa itu, saya berusia 3 atau 4 tahun. Dia suruh saya hisap kemaluannya dan akan memberi upah keropok. Saya ambil keropok itu dan lari sekuat hati keluar dari rumah terus pergi ke rumah kawan.

Bila menjelang malam, nenek suruh tidur dengan pakcik tetapi saya menolak. Akibatnya saya dipukul oleh nenek sampai menangis. Tetapi saya tidak kisah, saya tidur di depan bilik tidur nenek asalkan bukan dengan pakcik.

Pakcik selalu suruh saya duduk di atas pehanya tetapi saya tak mahu. Semua orang kata saya budak jahat, degil, tak dengar kata. Jika saya mengadu tentang perkara yang sebenarnya pun, mesti tiada sesiapa yang percaya. Jadi saya mendiamkan diri sahaja.

Tetapi cerita saya tidak habis di situ. Saya beritahu ibu yang saya mahu ikut dia bekerja. Saya tidak mahu tinggal dengan nenek lagi. Mungkin kasihan melihat saya, lalu ibu setuju membawa saya sekali. Semasa tinggal dengan ibu, abang sulung selalu ada di rumah sebab dia tidak mahu pergi ke sekolah. Dia selalu bergaul dengan budak-budak asal dari Indonesia, pekerja ladang di kampung kami. Bila rakan-rakannya menonton video lucah, dia pun akan turut serta.

Satu hari, saya terjaga sebab terasa ada seseorang yang menarik seluar saya. Saya terus bangun dan berlari keluar dari rumah. Jadi, dia gagal mahu mengapa-apakan saya.

Saya mengadu pada ibu mengenai kejadian itu tetapi ibu enggan percaya dan menuduh saya mereka cerita. Ibu suruh saya tidur dengan abang sulung lagi sebab saya tak ada kakak di rumah. Kakak tinggal di asrama. Saya beritahu ibu yang saya tak nak, sekali lagi saya menangis akibat dipukul oleh ibu.

Bulan demi bulan, abang sulung sekali lagi cuba mengulangi perbuatannya. Saya menangis sekuat-kuat hati sehingga ibu terjaga. Akibatnya? Saya dipukul lagi.

Akhirnya saya masuk ke sekolah, darjah 1 dan layak masuk ke asrama. Jarak rumah dengan sekolah agak jauh, jadi sekolah sediakan asrama. Memang saya sangat gembira dapat berjauhan dari semua lelaki jahat itu tetapi di sekolah saya semua cikgu lelaki.

Ada seorang cikgu itu dia memang gatal. Nak minta ciumlah, apalah. Pernah sekali dia mahu meraba pelajar perempuan. Maaf cakap, budak kampung memang naif tak reti buat apa dan budak itu biarkan sahaja. Dia darjah 5 dan saya baru darjah satu pada waktu itu. Saya geram dan saya laporkan pada warden asrama. Tetapi tak tahulah ada tindakan atau tiada.

Saya pindah sekolah, ikut ibu ke Kuala Lumpur sebab ibu sudah berkahwin baru. Alhamdulillah berjauhan dari mereka semua. Ibu saya dah balik semula ke kampung tetapi saya tidak mahu mengikutnya. Ibu tak benarkan saya duduk di sini tetapi saya kata saya enggan berjumpa sesiapa pun di kampung. Namun tidak pula saya menceritakan hal sebenarnya sebab saya tahu ibu tidak akan percaya.

Saya ambil keputusan untuk berkahwin walaupun usia baru 18 tahun pada masa itu. Lebih baik kahwin dan ada orang yang melindungi saya daripada balik ke kampung berjumpa dengan manusia yang bersifatkan binatang.

Mereka berani memperlakukan saya seperti itu kerana ibu bapa bukannya mahu percaya pun kalau budak-budak mengadu. Mereka akan pukul dan menuduh anak mereka sendiri jahat dan mereka cerita.

Bukan bermaksud saya membenci ibu dan nenek tetapi mereka tidak peka dengan perkara-perkara seperti ini boleh berlaku pada saya. Sepatutnya adik beradik lelaki dan perempuan dipisahkan bilik dan diawasi pergaulan mereka. Begitu juga dengan pakcik saya itu. Tolonglah jangan percaya mereka akan menjaga anak kita.

Berpuluh tahun saya menyimpan rahsia ini sebab tak mahu malu tetapi perkara ini semakin serius dan ada yang tak percaya perkara seperti ini berlaku. Mereka ingat rogol ini semua hanya orang luar saja yang boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sehingga terlupa nak melindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah, Allah melindungi saya. Saya tidak menjadi mangsa rogol mereka sebab saya jenis degil. Kalau orang buat saya menangis saja, tak pun saya menjerit atau gigit dan selepas itu lari.
Apa yang akan terjadi kalau saya jenis budak yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Saya nak kongsikan cerita ini secara terperinci tetapi pahit sangat untuk dikenangkan semula. Bila teringat, terasa meluap-luap kebencian terhadap mereka.

Terima kasih encik Azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat. 

Sumber :Rakan Syed Azmi, PIXEL MEDIA

Friday, 10 June 2016

Allah Melaknat Suami Jika Melakukan 7 Perkara Ini Kepada Isterinya

Tidak mahu menafkahi, selalu berkata kasar dan memaki, menyakiti dengan pukulan sehingga mengakibatkan luka. Ada beberapa perkara yang boleh membuatkan seorang suami dianggap berbuat derhaka pada isteri dan akan dilaknat Allah.



Antaranya adalah :

1. Menjadikan Isteri Sebagai Pemimpin Rumah Tangga

Rasulullah saw. bersabda: ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.’ “(HR.Ahmad n0.19612 CD, Bukhari, Tirmidzi, dan Nasa’i)
Saat ini banyak suami yang malas bekerja dan hidupnya bergantung kepada isteri sehingga secara tak langsung menjadikan isteri sebagai pemimpin rumah tangga.Suami seperti ini tentu saja telah berbuat durhaka kerana tak melaksanakan kewajipannya dan menyulitkan isterinya dengan keharusan menafkahi dirinya. Ia akan kehilangan martabat dan harga diri di hadapan manusia terlebih lagi di hadapan Allah.

2. Tidak memberi wang belanja

“Rasulullah bersabda: ‘Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya.’” (HR.Abu Dawud no.1442 CD, Muslim, Ahmad, dan Thabarani)
“Dari Asyah ra, bahwa Hindun binti Utbah pernah berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kedekut dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untuk aku dan anakku, sehingga terpaksa aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuannya.”

Beliau bersabda:’ Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar. “(HR.Bukhari no.4945 CD, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Darimi)

3. Tidak melunaskan mahar pernikahan

Dari Maimun Al-Kurady ia berkata: “Saya mendengar Nabi saw. (Bersabda): ‘Siapa saja lelaki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya berniat tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu , bererti dia telah mengacuhkannya.

Bila dia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelak pada hari kiamat dia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq ‘”(HR.Thabarani, Al-Mu; jamul, Ausath II / 237/1851 CD)

4. Mengabaikan keperluan seksual isteri

Suami yang berjimak hanya untuk memuaskan dirinya saja dan tidak peduli kepuasan isterinya, sesungguhnya juga telah berbuat kesalahan.

Dari Anas ra, Nabi saw bersabda: “Jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan isterinya, hendaklah dia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila dia telah mendapat kepuasan, sebelum isterinya mendapatkan kepuasan, janganlah terburu-buru mencabut kemaluan sampai isteri mendapat kepuasan. “(HR.’Abdur Razzaq dan Abu Ya’la, Jami ‘Kabir II / 19/1233 )

Rasullullah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian menyetubuhi isterinya seperti seekor haiwan bersenggama, tetapi harus ada pendahuluan di antara keduanya. Ada yang bertanya, apakah perdahuluan itu? “Beliau bersabda:” Ciuman dan ucapan (romantis). “(HR Abu Syaikh)

5. Berjimak ketika isteri haid atau melalui dubur

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “‘Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rasulullah saw., Dia bertanya:’ Ya Rasullullah, saya telah binasa. ‘ Beliau bertanya: ‘apa yang menyebabkan kamu binasa?’ Dia menjawab: ‘semalam saya telah membalik posisi isteriku.’akan tetapi dia tidak menjawab sedikitpun, lalu turun ke Rasulullah saw : ’Isteri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah ladang kalian di mana dan bila saja kalian inginkan.’ (Selanjutnya Beliau bersabda : ‘Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid.’ “(HR Tarmidzi no.2906)

6. Menuduh isteri berzina

“Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka berzina, padahal mereka tidak memiliki saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari mereka adalah bersumpah empat kali dengan nama Allah bahawa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar (dalam tuduhannya) (7) dan kelima kalinya (dia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta. “(QS.An-Nuur (24): 6-7)

7. Memukul dan memburuk burukkan isteri di hadapan orang lain

Dari Mu’awiyah Al-Qusrayiri, dia berkata: “Saya pernah datang kepada Rasulullah saw. ‘ dia berkata lagi: ‘saya lalu bertanya:’ Ya Rasulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap isteri-isteri kami? ‘Beliau bersabda:’ … janganlah kalian memukul dan janganlah kalian memburuk-burukkan mereka. ‘”(HR Abu Dawud no 1832) (ummi)

Hargailah Isteri Anda Sebaik-baiknya..

640xauto-bonding-time-dengan-ayah-membuat-bayi-lebih-sehat-1207264-2
 
Akibat mengendahkan isteri yang membebel, akhirnya lelaki ini sedar akan kesalahannya itu. Namun semuanya sudah terlambat. Isterinya telah meninggalkan buat selama-lamanya..

Saya seorang suami dan ayah kepada seorang anak. Pada awal perkahwinan saya dan isteri, isteri saya selalu sangat membebel dan memarahi saya sebab saya tidak mahir menjaga anak.
Dia selalu suruh saya mandikan anak, kadang-kadang suapkan anak, buat susu anak, hantar anak ke pengasuh. Sampai suatu masa saya rasa macam saya pula yang kena buat semua kerja itu.
 
Saya tahu yang dia juga bekerja dan penat. Tetapi setiap kali dia memarahi saya, mesti dia akan berkata,
 
"Abang belajarlah jaga anak sendiri, buat susu dan sebagainya. Nanti kalau saya dah tak ada, senang boleh uruskan anak tanpa bantuan orang lain," katanya.
 
Saya selalu tidak mengendahkan apa yang dia katakan itu. Sekarang, dia telah pun meninggalkan saya dan anak, pergi menghadap illahi.
 
Selepas ketiadaan dia, barulah saya faham apa yang dia ajar saya telah praktikan tanpa bantuan orang lain. Walaupun anak saya demam, saya mampu handle seorang diri. Semoga para suami di luar sana lebih menghargai isteri anda.

“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”


Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,


“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”

Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.

“Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?”

Aku diam lagi.

“Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku.

“Okay kejap”

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.

“Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.
Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

“Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.

“Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”

“Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,”

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?
Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?”
Aku mula bertanya.

“Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”.

‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.

Sumber : Fb Cik Atenn 

Wednesday, 25 May 2016

Sungguh MENGERIKAN ! Wanita Dalam Pantang DIBUNUH Suami Sendiri ! Kali Ni Lagi KEJAM !


PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur sebuah unit kediaman di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, sebentar tadi.

Lebih malang, mangsa ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di sebelah bayi perempuannya yang baru berusia sebulan setengah oleh suami mangsa sendiri kira-kira jam 8 malam, ketika pulang bekerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim, berkata mangsa yang berusia 23 tahun itu tidak bekerja dan baru melahirkan anak pertengahan Januari lalu, manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang elektronik di Kelana Jaya.

"Siasatan awal menunjukkan mangsa dipercayai mati akibat dicekik dan ketika ditemui, mayatnya dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke bawah.

"Anak pasangan itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, ketika kejadian hanya pasangan anak beranak itu berada di rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tadi.

SUMBER : Lebai

Tuesday, 24 May 2016

" SAYA BUKANNYA JENIS SUAMI YANG TAKUT PADA ISTERI "


★★SAYA BUKANNYA JENIS SUAMI YANG TAKUT PADA ISTERI...★★
--------------------------------------------------------------------
Saya telah mendirikan rumah tangga hampir lima tahun dengan gadis pilihan saya dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Sebelum mengenali isteri saya "A" saya telah berkawan dengan soerang gadis "H" yang masih belajar di dalam tingkatan lima di selatan tanah air. Walaupun pada mulanya saya meminati "H" tetapi saya terpaksa pendamkan niat saya kerana "H" masih belajar dan mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap keluarga kerana "H" merupakan anak sulung dari enam adik-beradik yang masih kecil. Saya pernah berjumpa keluarga "H" dan ibu bapanya menganggap saya seperti anaknya. Hubungan keakraban kami tidak lebih seperti seorang abang dan adik walaupun pada hakikatnya saya menyukainya dan begitu juga dengan dirinya.
Setelah bertemu dengan isteri saya "A" hubungan saya dengan "H" tidaklah seakrab dahulu. Saya tidak pernah memberitahu "H" bahawa saya sudah mempunyai teman wanita iaitu "A" kerana takut pelajarannya terganggu. Perkenalan dengan "A" tidaklah lama, dalam tujuh bulan selepas itu kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Semasa "H" baru sahaja habis menghadapi peperiksaan SPM. Saya ada memberitahu "A" bahawa saya mempunyai seorang adik angkat "H" di selatan tanah air. Begitu juga dengan "H", saya juga memberitahu saya telah berkahwin dan dia dapat menerimanya.
Walaupun pada mulanya "A" dapat menerima kehadiran "H" tetapi lama-kelamaan "A" menjadi seorang yang kuat cemburu dan pemarah di sebabkan "H" yang kerap menelefon saya. Memandangkan saya tak mahu memburukkan keadaan, saya telah meminta "H" jangan menghubungi saya dirumah sebaliknya saya memberi nombor telefon bimbit saya.
Setelah sekian lama tidak berhubung, baru-baru ini "H" ada membuat missed call di telefon bimbit saya. "A" telah memeriksa telefon bimbit saya dan dia mendapati banyak missed call. "A" bertanyakan kepada saya tetapi saya tidak tahu nombor misteri itu milik siapa kerana nombor telefon "H" saya dah lupa.
Pada suatu hari ditempat kerja, telefon bimbit saya telah berbunyi dan pemanggil misteri itu rupanya "H". Saya berbual panjang dengan "H" kerana sudah setahun kami tidak berhubung. "H" menceritakan masalah peribadinya dan sebagai seorang abang saya telah memberi nasihat dan sewajarnya. Setibanya saya di rumah "A" telah memeriksa telefon bimbit saya dan dia melihat ada received call daripada pemanggil misteri.
Apabila "A" bertanyakan kepada saya terpaksalah saya membohongi dengan mengatakan orang itu telefon salah nombor. Tujuan saya berbuat demikian adalah tidak mahu bertengkar dengan "A" kerana sekiranya dia tahu "H" yang menelefon dia akan marah dan bermasam muka dengan saya. Rupa-rupanya "A" telah menelefon nombor tersebut dan menyamar.
Akhirnya terbongkarlah rahsia saya dan dengan perasaan marah "A" telah menuduh saya penipu dan tidak menegur saya. Saya cuba menenangkannya dan menceritakan kisah sebenarnya kepada "A". Pada mulanya "A" tidak percaya tetapi setelah dipujuk akhinya "A" akur. Saya juga menerangkan saya hanya mencintai dia sahaja abukannya orang lain. Saya telah berjanji dengan "A" saya tidak akan menyembunyikan apa-apa rahsia dan akan berterus terang dalam apa jua masalah yang saya hadapi.
Disini saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah jenis suami yang takut pada isteri, saya cuba untuk tidak memperbesarkan masalah yang kami hadapi.
Selepas peristiwa itu saya lebih suka berterus terang dengan "A" dalam apa jua masalah yang saya hadapi dan "A" dapat memberi pendapat yang bernas dan boleh saya terima. Alhamdulillah hubungan kami suami isteri menjadi semakin erat dan rapat. Saya rasakan hubungan kami seperti pasangan yang baru bercinta.
Dari kesimpulan cerita saya, ingin saya menyatakan untuk mengecapi rumahtangga bahagia, perkongsian adalah segala-galanya, tidak kiralah berkongsi pendapat, masalah, kesedihan, kegembiraan, kekayaan ataupun kemiskinan, ia perlu dikongsi bersama..
Barulah ianya dinamakan perkongsian hidup diantara dua jiwa.
SUMBER : RP dari MAJALAH WANITA 2003

Luahan Isteri Menyesal Seumur HIDUP Kerana Tindakannya Yang Tak Disangka Pada Suaminya !


Saya nak bagi nasihat dan teladan bagi isteri di luar sana agar menghargai dan menghormati suami anda. Sekarang dah jadi seperti trend. Bila tercetus saja pergaduhan, terus isteri nak minta cerai atau suami ceraikan isteri. Tak boleh ke diperbaiki hubungan itu? 

Ini kisah saya 12 tahun yang lalu. Saya isteri yang bahagia ada suami penyayang dan anak yang comel berusia 6 bulan. Usia perkahwinan 2 tahun, kami tidak pernah bergaduh. Usia saya pada ketika itu 21 tahun. Manakala suami pula 31 tahun. 

Pada satu pagi, kami hantar anak ke rumah keluarga saya sebab ibu bapa saya nak cucu mereka bermalam di rumah. Malam itu kami suami isteri balik ke rumah kami sendiri. Masa nak balik, suami saya pelik. Dia merenung lama ke arah anak kami sambil sedih. Saya berkata pada dia yang saya nak bawa balik saja anak kami bersama. Dia cakap tak mengapa. 

Dalam perjalanan balik, suami tiba-tiba cakap,

"Kalau ada sesuatu yang berlaku pada abang, abang nak parents ayang jaga anak kita. Kalau ayang jumpa pengganti saya kelak, sayangi dan setialah seperti mana saya setia dan sayang pada ayang," katanya.

Masa itu saya terfikir yang dia mahu tinggalkan saya kerana ada perempuan lain. Saya apa lagi? Terus merajuk. Sampai rumah, tak nak bercakap dengan dia. 

Sebelum tidur, dia meminta saya membancuhkan milo. Tetapi pelik sebab dia tak suka milo. Bila tidur, saya palingkan muka dan tak nak tengok muka dia.

(Ya Allah, sedih bila teringat saat ini...)

Suami panggil dan bertanya, "Ayang marah lagi ke? Peluklah abang," pintanya. 

Saya pusing dan peluk sekejap dan cium pipi dia. 

"Okay, saya nak tidur," lalu terus berpaling membelakanginya. 

Rupa-rupanya itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Jam 2 pagi, dia seperti sesak nafas. Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia. Saya menangis melihat keadaan suami saya seperti itu. Dia tengok saya dalam keadaan sedih dan menutup mata. Masa itu saya terlihat air mata menitis keluar dari matanya. Terus panggil jiran tolong hantar ke hospital. 

Saya dan keluarga tunggu di hospital, siap bawa anak kami. Sampai di Bahagian Kecemasan, saya bawa anak kami dan suruh dia kucup bapa dia dan cakap, "Abang, ini anak kita,". Anak saya tak menangis tetapi dia pegang wajah bapa dia.

Doktor datang buat pemeriksaan pada suami. Kemudian doktor panggil dan kata,

"Puan, suami puan dah tak ada. Dia meninggal semasa sampai sini. Kami minta maaf puan," kata doktor.

Ya Allah! Seperti ada tikaman di dada ini. Pedih dan berat, saya tak dapat menahan diri ini dari menangis. Saya rasa ini semua seperti mimpi, terus pergi ke arah arwah suami yang saya sayangi terbaring kaku. Ahli keluarga yang lain juga terkejut dan menangis di situ. 

Saya pegang kaki dan mencium dahi arwah. Semua cakap jangan biarkan air mata terkena pada arwah. Saya tahan air mata dan cium serta memeluknya. Teringat sebelum tidur, arwah meminta saya memeluknya sebab kami sudah dua tahun berkahwin, memang terbiasa tidur di atas lengan dia. 

Keluar dari bilik kecemasan, saya menangis tak berhenti-henti. Saya masih berharap ini semua adalah mimpi. Saya cubit tangan sekuat hati. Sakit! Ternyata bukan mimpi. 

Saya menyesal sangat, menyesal kerana merajuk dengan arwah dan tidak tidur memeluknya seperti biasa. Saya peluk dan cium anak kami. Masa itu jugalah kali pertama saya melihat ayah menangis melihat saya dan cucunya. Ayah mana yang sanggup melihat anaknya menjadi balu dan cucunya tidak mempunyai ayah. 

13 tahun sudah berlalu, namun kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. Buat isteri di luar sana, sayangilah suami kamu selagi dia masih ada. Jangan dia sudah dijemput Allah, barulah kita nak menyesal bagai.

SUMBER : KRT

Sunday, 22 May 2016

VIDEO Suami Kantoi Curang! Isteri Ajar Suami Dan Kekasih Di Tengah Jalan

KANTOI CURANG ISTERI AJAR SUAMI DAN KEKASIH DI TENGAH JALAN



Balasan lelaki curang akibatnya Luis Alberto Diaz mendapat malu besar apabila isterinya, Adalia Brinez telah menahan kenderaan yang dinaikinya bersama dengan perempuan simpanannya di tengah jalan yang sesak di Colombia.

Adalia, yang tidak mempedulikan orang di sekeliling serta bunyi hon kenderaan di belakang, telah memaki hamun Luis dan kekasihnya, Daniela Murcia.

Sorakan daripada orang ramai turut membangkitkan semangat Adalia, malah ada yang menghulurkan kayu kepada Adalia supaya memukul suaminya dan wanita itu.

Adalia turut menjerit meminta supaya wanita itu keluar dari kereta terbabit sambil menegaskan bahawa kenderaan itu adalah miliknya.

Hanya selepas lima minit barulah polis tiba namun mereka terpinga-pinga dan keadaan hanya selesai selepas ketua mereka sampai di situ.

Polis turut merampas kayu yang dipegang oleh Adalia. Ketika itu juga barulah Luis berani bersuara dan menunjukkan muka kepada polis.

Ketika itu orang ramai menjerit “suruh anjing itu keluar”.

Melihatkan kepada keadaan di mana orang ramai menyebelahi isterinya, Luis telah meminta polis mengiringinya kekasihnya bagi mengelakkan dia dipukul.

Pada masa sama Adalia cuba menarik rambut Daniela namun gagal.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Adalia, Luis dan Daniela selepas itu.



Sumber : YouTube

Wednesday, 18 May 2016

Isteri Mengandung Setelah Tunggu Selama 17 Tahun, Sangat Melampau Reaksi Si Suami !!!


Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti inginkan cahaya mata agar perkahwinan bertambah ceria dan bahagia. Di sini kami ingin menceritakan kisah yang menyayat hati sepasang suami isteri yang lambat dikurniakan cahaya mata hingga terpaksa menunggu selama 17 tahun. Reaksi suaminya setelah mengetahui isterinya mengandung sangat meruntun jiwa semua orang.

Suaminya terkejut melihat gambar ultrasound bayi pertama mereka, setelah 17 tahun menunggu. 



Cerita ini mengisahkan seorang isteri, Dana Griffin-Graves menyuruh suaminya, Arkell Graves’ untuk ambil roti dalam oven.

Lihat video ini untuk melihat kejutan yang dibuat oleh isterinya. Suaminya sangat tersentuh dengan apa yang berlaku.. Sampaikan meraung menangis kegembiraan..



Tuesday, 17 May 2016

CARA HALAL MEMUASKAN SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG HAID


Dalam syariat, Ada beberapa hal yang dilarang saat istri sedang haid, salah satunya adalah tidak diperbolehkan melakukan jima' atau hubungan pasutri.

Kemudian, jika suami menginginkan istrinya untuk menyenangkannya di waktu sedang haid, apa yang harus istri lakukan? Menolak keinginan suami tentu bukan sebuah solusi yang baik. Karena pada dasarnya sang istri memang harus berbakti pada suami.

Berikut ini adalah beberapa cara melayani kebutuhan suami ketika haid:

1. Bermesraan dan bercumbu

Istri bisa saja menyenangkan suami saat haid, dan hal ini memang diperbolehkan. seperti misalnya bermesraan dan bercumbu selain di daerah antara pusar sampai lutut istri.

Interaksi semacam ini hukumnya halal dengan kesepakatan para ulama'. Sayyidah A’isyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي

Jika saya haid, Rasulullah menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku (HR. Ahmad)

2. Boleh melakukan segala sesuatu dengan tubuh istri kecuali berhubungan seks

Firman Allah SWT:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Karena itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita ketika haid..”

Mengenai ayat diatas, Ibnu Qudamah berkata,
فتخصيصه موضع الدم بالاعتزال دليل على إباحته فيما عداه

(Ketika Allah hanya memerintahkan untuk menjauhi tempat keluarnya darah, ini dalil bahwa selain itu, hukumnya boleh. (Al-Mughni, 1/24)

Selain itu, ada juga hadits lain dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ketika para sahabat menanyakan tentang istri mereka pada saat haid. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ

“Lakukanlah segala sesuatu (dengan istri kalian) kecuali nikah.” (HR. Muslim)

Ketika menjelaskan hadis ini, Imam At-Thibi mengatakan,
إِنَّ الْمُرَادَ بِالنِّكَاحِ الْجِمَاعُ

“Makna kata ‘nikah’ dalam hadis ini adalah hubungan intim.” (Aunul ma’bud, 1/302)

Hubungan intim disebut dengan nikah, karena nikah merupakan sebab utama dihalalkannya hubungan intim.

3. Melakukan masturbasi dengan bantuan tangan istri

Orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.(QS. Al-Mukminun: 5 – 7)

Maksudnya, selama suami menggunakan tubuh istri untuk mencapai klimaks syahwat, maka tidak dinilai tercela. Semoga artikel ini bermanfaat.

Sumber : KisahSuamiIsteri

Kau Memang Anak Tak Guna ! Babi !! Sial !!


Saya anak sulong dari ramai beradik.kematian abah tercinta 4tahun lalu.
Saya cuma nak cerita kisah saya yang sangat dibenci oleh emak saya sendiri
Dari umur saya 3,4 tahun adalah normal saya dimaki "babi,sial,anak tak guna,anak menyusahkan" sepak terajang tu biasa.pernah sekali mak saya baling kuali atas kepala saya berdarah darah bila abah balik mak cakap saya nakal sangat terjatuh.
Saya membesar dengan hak saya sebagai anak tak diberi.harijadi saya emak tak pernah amik peduli tapi akan sambut harijadi sepupu saya dengan kek besar dan dan macam macam hidangan
Hari raya? Bertahun tahun kami pakai baju terpakai dari sedara mara tapi mak saya pakai baju baru berpuluh helai.
Abah saya adalah abah terbaik dunia akhirat.tapi terlalu sibuk bekerja sebab anak ramai dan mak saya akan belasah saya bila abah bekerja.
Dari kecik saya kene mengayuh basikal jual aiskrim.tanpa upah dan pernah sekali saya makan sebatang aiskrim yang dah cair sampai rumah mak saya tampar saya sampai pecah bibir saya.
Ada sekali masa umur saya 5tahun saya mengadu dengan abah,mak cilikan kemaluan saya dengan cili padi,sejak tu saya pendam sampai tua.
Saya membesar dengan memberontak dan bencikan emak saya sendiri.bila saya sudah remaja mak saya babikan saya,saya akan balas "kalau aku babi kaula mak babi"
Saya kahwin dan dikurniakan anak.sejak itu saya usaha berbaik dengan emak saya.saya kerap balik tengok abah saya dan mak saya selalu cakap " kau takyah selalu balik tengok bapak kau.nanti laki kau ada betina lain padan muka kau"
Ya akhirnya bekas suami saya bukan setakat menduakan saya malah mensepuluhkan saya.saya bercerai tanpa sebutir airmata pun.
Kemudian saat paling merubah hidup saya,abah saya pergi selamanya.hilang tempat mengadu bergantung kasih.masa abah tengah nazak,abah memanggil manggil mak saya tapi mak saya selalu lafaz "menyusahkan aku la orang tua ni,mampos pun bagus"
saya kemurungan yang sangat teruk dan Allah temukan saya dengan seorang lelaki yang saya tak cinta.
Kami bernikah.saya tak sangka kami sangat bahagia walau suami saya tidak berharta.
Mak saya?memburukkan suami saya sana sini sampai saya ambil keputusan pindah jauh.
Mak tahu tak?menantu yang mak burukkan ni la yang sentiasa doakan mak dalam solat solatnya.yang sentiasa teringat "mak awak makan apa ya harini,abang rindu mak"
Sekarang saya mengandung saya sangat rindu abah saya.saya kerap balik rumah mak tidur atas tempat feveret abah berharap mimpikan abah.
Tapi mak saya cakap saya nak kikis duit dia,nak sesuatu dari dia.sejak tu saya tak balik rumah mak atas niat taknak mak semakin benci saya.
Pengajaran dari kisah saya.saya menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya.
Saya berhati hati dengan kata kata dan doa terhadap anak saya.saya pastikan anak saya membesar dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
Saya akan pastikan hak hak anak saya sebagai anak saya tunaikan,saya jaga
Walau saya membesar dengan tiada satu pun kenangan dipeluk dan dicium mak,saya sangat sayang mak saya.saya bersyukur dapat mertua yang sangat sayang saya.
Allah adil Allah uji saya macam macam tapi Allah hadirkan suami dan mertua yang sangat baik dan Allah permudahkan urusan bersalin saya.
Hargailah anak anak korang jangan jadi macam emak saya walau anak ramai (ada yang disayangi) tapi yang dibenci yang kerap balik tengok dia walau kami tak dilayan.semoga sentiasa dalam lindungan Allah..

Sumber : KRT

Thursday, 5 May 2016

Kau Tak Payah Memandai2 Nak Cari Jodoh Untuk BEKAS ISTERI Aku !! Dia HAK Aku La Bodoh !!


Disini sy nak cerita bukan nak membuka keaiban seseorg tp ckup la menjadi ikhtibar kepada yg lain..

Sy da seorg kwn ofis pmpn yg baru sahaja bercerai dgn suaminya..katanya masing2 tak sefahaman dan tak bahagia..bila tnya siapa yg minta cerai dahulu dia mengaku dia yg nak bercerai..dah hmpir 2bln dia bercerai waktu sy mula kenal dia..dan beliau tidak dikurniakan anak lagi..dan dlm ofis ni jgak da seorg lg kwn lelaki sy..boleh dikatakn manis orgnya..dah bernikah dikurniakn 2 cahayamata..isterinya cantik dan sgt menjaga pakaianya..tertutup serdahana..bila da majlis pasangan ni mmg nampk romantik..mkn berkongsi anak2 sama2 jaga..mmg sejuk mata memandang..sy tumpang gembira..

tp sahabat pmpn sy yg td..rupanya punya rasa cemburu dan ada hati pd lelaki tersebut..sy perasan yg mereka makin rapat dan pernah teserempak mereka berduan kat cafeteria ofis sedang gelak seperti org bercinta..nak jdkn cerita suatu hari si isteri lelaki ni dtg ofis mencari suaminya dah 3ari tak balik..katanya da kerja luar tp call apa pun tak angkt..isteri risau dan dtg ofis nak check kat mana suaminya kena hntar..

tp yg sbnarnya suami ya ambil cuti dan alasan dia beri pd syarikat da hal keluarga terpaksa balik kg..dan bila isteri dpt tao luluh hatinya..menangis depan kami semua..bos pun da pd waktu tu..yg jd lagi kami sakit hati bila kwn pmpn sy tu pun minta cuti pd hari yg sama cuma dia minta untk 2ari shaja..dn sepatutnya dah masuk kerja tp bg msg kata mc..

korang rasa kn apa yg sy rasa skrng ni..Bos dah boleh agak sb byk dah mulut buka cerita hal yg jd..bos hntar msg minta 2 beruk ni mengadap dia..bos sy ambil keputusan pecat yg pmpn ni dan bg kaunseling pd laki ni sb dia kesian pd isteri dan anak2 kwn laki sy ni..ingtkn berubah rupanya buat hal jgak..last suami ni dah kena tngkp dgn bini hari yg dia cuti rupanya bernikah di seberang..isteri minta cerai..anak2 semua dia ambil..sedihnya sy rasa tak tao la kalo jd kat sy mcm mana la hancur hati sy..😭

now dah hmpir 3thn dyeorg nikah dah da sorang anak..ex wife dia pun dah happy dgn anak2..sb sy still contact dgn dia..ingt nak kenalkn dgn abg sy..tnjuk gmbar pun abg berkenan..rupanya kwn sy ni tao sb sy cerita pd kwn ofis mate lain nak kenalkn dgn abg sy dia punya marah habis barang atas meja sy dilayangkn..hahaha..katanya bini dia tu hak dia..sy tak patut memandai2..sy pelik knapa dia nak marah sgt..rupanya kwn ofis sy bgtau skrng ni tgh serabut dgn bini dia..bini dia skrng lain sgt dgn bini lama..bini lama pndai jaga dia hormar dia..bini baru harap pndai bergaya je tp pemalas..jnis nak marah2..tu la allah tu suruh bersyukur tp kau kufur..bini yg baik depan mata kau tipu2..now dgr citer dah naik court balik..bergaduh sakan sb bini barunya cemburu sb da staff ofis bgtau dia yg suami dia nak ex bini balik..


Ni sy nak bgtau kebahagian kita bkn terletak pd pasangan..tp terletak pd diri kita sendiri..allah tu maha adil..hargai apa yg da depan mata..sifat hasad dengki tu buang la jauh2..
La ni sy tak perduli sy nak kenalkn jgk dgn abg sy..korang rasa patut tak sy buat mcm tu??? 

Sumber : KRT