Sunday, 10 May 2015

Neelofa Dan Hans Isaac Ambil Jalan Untuk Berahsia Soal Cinta

22:07:00


Sebelum ini, walaupun tidak pernah menghebahkan mengenai kisah cinta mereka, ramai yang sudah mengetahui bahawa cinta antara Neelofa dan juga Hans Isaac sudah pun berakhir namun ada sumber mengatakan mereka telah kembali keluar bersama baru-baru ini.

Menurut sumber ruangan Miss J di dalam Pancaindera hari ini, Neelofa dan Hans didakwa telah keluar bersama di sebuah restoran di ibu kota. Tambah sumber itu lagi, mereka kelihatan mesra ketika menikmati hidangan bersama-sama.

Sebelum ini, Neelofa sendiri pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menghubungi Hans selepas putus cinta dan kali terakhir mereka bersua adalah ketika di dalam rancangan MeleTOP.

Bak kata Hans sebelum ini, dia sudah ada wanita pilihan di hatinya, namun belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. Apa-apa pun, baik Neelofa mahu pun Hans, masing-masing mengambil pendekatan untuk berahsia mengenai soal percintaan.

0 comments