Thursday 19 November 2015

GEMPAR !! WANITA MENGAMUK DI PEJABAT POS !

21:14:00



BACHOK : Gara-gara terlalu lama menunggu gilirannya di pejabat pos dan semasa sampai gilirannya alat biometrik cap jari pula "offline" menyebabkan seorang wanita telah mengamuk di Pejabat Pos Bachok, Jalan Besar di sini semalam.

Berdasarkan cerita sumber yang kami terima, kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang wanita berumur 40-an berkenaan telah menuggu nombor gilirannya untuk mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera.


Punca kemarahannya berdasarkan sumber adalah kerana pejabat pos berkenaan hanya beroperasi satu kaunter dari empat kaunter yang ada dan setelah lama menunggu tiba-tiba dimaklumkan sistem "offline" menyebabkan dia mengamuk menjatuh dan merosakkan barangan di dalam pejabat pos berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan .

PS : Ramai individu juga tidak berpuas hati dengan pejabat pos kerana banyak kaunter yang kosong sekaligus melambatkan orang ramai kerana terpaksa menunggu. Biasanya individu yang menjalakan bisnes tahu keadaan yang sebenar kerana mereka sentiasa ke pejabat pos.

Bisnes yang melibatkan penghantaran seperti baju kurung sentiasa menggunakan pos. Terdapat juga bisnes baju kurung yang tidak memerlukan kedai , kemahiran menjahit dan kedai yang berjaya membolehkan ramai individu menjana pendapatan RM 1000 - RM 4000 Sebulan

Sumber : viralmy

VIDEO : Situasi Pejabat Pos Merlimau Melaka



0 comments