Thursday, 12 November 2015

PERISA VAPE JENAMA 'UNCLE MANIAM' TANDA PROTES KKM

14:43:00



SEBELUM ini, golongan anak muda khususnya pengguna vape telah menggeluarkan video parodi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) yang bertindak melakukan rampasan besar-besaran perisa rokok elektronik vape.

Terbaharu, golongan ini menghasilkan pula perisa baru vape jenama ‘Uncle Maniam’ yang memaparkan wajah mirip Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Gambar yang diambil dari sebuah laman komuniti peminat vape di Facebook itu, sehingga kini giat dikongsikan setelah beberapa jam ia dimuat naik.
Botol cecair perisa berkenaan yang labelnya berwarna hitam, tertera motto ‘Uncle Maniam flava, most special product’ (perisa Pakcik Maniam, produk berperisa khas) dan ‘unknown taste’ (perisa tidak diketahui).

Kewujudan perisa vape ini dipercayai sebagai tanda geram terhadap tindakan KKM yang bagi para peniaga vape adalah keterlaluan kerana tiada garis panduan atau notis dikeluarkan sebelum rampasan dibuat.

Ini menyebabkan mereka yang baru berjinak-jinak menjalankan perniagaan vape yang mana sebahagian besarnya anak muda, mengalami kerugian besar.

VIDEO : Isu Perisa: Peniaga Vape Buat Jualan Penghabisan Stok



0 comments