NEW YORK – Satu burger terbaharu di kota raya New York, Amerika Syarikat dinobatkan sebagai yang terhebat di dunia walaupun tidak langsung mengandungi daging.
Superiority Burger terkenal ini berharga AS$6 (RM26) dibuat dengan hanya menggunakan pati sayur-sayuran dan dinamakan burger paling hebat di dunia oleh majalah GQ.
Pasti pilihan itu menimbulkan kontroversi, tetapi ramai yang memuji rasa dan tekstur intipati burger itu tanpa mengetahui ia sebenarnya tiada langsung menggunakan daging lembu.
Burger itu dihidangkan dengan roti ban, daun salad dan tomato selain jeruk dil dan sos. Pemilik Superiority Burger East Village, Brooks Headley berkata, isi kandungan burger sayuran rahsianya.
Namun, bekas pemain dram kumpulan punk rock tersebut malah berkata, burger vegetarian semakin popular di negara kuasa besar dunia itu.
“Saya tidak perlu makan daging untuk menikmati burger yang sempurna. Keenakannya dinikmati secara menyeluruh, setiap kunyahan pati burger digabungkan dengan ban, daun salad dan sos memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan,” katanya.
Sumber : mymetro online
0 comments