Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 21 June 2016

Pelakon Linda Helmi Telah Kembali Ke Rahmatullah..



Pelakon yg cukup popular di era 90an terutama dlm slot "Spektra" Linda Helmi (didalam gambar bertudung putih) telah kembali ke rahmatullah pada ptg tadi (21-June-2016 / 16 Ramadhan, 1437) kerana kegagalan hati...
Beliau terkenal dgn watak ibu tiri yg garang serta pernah memenangi anugerah pelakon pembantu tv Terbaik di anugerah Skrin 1996 : melalui drama "Ribuan Mimpi-mimpi"
Jenazah berada di No 596, Jalan Besar, Lubuk Merbau, 33010 Kuala Kangsar , Perak.
"Ya Allah, Ampunilah saudara kami Linda Helmi (Norlida bt Ahmad) naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya"
(Riwayat Imam Muslim)
Al-Fatehah (ayuh kita membacanya dgn ikhlas dan niatkan pahala bacaan ini buat Allahyarham)
Foto credit to Farisha Irwayu Ghali
Sumber FB Farisha Irwayu Ghali

Friday, 17 June 2016

‘Orang Puasa La B**i!’- Gadis Bangsa India Ini Luah Perasaan Dimaki Ketika Makan Dalam Kereta

Selain menahan lapar dan dahaga, puasa juga mengajar kita untuk bersabar, kawal emosi serta sucikan pemikiran dari segala benda-benda yang negatif. Yes, bulan puasa merupakan bulan yang mencabar bagi umat Islam kerana kadang-kadang tu nampak orang makan sedap-sedap depan mata.. ‘Gulp! Sedapnyaaa’
Tapi itu bukan alasan untuk kita menegur atau memaki mereka kerana makan depan kita. Biar lah, tapi ini apa yang terjadi kepada seorang gadis berbangsa India apabila dia dimaki oleh seorang lelaki kerana makan dalam kereta. Laaa.. Makan dalam kereta yang orang tak nampak tu pun boleh kena maki? Berita lanjut di bawah..

Tengah menikmati sarapan pagi dalam kereta tiba-tiba..


Gadis berbangsa India ini sangkut dalam kesesakan lalu lintas dan dia terpaksa bersarapan dalam kereta dengan berbekalkan satu milo dan biskut chocolate chip. Bila tengah makan tu tiba-tiba datang seorang lelaki datang ketuk cermin gadis ni dan jerit “Orang puasa la, B**i!”
Selepas itu dia terus berkata “Tak faham bahasa ke pekak, India k**l**g balik India la!” Oleh daripada kejadian tersebut gadis ini tak tahu nak berkata apa dan tak sangka perkara itu boleh terjadi. Katanya “Saya seakan tak boleh makan biskut dalam kereta lagi. So yeah. Malaysia boleh.”

Ini respon dari netizen..



Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa cerita itu macam dibuat-buat. Tapi kalau betul sekali pun, tindakan lelaki tu amatlah bersifat kebudak-budakan.
Sumber : Twitter

Thursday, 16 June 2016

Hancur Hati Isteri Yang Sedang Pregnant Ini Bila Ketahui Suami Kahwini Kekasih Zaman Sekolah


Berkongsi kebahagiaan rumah tangga bersama wanita lain atau dalam erti kata lain, hidup bermadu bukanlah satu perkara yang mudah dan selesa untuk dibicarakan.
Mungkin dek kerana sudah lama memendam perasaan, wanita ini berkongsi kisah dirinya yang dimadukan di ruangan inbox kami.
Pada mulanya si suami merahsiakan perkara tersebut namun lama kelamaan segalanya terbongkar sedikit demi sedikit. Terbongkar pula dengan cara yang cukup menyakitkan. Hati yang mana tidak terluka?

Jumpa semula dari group ex school



Assalam… OhBulan! Mohon pihak tuan dpt sembunyikn profile saya. Di sini sya igin berkongsi cerita kisah sya yg telah di madukn selama 8bln… Rahsia terbongkarnya ketika sya tergerak stalking fb kwn sek.men hubby sya… Kisah nya bermula disini.. Suami sya baru dpt berhubg dgn ex-school matenya drpd group ex school… Si dia ibu tunggal bercerai hidup dlm kesusahn krn anknya yg no.2 kemalangan…jd suami sya sepakat dgn kwn2 sek. Bantu apa yg patut utk meringankn beban si dia…iya sya tau kisah kwn suami..jd sya turut simpati…
dlm diam mereka berhubung melalui wassap sehingga kisah kehidupan si dia suami sya tau drpd kisah ank2 nya hingga kisah cintanya… Suatu hari sya dpt call drpd seorg lelaki…gerak gaya ckap sya ingt mungkin ada prank drpd sesiapa..rupanya boyfriend si dia mengatakn suami sya merampas kekasihnya….sya terkejut…sya xpercaya krn kami telah berkahwin selama 10 thn…. Sudah berkenalan selama 16 thn…jd sya tau hati budi suami sya….

Selfie si dia & suami


Sehingga sekeping wassap gambar sya terima…si dia berselfie bersama suami sya dlm kereta…walaupun gaya mereka tidak mesra…tp hati sya mula timbu tanda tanya….knp? Sya tunggu suami pulang & minta penjelasannya…knp jd begini….suami kata dia tolong kwn berlakon jd boyfriend baru sbb nk putuskn hubungan dgn exboyfriend nya… Sya melenting…knp suami masuk campur urusan peribadi si dia? Suami berkata dia tiada apa2 hubungan dgn kwn nya….cukup sekadar kwn….sya di pujuk suami…dan akhirnya sya percaya… Sejak kejadian ni…naluri firasat sya sngt tebal….setiap tingkah laku suami sya was was… Makin lama suami semakin sibuk…dgn kerja luar out station selang 3 hari… Sya di tinggalkn berdikari bersama 3 org ank 9,7 & 3 thn…. Apa2 hal mengenai ank2 transport kesekolah ank2, ke pasar, ke pej. Pos sya uruskn…urusan rumah tangga 100% sya yg buat sehinggalah sya kini mengandung 6bln…. Hati terdetik…stalking lg fb kwn sek. Hubby….sya ternampk gambar yg betul2 membuka mata sya…terus sya persoalkn suami…apakh maksud kwn dia letak gambar begitu…betulkah itu suami sya….mula2 suami mcm mengelak nk jwb… Sya tunggu suami balik rmh…sya soal sedlm2 nya….siapa dia?

Abang dah kahwin dengan dia?


Knp jd begini….sehingga 1 ayat sya tanya…abg dah kwin dgn dia….? Suami berat nk jwb…agak lama.juga suami berikn jwpan sehingga dia ckap iya…sudah berkahwin di siam may 2015… Sebulan selepas si dia putus cinta dgn ex boyfriend…. Hati sya hancur…berkecai…!!! Patutlah..suami dah tak berapa layan karenah sya…kadang2 sya teringin itu ini nk.makan mengidam…tak.dilayannya… Selalu balik rmh lewat mlm…. Biarkn sya uruskn ank2,&,rmh tangga tanpa bantu…alasannya penat berkerja…suami.banyk tido.di rmh di siang hari…mlm…keluar jmpa.kwn.atau.client… Sya mcm tak wujud di depan dia… Ank yg dlm kandungan ni tak pernah dia tanya & usap… Sakit2 sya mengandung suami pandang remeh…rupanya…suamiku telah jumpa semula cinta hati zaman sekolah….. Ya allah… Sya sebatang kara di dunia…xde ibu bapa.nk.mengadu…adik beradik saudara mara semua ada kehidupan sendiri…. Sya tanya si dia knp buat perkara ini…!
Dia minta maaf krn tak fikirkn perasaan sya krn buat keputusan terburu…. Sya rasa nk lari saja…tp xtau kemana.arah krn suami lah tempat sya bergantung…sya tanya apa salah sya…sya full time suri rmh…snggup pindah duduk kg. Demi rezeki kami disini… Rupanya…ini balasan yg sya dpt setelah bersusah payah hidup bersama suami… Suami.sya menagis merayu minta maaf…jgan sya tinggalkn dia & ank2,krn suami sya perlukn sya….kasih syang cinta suami sya masih sama ada untuk sya…cuma jodoh dia bersama si dia & dia pun susah nk jwb knp bole berkahwin…. Ya allah… Besar sungguh dugaan ini… Kini sya dlm proses utk menerima qada& qada ini…kini juga suami mula berubah..mula amik tau kesihatan kandungan & emosi sya…ank2 pun suami mula beri perhatian…. Mmang…. Madu itu manis….. Tp bermadu itu…sngt pahit….hampasnya itu yg sya rasa….wallahhualam… Doa sya setiap.hari supaya di kurniakn keredhaan…dan kebahagian utk diri & ank2 sya…. Jika hubungan ini gagal….sya bawa haluan hiduo sendiri.. Allah kurniakn akal fikiran…jd sebelum buat sesuatu perkara…fikir sedlmnya… Krn… Ia akn buat hidup org lain sengsara…. Sya berserah kpd Allah yg maha esa. Berat mata memandang….berat lg bahu sya yg memikulnya….sekadar perkongsian utk isteri2 di luar sana…. Bersabarlah & berdoalah… Itulah yg terbaik utk kita seorg isteri & ibu.
Sumber : OhBulan 

Monday, 13 June 2016

"Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam" - Acappan


PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.
Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan.
Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.

Sumber :mStar

Sunday, 12 June 2016

MEMALUKAN !! Kerana Terlalu PERCAYA Dengan Darah Daging SENDIRI ! Inilah Padahnya !


Salam encik Azmi. Berkenaan kes yang tengah encik bangkitkan, saya mahu berkongsi pengalaman saya sendiri dengan encik. Saya akan tulis dalam bahasa Melayu agar semua (terutamanya orang kampung kita) boleh faham dan saya harap mereka ‘terhantuk dan terjaga’.

Bapa meninggal dunia di waktu saya berusia 2 tahun. Ibu terpaksa bekerja meninggalkan saya dengan nenek. Di sinilah bermulanya sejarah hitam apabila nenek selalu meninggalkan saya bermain dengan pakcik saya.

Saya tidak tahu berapa umurnya. Dia akan ajak saya bermain dalam bilik dan upahnya? Keropok. Pada masa itu, saya berusia 3 atau 4 tahun. Dia suruh saya hisap kemaluannya dan akan memberi upah keropok. Saya ambil keropok itu dan lari sekuat hati keluar dari rumah terus pergi ke rumah kawan.

Bila menjelang malam, nenek suruh tidur dengan pakcik tetapi saya menolak. Akibatnya saya dipukul oleh nenek sampai menangis. Tetapi saya tidak kisah, saya tidur di depan bilik tidur nenek asalkan bukan dengan pakcik.

Pakcik selalu suruh saya duduk di atas pehanya tetapi saya tak mahu. Semua orang kata saya budak jahat, degil, tak dengar kata. Jika saya mengadu tentang perkara yang sebenarnya pun, mesti tiada sesiapa yang percaya. Jadi saya mendiamkan diri sahaja.

Tetapi cerita saya tidak habis di situ. Saya beritahu ibu yang saya mahu ikut dia bekerja. Saya tidak mahu tinggal dengan nenek lagi. Mungkin kasihan melihat saya, lalu ibu setuju membawa saya sekali. Semasa tinggal dengan ibu, abang sulung selalu ada di rumah sebab dia tidak mahu pergi ke sekolah. Dia selalu bergaul dengan budak-budak asal dari Indonesia, pekerja ladang di kampung kami. Bila rakan-rakannya menonton video lucah, dia pun akan turut serta.

Satu hari, saya terjaga sebab terasa ada seseorang yang menarik seluar saya. Saya terus bangun dan berlari keluar dari rumah. Jadi, dia gagal mahu mengapa-apakan saya.

Saya mengadu pada ibu mengenai kejadian itu tetapi ibu enggan percaya dan menuduh saya mereka cerita. Ibu suruh saya tidur dengan abang sulung lagi sebab saya tak ada kakak di rumah. Kakak tinggal di asrama. Saya beritahu ibu yang saya tak nak, sekali lagi saya menangis akibat dipukul oleh ibu.

Bulan demi bulan, abang sulung sekali lagi cuba mengulangi perbuatannya. Saya menangis sekuat-kuat hati sehingga ibu terjaga. Akibatnya? Saya dipukul lagi.

Akhirnya saya masuk ke sekolah, darjah 1 dan layak masuk ke asrama. Jarak rumah dengan sekolah agak jauh, jadi sekolah sediakan asrama. Memang saya sangat gembira dapat berjauhan dari semua lelaki jahat itu tetapi di sekolah saya semua cikgu lelaki.

Ada seorang cikgu itu dia memang gatal. Nak minta ciumlah, apalah. Pernah sekali dia mahu meraba pelajar perempuan. Maaf cakap, budak kampung memang naif tak reti buat apa dan budak itu biarkan sahaja. Dia darjah 5 dan saya baru darjah satu pada waktu itu. Saya geram dan saya laporkan pada warden asrama. Tetapi tak tahulah ada tindakan atau tiada.

Saya pindah sekolah, ikut ibu ke Kuala Lumpur sebab ibu sudah berkahwin baru. Alhamdulillah berjauhan dari mereka semua. Ibu saya dah balik semula ke kampung tetapi saya tidak mahu mengikutnya. Ibu tak benarkan saya duduk di sini tetapi saya kata saya enggan berjumpa sesiapa pun di kampung. Namun tidak pula saya menceritakan hal sebenarnya sebab saya tahu ibu tidak akan percaya.

Saya ambil keputusan untuk berkahwin walaupun usia baru 18 tahun pada masa itu. Lebih baik kahwin dan ada orang yang melindungi saya daripada balik ke kampung berjumpa dengan manusia yang bersifatkan binatang.

Mereka berani memperlakukan saya seperti itu kerana ibu bapa bukannya mahu percaya pun kalau budak-budak mengadu. Mereka akan pukul dan menuduh anak mereka sendiri jahat dan mereka cerita.

Bukan bermaksud saya membenci ibu dan nenek tetapi mereka tidak peka dengan perkara-perkara seperti ini boleh berlaku pada saya. Sepatutnya adik beradik lelaki dan perempuan dipisahkan bilik dan diawasi pergaulan mereka. Begitu juga dengan pakcik saya itu. Tolonglah jangan percaya mereka akan menjaga anak kita.

Berpuluh tahun saya menyimpan rahsia ini sebab tak mahu malu tetapi perkara ini semakin serius dan ada yang tak percaya perkara seperti ini berlaku. Mereka ingat rogol ini semua hanya orang luar saja yang boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sehingga terlupa nak melindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah, Allah melindungi saya. Saya tidak menjadi mangsa rogol mereka sebab saya jenis degil. Kalau orang buat saya menangis saja, tak pun saya menjerit atau gigit dan selepas itu lari.
Apa yang akan terjadi kalau saya jenis budak yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Saya nak kongsikan cerita ini secara terperinci tetapi pahit sangat untuk dikenangkan semula. Bila teringat, terasa meluap-luap kebencian terhadap mereka.

Terima kasih encik Azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat. 

Sumber :Rakan Syed Azmi, PIXEL MEDIA

Friday, 10 June 2016

Cara Mudah Mengesan Pemandu Langgar Lari Menggunakan No. Pendaftaran Kenderaan

Ada yang kata info ini bahaya untuk disebarkan. Takut terlepas maklumat pengguna kenderaan dan sebagainya. Ada juga yang kata selepas cara ini didedahkan, sudah tentu selepas ini pihak insurans akan ambil maklum dan tentunya mereka susah untuk beri maklumat.


Pada kami, anggaplah ini satu info yang bermanfaat. Jadikan ia sebagai panduan kita pun sudah cukup. Mungkin tidak guna cara yang sama, tetapi kita boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat orang yang bersalah.

Cara Mudah Mengesan Pemandu Langgar Lari Dengan Nombor Pendaftaran Kenderaan:

Langkah 1

Anda mesti ada adalah nombor pendaftaran (plat) kenderaan berkenaan. Tak ada nombor memang tak boleh gunalah cara ni rasanya. Selain itu, perlu juga ada butiran beberapa maklumat seperti jenis kenderaan, dan rupa fizikal pesalah (jika nampak dan ingat, mungkin senang nak buat pengecaman).

Langkah 2



Log masuk ke MYEG [https://www.myeg.com.my/]. Menerusi sistem MYEG, sebenarnya kita boleh semak rekod urusan yang berkaitan dengan kenderaan dengan memasukkan nombor plat kenderaan selain dari pada semak JPJ atau PDRM. Di halaman ‘Summons Service’ PDRM, tekan ‘drop down menu’ dan pilih ‘Vehicle No’. Pastikan juga anda pilih ‘Non Malaysia’ untuk elakkan dari memasukkan nombor kad pengenalan. Masukkan susunan teks ‘captcha’ dan tekan butang ‘Check Summons’.

Jika tiada rekod anda boleh teruskan kaedah dibawah…

Langkah 3


Buka pelayar Chrome dan taip URL ini di kotak alamat web –https://www.mycarinfo.com.my/ISearch. Web ini membenarkan pengguna memeriksa insurans kenderaan yang diambil oleh pemilik. Yang menariknya, ia mengembalikan juga nombor polisi dalam keputusan carian. Apakah data yang perlu dimasukkan untuk melakukan carian di MyCarInfo? Juga nombor pendaftaran kenderaan. Anda perlu masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan submit. Nama syarikat dan nombor polisi insurans kenderaan berkenaan akan dipaparkan.

Langkah 4

Ambil nombor polisi tersebut dan emailkan kepada syarikat berkenaan. Kalau boleh daftar email baru untuk urusan ini. Gunakan ayat dibawah atau kalau anda ada ayat sendiri terpulang:

Hi,
Could you please send cover note (softcopy) for my car policy to me?
This is important and please help as I need it for some urgent matters.
Vehicle Reg. No : XCX XX8X
Policy number : XX2XX3XXXX
Policy period : 23 Jul 2014 – 22 Jul 2015
Thanks in advance.
Regards.

Apakah makna emel di atas? Penyamaran. Emel diatas seolah-olah kita adalah tuan punya kenderaan dan mencerahkan peluang kita untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemilik kenderaan tersebut. Jika pihak insurans yakin dengan email kita tidak mustahil mereka akan membalas email tersebut berserta lampiran ‘Cover Note’ yang mengandungi data pemilik kenderaan – nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, nombor casis kenderaan, jumlah yang diinsurankan dan pelbagai lagi yang harus tertera di atas helaian maklumat insurans kenderaan anda.

Dengan maklumat yang ada, anda boleh hubungi pesalah berkenaan dan berbincang untuk menyelesaikan kes yang telah berlaku. Mungkin ada penyelesaian yang boleh diselesaikan dengan jalan sebaiknya dalam perbincangan tersebut.

Sumber : OhMyMedia
 

Hargailah Isteri Anda Sebaik-baiknya..

640xauto-bonding-time-dengan-ayah-membuat-bayi-lebih-sehat-1207264-2
 
Akibat mengendahkan isteri yang membebel, akhirnya lelaki ini sedar akan kesalahannya itu. Namun semuanya sudah terlambat. Isterinya telah meninggalkan buat selama-lamanya..

Saya seorang suami dan ayah kepada seorang anak. Pada awal perkahwinan saya dan isteri, isteri saya selalu sangat membebel dan memarahi saya sebab saya tidak mahir menjaga anak.
Dia selalu suruh saya mandikan anak, kadang-kadang suapkan anak, buat susu anak, hantar anak ke pengasuh. Sampai suatu masa saya rasa macam saya pula yang kena buat semua kerja itu.
 
Saya tahu yang dia juga bekerja dan penat. Tetapi setiap kali dia memarahi saya, mesti dia akan berkata,
 
"Abang belajarlah jaga anak sendiri, buat susu dan sebagainya. Nanti kalau saya dah tak ada, senang boleh uruskan anak tanpa bantuan orang lain," katanya.
 
Saya selalu tidak mengendahkan apa yang dia katakan itu. Sekarang, dia telah pun meninggalkan saya dan anak, pergi menghadap illahi.
 
Selepas ketiadaan dia, barulah saya faham apa yang dia ajar saya telah praktikan tanpa bantuan orang lain. Walaupun anak saya demam, saya mampu handle seorang diri. Semoga para suami di luar sana lebih menghargai isteri anda.

Friday, 27 May 2016

MAXIS : TRADE IN NOKIA 3310 ANDA, DAPATKAN IPHONE 6S BARU..



Jika anda mempunyai telefon lama seperti Nokia 3310 yang masih berfungsi, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjualnya dan mendapatkan Iphone 6S baru di Maxis. 
Syarikat telco tersebut sedang memperkenalkan program yang dikenali sebagai Trade In, Trade Up yang membolehkan anda menggunakan salah satu daripada telefon lama anda sebagai sebahagian bayaran untuk mendapatkan Iphone 6S. 

Berapa bayaran yang anda akan dapat untuk telefon bimbit anda bergantung kepada model dan buatannya - Nokia 3310 dikatakan hanya bernilai RM240 manakala harga trade-in untuk model Iphone yang lama seperti iPhone 6 pulak bernilai RM1,560. 

Dengan salah satu plan Maxis Zerolution, anda boleh mendapatkan 6s iPhone dengan harga serendah RM840 sahaja.


Sudah tentu, terdapat beberapa kriteria yang anda perlu dipatuhi untuk program ini: 

* Peranti dapat Power On & Power Off dan IMEI boleh diakses.

* Skrin paparan berfungsi dan bebas daripada keretakan atau kerosakan 

* Peranti tidak rosak atau hilang butang atau retak casing. 

* Jika anda ingin trade in iPhone, sila pastikan aplikasi "Find My Iphone" ditutup. 

Maxis jugak tidak mewajibkan anda untuk membawa kotak, pengecas atau aksesori apabila trade in telefon lama anda, asalkan ia masih berfungsi dengan baik dan memenuhi kriteria yang diperlukan. Anda hanya boleh membawanya ke mana - mana 268 Maxis Stores di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini , sila layari website Maxis DI SINI

MashaAllah ! Pasangan Zina Ini Mati Dalam Kemalangan Yang NGERI Dan Sangat MEMALUKAN !

Gambar Sekadar Hiasan
Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… 
Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? 
Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahualam..

Nauzubillah Min Zalik

Thursday, 26 May 2016

Persiapan Menjelang Bulan Ramadhan


Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini.
Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.Membuat persiapan untuk memasuki Ramadhan
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
Pertama: Banyak berpuasa di bulan Sya’ban bermula dari awal bulan lagi
Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;
كَانَ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ
“Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Usamah bin Zaid r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, mengapakah aku tidak melihat kamu banyak berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa di bulan Sya’ban’. Jawab Rasulullah; ‘Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”. (Riwayat Imam an-Nasai)
Namun demikian, bagi orang yang tidak berpuasa langsung di awal Sya’ban (yakni dalam masa 15 hari awal Sya’ban), maka ia dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban (yakni pertengahan Sya’ban). Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut ulama’, hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berpuasa di bahagian awal Sya’ban sekalipun pada 15 Sya’ban (yakni hari nisfu Sya’ban) atau orang yang sengaja memilih hari-hari di hujung Sya’ban untuk berpuasa, bukan kerana puasa itu berkebetulan dengan kebiasaannya (seperti puasa Isnin dan Kamis atau puasa selang sehari) atau bukan kerana puasa Qadha’, Nazar dan Kafarah. Maka mereka dilarang berpuasa selepas bulan Sya’ban menjangkau pertengahannya. Adapun jika mereka telah memulai puasa sebelumnya sekurang-kurangnya berpuasa pada hari nisfu Sya’ban, maka harus untuk mereka meneruskan puasa selepas nisfu Sya’ban.
Secara amnya –menurut ulama’- berpuasa selepas nisfu Sya’ban (kecuali dengan syarat-syarat yang disebutkan tadi) hukumnya adalah makruh. Namun hukum ini berubah kepada haram apabila Sya’ban masih tinggal sehari atau dua hari lagi sebelum Ramadhan, terutamanya yaumu asy-Syak (hari ragu iaitu hari 30 Sya’ban apabila orang ramai bercakap-cakap bahawa anak bulan kelihatan, namun tidak ada saksi yang mengukuhkannya). Menurut ulama’ mazhab Syafi’ie, berpuasa pada hari Syak hukumnya haram sama ada dengan niat puasa Ramadhan (kerana berhati-hati) atau puasa sunat. Namun dikecualikan bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa dan hari Syak itu jatuh pada hari ia berpuasa atau orang yang meneruskan puasa Sya’ban yang ia mulai sebelum bulan Sya’ban menjangkau pertengahannya, maka haruslah bagi mereka puasa pada hari-hari tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Berkata sahabat Nabi s.a.w. ‘Ammar bin Yasir r.a.;
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Begitu juga, dikecualikan jika puasa itu dikerjakan kerana ada sesuatu sebab seperti puasa Nazar atau puasa Qadha’, maka sahlah puasa dan tidak diharamkan puasa pada hari Syak itu.
(Rujukan mengenai puasa Sya’ban di atas; at-Tajul Jami’ lil-Ushul, Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb (tahqiq dan ta’liq oleh Syeikh Majid al-Hamawi), Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 585, dan al-Fiqh al-Manhaji)
Mengenai kelebihan malam nisfu Sya’ban (yakni malam ke 15 Sya’ban), terdapat hadis di mana Rasulullah bersabda;
يَطَّلِعُ اللهُ عز وجل عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النـِّصْفِ مِنْ شَعْبَاْن فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاْحِنٍ
“Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Ia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama”. (Riwayat Imam at-Thabrani dan Ibnu Hibban dari Mu’az bin Jabal r.a.)
Kedua: Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Selain itu, kita juga perlu mempelajari puasa dari sudut batin atau rohaninya supaya puasa kita akan mendatangkan lebih kesan kepada jiwa dan roh kita. Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;
1. Puasa umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).
2. Puasa khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.
3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.
Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Ketiga: Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan
Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulang-ulangkan kembali –kepada diri sendiri dan kepada masyarakat- terutamanya di hujung-hujung Sya’ban ini.
Amat banyak hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan, antaranya;
a) Ramadhan adalah penghapus dosa
Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan
Sabda Rasulullah s.a.w;
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;
أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا الرَّاْبِعَةُ: فَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُ: فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا، فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ.
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
d) Malam al-Qadar
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
  1. Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu ‘Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
  2. Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.
  3. Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.
  4. Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Keempat: mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan
Supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda. Antara amalan-amalan utama di bulan Ramadhan dapat kita senaraikan seperti berikut;
1) Berpuasa dengan sesungguh hati
Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Allah berkata; ‘Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu’. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ قَاْمَ رَمَضَاْنَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاْباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبـِهِ
“Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut Imam an-Nawawi, yang dimaksudkan dengan Qiyam Ramadhan dalam hadis di atas ialah solat Terawikh. Namun ada ulama’ yang memberi makna yang umum iaitu segala solat sunat yang dilakukan untuk menghidupkan malam iaitulah qiyamullail. Jadi mengikut pandangan kedua ini termasuk di dalam Qiyam-Ramadhan itu; solat Terawikh, solat Tahajjud, solat Taubah dan sebagainya. (Rujuk; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi dan Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin)
3) Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan
Terdapat hadis di mana Saidatina ‘Aisyah menceritakan;
كَاْنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرَ الأَوَاْخِرَ مِنْ رَمَضَاْنَ أَحْيَا اللَّيْلَ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
“Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam satu riwayat yang lain, Saidatina ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain”. (Riwayat oleh Imam Muslim)
4) Beriktikaf
Di antara Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhirnya ialah iktikaf. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;
أَنَّ النَّبِيَّ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ، حَتَّىَ تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
“Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga ia meninggal dunia. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan iktikaf selepas kewafatan baginda”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Iktikaf bermaksud menetap di dalam masjid dengan niat ibadah. Syaratnya ada tiga iaitu;
Pertama: Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal/berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.)
Kedua: Menetap/tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid.
Ketiga: Seorang yang beriktikaf pula disyaratkan hendaklah seorang muslim, berakal sihat dan suci dari haid, nifas dan janabah.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’ie, jil. 2)
Beriktikaf hukumnya adalah sunat pada setiap waktu dan lebih disunatkan lagi pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan kerana di antara malam-malam tersebut terdapatnya lailatul-Qadar atau malam al-Qadar. Menurut ulama’, beriktikaf pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan hukumnya adalah sunat muakkad (yakni sunat yang amat-amat disuruh).
(Rujuk: Raudhatul-Muttaqien syarh Riyadhus-Salihin, jil. 3, kitab al-I’tikaf)
5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)
Firman Allah menjelaskan kelebihan malam al-Qadar (lailatul-Qadar);
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan”. (al-Qadar: 3)
Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya.
(Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
من قَامَ لَيلَةَ القَدرِ إِيماناً واحتِسَاباً غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِِهِ
“Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lailatul-Qadar ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah kita jelas tadi. Sabda baginda;
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari)
Menurut ulama’, sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya) ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya;
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْل، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
“Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam”. (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)
Namun demikian, yang paling sempurna ialah dengan memenuhi keseluruhan malam atau sebahagian besarnya dengan solat, bacaan al-Quran, zikir atau seumpamanya dari jenis-jenis ketaatan.
(Rujuk: at-Tajul Jami’ Lil-Ushul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80)
6) Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus
Bulan Ramadhan adalah bulan penurunan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya;
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)”. (al-Baqarah: 185)
Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah terutamanya di bulan Ramadhan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi. Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ
“Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadhan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”. Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah s.a..w. dalam satu hadis baginda;
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَاْبِ اللهِ وَ يَتَدَاْرَسُوْنَهُ فِيْمَاْ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَ غَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَ حَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَ ذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ
“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)
7) Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’. Jawab Rasulullah s.a.w.;
الصَّدَقَةُ في رمضَانَ
“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
كَاْنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاْسِ، وَأَجْوَدُ مَاْ يَكُوْنُ فِي رَمَضَاْنَ، حِيْنَ يَلْقَاْهُ جِبْرِيْلُ، وَكَاْنَ جِبْرِيْلُ عليه السلام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ
“Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.
Berkata Imam al-Mawardi; “Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (*yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya-pent.) pada bulan Ramadhan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir darinya”. (al-Majmu’, Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)
 8) Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan
Sabda Rasulullah s.a.w.;
عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حِجَّةً
“Sekali umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala sekali haji”. (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Wahab bin Khanbasyi r.a.)
Dalam riwayat lain,
عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حِجَّةً أَوْ حِجَّةً مَعِيْ
“Sekali umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala sekali haji atau sekali haji bersamaku”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
9) Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka
Sabda Rasulullah s.a.w;
ذَاْكِرُ اللهِ فِيْ رَمَضََانَ مَغْفُوْرٌ لَهُ، وَسَاْئِلُ اللهِ فِيْهِ لاَ يَخِيْبُ
“Orang yang berzikir kepada Allah di bulan Ramadhan, akan dikurniakan (Allah) keampunan untuknya. Dan orang yang memohon dari Allah di bulan Ramadhan, ia tidak akan kecewa (yakni ia pasti akan mendapat apa yang ia pohon)”. (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Umar r.a.)
10) Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
Sabda Rasulullah;
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُم: الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالإِمامُ العادِلُ، وَدَعْوَةُ المَظْلُومِ
“Tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah);
Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka
Imam (pemimpin) yang adil
Doa orang yang dizalimi”.
(Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As)
Doa yang makthur dari Rasulullah s.a.w. untuk dibaca ketika berbuka puasa akan kita nyatakan di depan nanti. Adapun doa lailatul-Qadar, maka diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’. Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa;
اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hambaMu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku)”. (Riwayat Imam at-Turmuzi)
Doa lailatul-Qadar ini ada baiknya kita membacanya pada setiap malam di bulan Ramadhan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya. Jika kita membacanya secara berselang, ada kemungkinan malam yang kita tidak membaca doa itu, malam tersebut merupakan malam al-Qadar. Maka akhirnya kita terluput dari mendapat kelebihan yang besar ini, walhal ia amat mudah diperolehi.
Menurut ulama’, kita digalakkan supaya berdoa pada setiap ketika dan lebih digalakkan lagi berdoa pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhir darinya (terutama yang ganjil). (rujuk; al-Asas fi at-Tafsir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar).
11) Bersahur
Ramai di kalangan kita yang suka mengabaikan amalan bersahur di bulan Ramadhan. Mungkin kita menganggap bersahur itu semata-mata untuk mengelakkan kita dari terlalu letih pada siangnya. Namun bersahur sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya;
تَسَحَّرُوْا، فَإِنَّ السُّحُوْرَ بَرَكَةٌ
“Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)
Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air. Sabda Rasulullah;
تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةِ مَاْءٍ
“Bersahurlah walaupun dengan seteguk air”.
(Riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.)
Waktu bersahur bermula apabila sudah masuk tengah malam. Walau bagaimanapun disunatkan melambatkan sahur yakni sebelum terbitnya fajar. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.;
لاَ تَزَاْلُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الإِفْطَارَ وَأَخَّرُوْا السُّحُوْرَ
“Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.)
12) Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka
Apabila sampai masa untuk berbuka, kita disunatkan supaya segera berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w.;
لاَ تَزَاْلُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الإِفْطَارَ وَأَخَّرُوْا السُّحُوْرَ
“Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.)
Menjadi sunnah Rasulullah s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Melambat-lambat berbuka puasa hukumnya adalah makruh kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, juga disunatkan perkara-perkara berikut ketika berbuka;
a) Berbuka dengan buah kurma atau air
Disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma basah. Jika tidak ada, dengan buah kurma kering. Jika tidak ada buah kurma, disunatkan berbuka dengan air. Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ وَجَدَ تَمْراً فَلْيُفْطِرْ عَلَيهِ وَمَنْ لاَ فَلْيُفْطِرْ عَلَى مَاءٍ فإِنَّ الْمَاءَ طَهُوْرٌ
“Sesiapa memperolehi buah tamar/kurma maka berbukalah dengannya. Sesiapa yang tidak memperolehinya, maka berbukalah dengan air kerana ia adalah penyuci”.
(Riwayat Imam Hakim, Tirmizi dan an-Nasai dari Anas r.a.)
Anas r.a. menceritakan bahawa; “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa kurma basah/segar, kalau tidak ada kurma basah maka dengan kurma kering dan kalau tidak ada buah kurma, baginda akan berbuka dengan beberapa teguk air”. (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud)
b) Membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya
Di antara doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. ketika berbuka ialah;
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ
“Ya Allah! BagiMu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka”. (Riwayat Abu Daud dari Mu’az bin Zuhrah)
اَللَّهُمَّ ذَهَبَ الظَّمْأُ، وابْتَلَّتِ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاْءَ اللَّهُ
“Ya Allah! Hilanglah dahaga, basahlah seluruh urat tubuh dan tercapailah pahala insya Allah”. (Riwayat Imam an-Nasai dan Abu Daud dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Tidak berlebihan ketika berbuka puasa
Di antara adab yang digalakkan oleh ulama’ ketika berbuka puasa ialah tidak berlebihan ketika menikmati makanan. Makanlah dengan kadar sederhana sahaja, tidak terlalu banyak supaya tidak keletihan untuk menunaikan ibadah malam nanti (solat terawikh, tadarus al-Quran dan sebagainya). Kata ulama’; “Sesiapa yang kenyang di awal malam nescaya ia akan ketinggalan pada baki malamnya”.
13) Memberi makanan untuk orang berbuka puasa
Di bulan Ramadhan, disunatkan kita memberi makan atau minum kepada orang-orang yang berpuasa sekalipun dengan sebiji kurma atau seteguk air. Namun yang lebih baik ialah memberi makan sampai mengenyangkan mereka. Fadhilatnya ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ فَطَّرَ صَاْئِمًا كَاْنَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنـَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّاْئِمِ شَيْئًا
“Sesiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun”. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Zaid bin Khalid r.a.)
Dan disunatkan juga kita makan bersama dengan orang yang berpuasa dan cara seperti ini lebih baik bagi menunjukkan rasa rendah diri.
14) Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;
لَمْ يَدَعْ قَولَ الزُّورِ والعملَ بِهِ وَ الجَهْلَ فلَيسَ لله حاجةٌ بأَنْ يَدَعْ طعامَهُ وشَرَابَهُ
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)”. (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.)
15) Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran
Tujuan puasa sebagaimana yang dijelaskan Allah ialah untuk melahirkan ketakwaan dalam jiwa. Ini sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam al-Quran;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (al-Baqarah: 183)
Oleh itu, supaya tujuan puasa itu benar-benar dapat dihayati oleh kita, maka di sepanjang bulan Ramadhan ketika kita melaksanakan ibadah puasa, hendaklah ada keazaman yang kuat dalam jiwa kita untuk menjadi manusia yang bertakwa seperti yang dihendaki Allah. Kita hendaklah mengelak dari berpuasa semata-mata kerana kebiasaan atau rutin tahunan yang menyebabkan kita tidak berusaha mengambil apa-apa pengajaran dari puasa kita itu.
Mengenai kedudukan sabar pula, maka Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang disampaikan oleh Ibnu Khuzaimah tadi;
َهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَاْبُهُ الْجَنَّةُ
“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga..”. (Riwayat Abu Khuzaimah dari Salman r.a.)
Begitu juga dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda;
الصَّومُ نِصفُ الصَّبرِ
“Puasa adalah separuh kesabaran”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
**** تم بعون الله وله الحمد في الأولى والآخرة ****
Bacaan dan Rujukan
1- صحيح مسلم بشرح النووي(المجلد الرابع)، للإمام النووي، مِِؤسسة المختار-القاهرة (2001م)
2- روضة المتقين شرح رياض الصالحين(الجزء الثالث)، للشيخ عبد القادر عرفان بن سالم الدمشقي، دار الفكر-لبنان (1998)
3- المنتقى من كتاب الترغيب والترهيب للمنذري(الجزء الأول)، للدكتور يوسف القرضاوي ، مطابع دار الوفاء—المنصورة (1993)
4- التاج الجامع للأصول في أحاديث الرسول(المجلد الثاني)، للشيخ منصور علي ناصف ،دار الفكر-لبنان (1986)
5- متن الغاية والتقريب في الفقه الشافعي، للقاضي أبي شجاع (حققه وعلق عليه وبين أدلته: ماجد الحموي)، دار ابن حزم- بيروت (1993).
6– الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي (الجزء الثاني)، د. مصطفى الخن/ د. مصطفى البغا/ على الشربجي، دار القلم – دمشق (1991)
7- الأساس في التفيسر (المجلد الحادي عشر – سورة القدر) ، للشيخ سعيد حوى، دار السلام – القاهرة (1989)
8- دروس الزمان في شهر الصيام، للشيخ سعيد عبد العظيم، دار الإيمان – الإسكندرية (دون التاريخ)
9- سبيل المهتدين، الشيخ محمد أرشد البنجري، Thinkers Library (1989)
10- برامج المحدث (www.muhaddith.org)، الإصدار

Terima Kasih Ustaz Ahmad Adnan Fadzil