Wednesday 28 October 2015

AYDA JEBAT ELAK NAMANYA DIKAITKAN DENGAN VIP

17:33:00

Nama selebriti wanita dan juga gosip berkaitan VIP bagaikan tidak dapat dipisahkan dan sering kali terpalit pada nama-nama mereka yang mempunyai rupa dan sedang mendaki populariti. Bagi pelakon Ayda Jebat, dia mahu mengelak perkara itu terpalit pada namanya.


Saya sering mendengar artis popular atau memiliki paras cantik tidak terlepas diusik atau dihimpit golongan VIP. Memang pelik mendengarnya. Saya cakap begitu kerana ia belum pernah terjadi kepada saya dan saya tidak mahu pun ia berlaku

Secara jujur, saya tidak pernah berhadapan dengan dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan atau dalam kes tertentu, menghantar pegawai peribadi untuk cuba-cuba mengenali saya


Mungkin disebabkan peminat saya lebih banyak diwakili kelompok kanak-kanak, jadi saya terlepas daripada berdepan situasi begitu, jelas Ayda menyatakan pendapatnya kepada BH Plus baru-baru ini. Apa pun, semoga pelakon ini akan terus dapat mengharungi dunia hiburan yang penuh cabaran ini.

0 comments