Isteri yang banyak berjuang untuk kita. Katanya setiap malam dia bawa isteri dan anak-anak tarawih. Malam-malam mereka ronda bandar miri ni. Bawa pusing-pusing. Bergurau main kejar-kejar.
Ustaz Nasru orang yang sambut saya di airport. Layan saya sepanjang Miri. Berkat cinta dan kasih sayangnya dengan isteri..
Katanya ustaz hidup saya rasa tenang asbab doa arwah mak ayah yang semua pergi baru-baru ini. Dan sokongan isteri saya. Saya terasa rugi jika tak dpt pegang tangan isteri. Saya bahagia bersamanya. Kami dapat anak yang pertama selepas 5 tahun. Saya betul beri masa untuk isteri dan anak-anak. Berkat dari itu Allah beri rezeki mencurah-curah..
Kini Allah mudahkan buatnya dengan ada 2 restaurant. Nass cafe dan DSeleraKelate di Miri. Saya tanya apa rahsia Allah beri rezeki begini..seronok berbual pasal Restoren. Sebab saya pun syukur Allah mudahkan perjalanan Paramount Cofee House di bangi sentral. Ramai orang walau dari jauh-jauh datang. Seronok belajar-belajar berniaga. Paling best belajar yakin pada Allah. Buat amalan yang menarik rahmatnya antaranya buat baik pada ahli keluarga.
Katanya sayangi isteri. Hargai isteri. Layan isteri. Sayangi anak dan hargai beri masa untuk anak-anak. Khidmat mak ayah. Syukur ustaz saya dapat khidmat ibubapa saya sepanjang hidup mereka. Saya rasa sebak..
Saya doakan beliau dan restorennya terus maju jaya berkat cinta dan sayang keluarga..beliau diantara orang kuat yang menguruskan penceramah luar datang ke sini.
Ramai orang bekerja kuat dan berniaga tetapi lupa nak sayang dan hargai keluarga. Akhirnya keberkatan hilang. Terlupa bimbing anak untuk solat. Lupa bimbing istri solat dan alQuran.
Bagaimana kita ingin menjadi orang bahagia tanpa bawa keluarga untuk solat?
Sumber : Facebook Ebit Lew
0 comments