Thursday 29 October 2015

KISAH PELAJAR UIA YANG BERMIMPI BERTEMU DENGAN RASULULLAH S.A.W

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W.



Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik... Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.

Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini...

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya...

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari...

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah...

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang...

Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”..

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah...

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya...

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah...

Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah...

Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda.

Kemudian Nabi katakan
“Enti fil masjidi” 
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

..Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin”
(sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar)



Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”..
..
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya...

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi...

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam....

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak...

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya.

Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini...

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”..

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar...

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;..

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya...

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”..

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”..

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra...

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan….

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(al-Ahzab:56)
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq)
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sumber : buletinmedia

Wednesday 28 October 2015

KISAH BENAR : "SAMPAI HATI AWAK SEBARKAN GAMBAR VIDEO PERIBADI SAYA"

KISAH BENAR......."Sampai Hati Awak Sebarkan Gambar Video Peribadi Saya" - Hana


BUTTERWORTH - Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b0gel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.

Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiarkan di laman web lu-cah.

Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau b0gel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.

Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa, kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.

Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.

"Ketika berkenalan, dia membahasakan dirinya sebagai abang membuatkan saya berasa disayangi dan mempunyai seseorang untuk berkongsi masalah.

"Selepas sebulan berkenalan melalui WeChat, kami mengatur pertemuan dan berjumpa kali pertama di taman tidak jauh dari rumah saya di Butterworth dan kami bersembang panjang mengenai dirinya serta kerjayanya sebagai pekerja kafe," katanya.

Dia berkata, selepas beberapa kali bertemu termasuk pernah bercuti bersama ke kawasan rekreasi, dia mula mempercayai lelaki berkenaan selepas dia berjanji mahu menjaganya dan sanggup memperisterikannya.
"Jika tidak berjumpa, kami akan berkongsi cerita termasuk berkongsi gambar dan sebagainya. Malah, saya tidak segan menghantar gambar tanpa bertudung kepadanya selepas dia berjanji mahu menyimpan gambar berkenaan hanya untuk dirinya dan tidak berkongsi gambar itu bersama rakan.
"Sehingga sampai satu tahap, dia mula meminta gambar tidak senonoh dengan alasan mahu melepaskan rindu dan mahu melihatnya jika saya tidak bersamanya.
"Malah, dia mengugut akan mengabaikan saya sekiranya permintaan itu tidak ditunaikan dengan alasan saya tidak percaya dan tidak menyayanginya, menyebabkan saya sanggup berkongsi gambar b0gel serta video aksi ghairah yang dirakam sendiri utuk dihantar kepadanya," katanya.

Menurutnya, dia pada mulanya malu menghantar gambar serta video itu namun lama kelamaan tidak kisah berbuat demikian demi menjaga perhubungan mereka.

Namun, katanya, selepas beberapa bulan, teman lelakinya itu tiba-tiba memberitahu mahu memutuskan hubungan dengan alasan mempunyai gadis lain dan menukar nombor telefon baru kerana tidak mahu diganggu.

Menurutnya, dia tertekan, malu serta tidak sanggup berdepan situasi berkenaan selepas bimbang gambar lu-cahnya tersebar sehingga dikesan kawan serta keluarga.
"Kebimbangan saya itu terjawab apabila gambar b0gel saya diterima beberapa rakan yang berjumpa dan bertanyakan perkara itu kepadanya.
"Saya tiada alasan sebelum memaklumkan ia diedit dan terpaksa menukar penampilan tudung saya dan sebagainya selepas itu," katanya.

Sumber : thehypemedia.com

GADIS KELANTAN BERANG DITIPU, PUKUL PENJUAL WANITA


SATU rakaman video yang menunjukkan seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan kini menjadi viral di laman sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di Bachok, Kelantan berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut. Menerusi video, mangsa dilihat tidak mampu melindungi dirinya apabila kedua-dua wanita terbabit mula menyepak dan memukul mangsa bertalu-talu.

Dikatakan, punca kejadian disebabkan mangsa yang merupakan peniaga online (dalam talian) telah menipu kedua pelanggan ini, seterusnya menyebabkan dia ditangkap dan dipukul. Salah seorang pelaku wanita dapat didengar berkata, “Mano barang mu? Mano barang muu?”.

Lebih menyedihkan, seorang lelaki yang dilihat di dalam video ini hanya menjadi penonton dan sanggup membiarkan mangsa diperlakukan kejam depan matanya.


Terus terang dikatakan, kami amat terkejut dengan aksi ‘gadis-gadis kelantan’ ini yang nampaknya sudah hilang nilai kesopanan sebagai wanita. Perilaku yang ditunjukkan ini sama seperti manusia yang mendahulukan emosi daripada menggunakan kawarasan akal.

Walaupun mangsa bersalah, sebaiknya hubungi ibubapanya atau terus buat aduan kepada pihak berkuasa. Tidak perlu rasanya memalukan dan memukul mangsa sampai sebegitu rupa.

Apa-apa pun, persepsi kami mengenai gadis Kelantan yang sopan santun lagi manis nampaknya sudah agak berubah.

Sumber : mynewshub

LAGI GADIS KELANTAN BERGADUH, ORE KELATE PANGGIL GOCOH



SEBUAH lagi video yang memaparkan aksi pergaduhan melibatkan ‘gadis Kelantan’ kini menjadi viral menerusi media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat, kedua-dua wanita yang dipercayai di dalam lingkungan 20-an itu seakan-akan bergaduh sengit di dalam sebuah perlawanan gusti.

Sorakan penonton di sekelilingnya yang menyorak “bengong natang nok sangat, haa pukoi haa, buh lagi buh lagi (beri/balas lagi), haa mu nok kan,” juga jelas kedengaran.



Dilihat gadis yang sedikit gempal berjaya memberi asakan hebat membuatkan gadis yang berbadan ramping dibelasah sehingga bertubi-tubi.

Namun tidak beberapa lama kemudian, muncul seorang ‘pengadil’ perlawan yang bertindak seperti mengumumkan perlawan sudah tamat dan kemenangan nampaknya memihak kepada gadis yang sedikit berisi.

Kami masih tidak mendapat maklumat apakah punca sebenar pergaduhan tetapi daripada gaya pertuturan dialek Kelantan mereka, boleh disimpulkan yang mana pergaduhan adalah disebabkan kerana ‘merebut’ lelaki.


Agak sedih sebenarnya melihat kelakuan-kelakuan wanita yang seperti gangster sebegini.

Lagi menyedihkan apabila melihat reaksi manusia di sekelilingnya yang menyorak keseronokkan ditambah pula kerlibat beberapa sotong yang diantaranya berbaju merah seperti di dalam visual.

Sebagai lelaki, anda sepatutnya menghentikan perbuatan mereka dan bukannya menjadi ‘cameraman‘ kepada mereka.

Nate beruk sungguh ‘sotong-sotong’ ni…

Sebelum ini juga, sebuah video yang turut memaparkan ‘gadis Kelantan’ membelasah seorang wanita telah pun menjadi viral dan dua suspek pergaduhan dilaporkan telah ditahan reman.

AYDA JEBAT ELAK NAMANYA DIKAITKAN DENGAN VIP

Nama selebriti wanita dan juga gosip berkaitan VIP bagaikan tidak dapat dipisahkan dan sering kali terpalit pada nama-nama mereka yang mempunyai rupa dan sedang mendaki populariti. Bagi pelakon Ayda Jebat, dia mahu mengelak perkara itu terpalit pada namanya.


Saya sering mendengar artis popular atau memiliki paras cantik tidak terlepas diusik atau dihimpit golongan VIP. Memang pelik mendengarnya. Saya cakap begitu kerana ia belum pernah terjadi kepada saya dan saya tidak mahu pun ia berlaku

Secara jujur, saya tidak pernah berhadapan dengan dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan atau dalam kes tertentu, menghantar pegawai peribadi untuk cuba-cuba mengenali saya


Mungkin disebabkan peminat saya lebih banyak diwakili kelompok kanak-kanak, jadi saya terlepas daripada berdepan situasi begitu, jelas Ayda menyatakan pendapatnya kepada BH Plus baru-baru ini. Apa pun, semoga pelakon ini akan terus dapat mengharungi dunia hiburan yang penuh cabaran ini.

RANI KULUP DAKWA JEREBU PULIH BERKAT LAPORAN POLISNYA



FIGURA yang sinonim dengan jolokan Raja Report Malaysia, Abdul Rani Kulup menyifatkan fenomena jerebu teruk yang dilihat semakin pulih sejak kebelakangan ini di negara kita adalah hasil berkat laporan polis yang dibuatnya.

Rani Kulup baru-baru ini, membuat laporan meminta rakyat Malaysia memohon doa agar jerebu yang melanda negara ini berkurangan dan pulih.

"Alhamdulillah, setelah ayah buat laporan polis tempoh hari yang meminta rakyat mendoakan supaya jerebu ini dapat dihindarkan tengok jerebu di Malaysia dah kurang Ini berkat seruan ayah (Rani Kulup)" , katanya.

Dia yang popular dengan tagline #kipidap berkata demikian kepada pihak mediadi hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu,Rani Kulup yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) turut meminta supaya pihak kerajaan lebih tegas menangani isu berkaitan jerebu.

"Ayah minta kerajaan ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang membakar hutan di sana (Indonesia)"
"Selagi tak ambil tindakan orang tak takut dan ia akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat Kita nak bakar sampah berlebihan pun tak sampai hati tapi di negara luar, mereka bebas membakar hutan" , katanya.

Sumber: Free Malaysian Today



ARTIS SEBERANG : VITALIA SHESYA KENA AZAB KERANA HINA AL-QURAN

Masuk Penjara, Vitalia Shesya Kena Azab kerana Hina Al-Quran?


Vitalia Shesya memberi keterangan pers terkait dirinya ditangkap polisi setelah pesta narkoba. [Foto: Faisal R. Syam/Liputan6.com]

Liputan6.com, Jakarta Vitalia Shesya ketiban sial. Model majalah pria dewasa yang penuh kontroversi ini diciduk polisi saat sedang pesta narkoba di sebuah hotel di kawasan Ancol, Jakarta Utara, Sabtu (11/7/2015). Tak sendirian, bersama tiga pria dan empat wanita lainnya, Vitalia pun digelandang ke Polsek Pademangan guna diperiksa lebih lanjut.

Anehnya, pemilik nama Andi Novitalia ini malah mengunggah foto dirinya dengan Kapolsek Pademangan, Kompol Benny Alamsyah di media sosial Path. Berbagai cacian pun mengarah kepada Vitalia, tak terkecuali di akun Instagramnya.

Vitalia Shesya sempat-sempatnya berposing bareng polisi usai ditangkap dan dinyataka positif narkoba

Selain foto bersama Kapolsek Pademangan, banyak netizen yang mengomentari foto lain Vitalia. Ada yang mengaitkan penangkapannya ini dengan azab dari Tuhan akibat dianggap menghina Alquran. Sebelumnya, Vitalia pernah mengunggah video parodi bersama temannya melalui aplikasi yang sedang ngetren Dubsmash.com.

Di video itu, Vitalia mengenakan hijab dan terlihat sedang mengajarkan bacaan doa Al Qur’an kepada temannya. Meski menutup bagian kepalanya dengan kerudung, namun Vitalia tetap mengenakan baju ketat lengan pendek warna biru. Di situ, ibu dua anak ini mencoba mengeja bacaan ‘Allahumma inni as’aluka’ yang artinya ‘Ya Allah, aku sungguh memohon kepada-Mu’.

Dari suara yang di-dubbing, Vitalia sempat tertawa lantaran temannya salah mengeja bacaan tersebut. Di akhir durasi video pun, terlihat jelas artis kelahiran 15 November 1986 itu tertawa geli. Alhasil, netizen pun mengomentari video tersebut.

Vitalia Shesya [Foto: Panji Diksana/Liputan6.com]

Berikut kutipan komentar yang dihimpun Liputan6.com di akun Instagram Vitalia Shesya,Vitaliashesya15, Selasa (14/7/2015).

“Kena azab karena mempermainkan kitab suci Al Qur’an. Sangat cepat Allah menghukumnya. Naudzubillahimindzalik,” kata akun Ikaretnopalupi.

“Al Qur’an dibuat main-mainan. Sok-sokan pakai jilbab, tapi baju kayak gitu. Mampus lo masuk bui. Dasar t*i,” timpal akun Bebyirma.

“Al Qur’an kamu jadikan tertawaan, lantaran mau ikut tren buat begituan, hahaha. Mampus kau kan. Sekarang dipenjara, apa kau tak tahu Allah sangat marah atas perbuatanmu. Rasakan hukuman penjara itu, belum seberapa. Nanti hukuman di akhirat lebih dari ini yang kau rasa. Mudah-mudahan tidak ada orang yang berani mempermainkan Al Qur’an,” sindir akun Effafitriany.

Meski dipenuhi cacian, ada juga netizen yang coba membela Vitalia Shesya. Seperti komentar dari akun Bayuagungmahendra di Instagramnya.

“Jangan suka men-judge orang kayak begitu. Mendingan introspeksi diri, karena diri kita sendiri saja belum tentu benar. Ini bulan puasa, nggak baik berkata-kata kasar seperti itu.”

Vitalia Shesya

Dari hasil pemeriksaan urine, diketahui Vitalia positif mengonsumsi narkoba. Hal itu diperkuat dengan barang bukti temuan polisi di hotel tempat mereka pesta narkoba. Di TKP, polisi mendapati satu butir narkoba jenis ekstasi, satu bungkus plastik bening berisikan 2,91 gram ganja, 50 butir Happy Five, satu alat hisap ganja dan uang US$100.

Sumber: plbgaimacam