Friday, 23 October 2015

Yang di-Pertuan Agong Jalani Pemeriksaan Berkala di IJN


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam semalam menjalani rawatan berkala seperti yang dijadualkan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman berkata pada Jumaat berkata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada jam 10.30 malam tadi dengan kenderaan rasmi Seri Paduka bagi pemeriksaan berkala tersebut.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang berehat dan dijangka akan kembali bertugas secepat mungkin," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

Kenyataan ini sekaligus menafikan desas desus viral semalam yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong pengsan.

Selain itu, laporan polis juga turut dibuat berikutan berita palsu tersebut.


Belasah Wanita : Dua Perakam Direman, Mangsa Dikatakan Turut Dipukul Dengan Stereng Lock


KOTA BHARU - Berikutan video seorang wanita dibelasah yang viral dimedia sosial, dua suspek yang dipercayai perakam video terbabit turut dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah hari ini.

Selain dari dua wanita tersebut, reman terhadap suspek utama, Ika, yang berusia 27 tahun turut dilanjutkan selama tiga hari lagi.

Dua suspek perakam video terbabit ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab antara jam 3 dan 4 pagi kelmarin. Suspek utama pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata usaha mengesan dua lagi suspek iaitu Nija dan Mokbiey masih lagi diteruskan. Kedua-dua terbabit dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang,” katanya.

Sebelum ini beberapa video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di media sosial. Difahamkan video berkenaan disebarkan oleh kumpulan wanita terbabit beberapa hari yang lalu.

Mangsa dipercayai dituduh mencuri barang kemas dari seorang suspek dan juga dituduh mmengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Di dalam video berkenaan, wanita tersebut dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak sehingga menunjukkan bahagian dada.

Mangsa juga turut dikatakan dibawa ke Terengganu oleh kumpulan wanita tersebut dan memukulnya menggunakan STERING LOCK, lapor Sinar Online.

VIDEO : Aksi Lelaki Tak Berbaju Buat Regangan Di Lebuhraya PLUS Jadi Viral


Sejak beberapa hari lalu tersebar satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berbaring di atas Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar Ainsdale, Seremban sambil membuat aksi regangan.

Akibat kejadian pelik itu menyebabkan ramai pengguna lebuhraya melambatkan pemanduan untuk merakamkan aksi berkenaan, selain mengelakkan kejadian melanggar lelaki itu.

Sebuah kereta bewarna perak dipercayai milik lelaki itu juga berada di arah bertentangan lebuhraya. Aksi tersebut mengundang tanda tanya ramai pihak.

Salah seorang pengguna lebuhraya yang berada ketika kejadian itu, Norzuliana Zakarian memberitahu lelaki itu terdahulu memandu dengan laju mengakibatkan hilang kawalan sehingga nyaris melanggar pembahagi jalan.

“Kereta dia berpusing, dan selepas itu dia keluar dari kereta dan secara tiba-tiba baring di atas jalan. Dia tidak berbaju dan badannya mempunyai kesan membuat bekam. 

"Saya tidak tahu untuk katakan lelaki itu kurang siuman. Dan selepas kami memintas keretanya, dia dilihat sedang menghisap rokok dengan keadaan keretanya dipasang lampu kecemasan,” katanya. 

Sementara itu PLUS Malaysia Berhad mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada 4 Oktober lalu pada jam 11.30 pagi.


Pengurus Akaun Didakwa Keluarkan Wang Berjumlah RM4,500 Dari Akaun Datuk Aliff Syukri


KUALA LUMPUR: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Ampang hari ini kerana didakwa mengeluarkan sejumlah wang tunai daripada akaun bank milik pengasas syarikat kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri yang bernilai RM4,500 pada Julai lalu.

Tertuduh, Hasliani Hashim yang juga pengurus akaun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara 10 bulan atau kedua-duanya.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 16 November ini untuk sebutan semula kes.

Bagi BR1M Ibarat Beri Makan "Chewing Gum" - Mahfuz

KUALA LUMPUR - Pemberian BR1M oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat disifatkan seperti hanya memberi 'nikmat sementara' kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah bagi kita (rakyat) gula-gula getah 'chewing gum'. Sudah habis manis (gula-gula getah) itu, kita sudah tidak ada (rasa) apa-apa lagi," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai pemberian BR1M kepada rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini.

BR1M antara perkara yang akan disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 yang dijadualkan esok.

"Kalau tambah BR1M banyak mana sekalipun, keadaan ekonomi kita tidak akan pulih. Dan beban akan terus menghimpit kehidupan rakyat dengan nilai ringgit yang jatuh.

"Dia (Najib) nak tambah  BR1M banyak mana? Bukannya dia boleh bagi (BR1M) tiap-tiap bulan," kata beliau lagi.

Najib Dan Bintang Terminator Bertemu Di Majlis Makan Malam Di KLCC

KUALA LUMPUR: Selebriti terkenal dunia, Arnold Schwarzenegger yang hadir ke Malaysia untuk Forum Transformasi Global (GTF) bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

Memetik The Malay Mail Online, kedua-dua personaliti tersebut dilihat bersalaman dan berbalas senyuman ketika mereka menghadiri majlis makan malam sempena program itu.

Schwarzenegger yang juga merupakan bekas Gabenor California akan mengambil bahagian dalam forum berkenaan dengan ucapan bertajuk "Discipline of Action" pada petang esok.

Beliau juga terkenal sebagai bintang utama dalam filem "Terminator".

Bukan sahaja Schwarzenegger, turut sama akan menyampaikan ucapan di pentas yang sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong.

Forum Transformasi Global (GTF) dianjurkan untuk menggalakkan dialog antara negara dalam usaha memperkukuhkan lagi dasar transformasi.

Thursday, 22 October 2015

Senarai Sekolah Tutup Esok 23 Oktober 2015 (Jumaat)


22 Oktober: Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu jerebu yang melanda negara yang mana menyatakan bahawa bacaan IPU di beberapa buah kawasan masih tidak sihat dan mengarahkan sekolah-sekolah dikawasan terlibat ditutup pada 23 Oktober.

Kawasan-kawasan diarah tutup esok oleh Kementerian Pendidikan adalah :

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak

Sekolah-sekolah di kawasan lain beroperasi seperti biasa.

Pengantin Lelaki 71 Tahun Pengsan Tengok Bakal Isteri..KENAPA.? Anda Pun Pasti Terkejut..


Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.

“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin) .”

“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994.

Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.

GEMPAR !!! Imej Pontianak Telah Dapat Dirakam CCTV di Plaza Tol LEKAS !


Jika nak kata betul ke tidak sememangnya pada masa sekarang ramai yang telah pandai mengedit pada masa sekarang seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini .

Namun jika diperhatikan terdapat gambar makhluk yang memakai pakaian putih dan berambut panjang mengurai atau lebih kita kenali sebagai pontianak dilihat berada berdekatan dengan pondok tol ini giat dikongsikan di laman-laman sosial .

Terdapat beberapa orang yang mengatakan kejadian ini telah dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya itu masih tidak dapat dipastikan. Namun apa yang pasti , selain manusia sememangnya ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia walaupun dia hampir dengannya .

 Apa yang pasti kita berbalik semula kepada tuhan dan kita kena tahu bahawa setiap apa yang dijadikan tuhan adalah yang terbaik dan kita sebagai kalifah dimuka bumi harus percaya bahawa adanya kewujudan makhluk lain selain manusia .

Tutup Hati Pada Lelaki, Rita Rudaini Serah Jodoh Pada Takdir Tuhan


Baru-baru ini, perjuangan Rita Rudaini demi mendapatkan haknya sebagai wanita selepas bercerai berakhir dengan berita gembira. Bagaimanapun, pengalaman perit yang dilaluinya membuatkan dia menutup hati untuk mana-mana lelaki mahu menjadikan dirinya isteri mahupun kekasih.

“Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana kalau saya kahwin pun memang tidak akan ada lelaki yang boleh sayang anak saya seperti anak mereka sendiri”

“Terus-terang hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tak ada hati langsung, hinggakan nak tenguk lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti,berserah sajalah,” jelasnya kepada portal Murai.

 Tambah pelakon ini, dia mengakui ada lelaki yang cuba mendekatinya namun ia akan ditolak dengan baik malah turut berpesan agar lelaki lain tidak cuba untuk memikatnya lagi. Amboi, tertutup betul nampaknya pintu hati Rita pada lelaki.

Rita Rudaini Belum Terima Bayaran Mutaah Dari Bekas Suami


Pada 5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan untuk melangsaikan wang mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebanyak RM30,000 namun sehingga kini dia masih belum menerima sebarang bayaran.

“Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya”

“Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja,” jelasnya kepada portal Murai.

“Sebelum ini saya tahu ramai wanita di luar sana yang tidak suka saya buat begini, ada yang kata saya tidak boleh move on lagi, tapi sekarang kebanyakkan mereka sudah sedar akan tujuan saya melakukan tuntutan tersebut.

“Saya bukan tak move on tetapi saya ada harga diri dan saya nak move on dengan cara saya iaitu cara terhormat dan memberitahu pihak lelaki yang kita juga ada maruah,” katanya.

Wednesday, 21 October 2015

TMJ: Rambut perang, biru atau merah urusan saya!!!



TMJ: Rambut perang, biru atau merah urusan saya!!!

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini tampil dengan fesyen rambut berwarna perang.

Menerusi laman web Johor Southern Tigers, baginda yang juga adalah Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaparkan gambar wajah barunya dan menjelaskan mengapa dirinya berbuat demikian.

“Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya.

“Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya,” katanya.

Mengulas kenyataan negatif sesetengah pihak berhubung perbuatannya itu, baginda bertitah tidak menyalahkan mereka.

“Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya,” katanya.

Baginda seterusnya mengongsikan cerita di mana pihak polis menunjukkannya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkannya dan keluarganya.

“Setelah melihat rupa keyboard warrior tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain.

“Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia. Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka,” akhiri wawancaran ringkasnya itu.

Tunku Ismail sering juga mencetuskan kontroversi apabila tampil membuat kenyataan yang membidas pihak berkuasa termasuk isu 1MDB.

Monday, 19 October 2015

AC Mizal Pecah Rekod Menang Bidaan Mod Vape RM45,000

Pelakon dan pengacara, Dato' AC Mizal telah mencipta rekod tersendiri setelah berjaya memenangi bidaan Mod Vape yang bernilai RM45,000 dalam satu acara VapeFest 2015 yang berlangsung semalam. 

Bidaan sehingga RM45,000 itu sekaligus mengatasi rekod bidaan Vape paling tinggi sebelum ini yang bernilai RM17,000. 

Sementara, acara itu menggunakan hashtag #VapeForCharity di mana wang bidaan untuk pembelian tersebut akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Sunday, 4 October 2015

Fizo Omar berhutang RM 8 juta


Setiap insan yang berjaya, pasti mempunyai pengalaman pahit mereka tersendiri kerana kejayaan tidak datang dengan mudah.

Pengalaman ditipu oleh rakan kongsinya sendiri sehingga mengakibatkan dirinya berhutang sehingga RM8juta menjadikan aktor Fizo Omar lebih cekal dan kuat untuk kembali bangkit dalam dunia perniagaan.

Mengakui sikapnya dulu yang terlalu mempercayai rakan kongsi di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan benar-benar memakan diri. 

 “Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya”

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca. Dalam kekalutan itu, saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya temu bual dalam program Nasi Lemak Kopi O.

“Dua tahun dia ajak saya ke program itu, tetapi saya sering beri alasan sibuk. Dugaan itu (hutang) buat saya sedar perlu melakukan sesuatu dan Dr Azizan adalah mentor yang membimbing hingga berjaya seperti hari ini.

“Kes RM8 juta itu masih dalam siasatan, namun kata-kata semangat dan dorongan Dr Azizan buka mata saya untuk melihat masalah sebenarnya peluang untuk mencipta kejayaan dan kehidupan lebih cemerlang,” katanya.
Mensyukuri setiap peluang dan ruang yang dikecapi, Fizo kini setanding pakar motivasi terkenal lain, malah melakar nama sebagai usahawan berjaya.

Bermula dengan perniagaan Hot Burger bertujuan membantu anak bangsa memperbaiki kehidupan mereka, Fizo kini berjaya menubuhkan beberapa syarikat termasuk pengiklanan.
“Konsep saya ‘memberi’ dan tidak meraih keuntungan pun daripada perniagaan burger itu, namun Allah SWT beri saya rezeki daripada pelbagai sumber. Kini ada 150 gerai Hot Burger di seluruh negara.

“Saya berkongsi resipi kejayaan dengan memberi ceramah motivasi kepada orang ramai. Bagi menambah ilmu di dada, saya turut aktif menghadiri seminar orang lain,” katanya.
Walaupun kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa, sebagai anak melayu kami bangga dengan kejayaan Fizo Omar malah beliau dapat bangkit dari kegagalan masa lalu. Sesungguhnya pengalaman Fizo Omar boleh jadi pengajaran kepada anak muda yang lain.

Wednesday, 3 June 2015

Neelofa Nafi Bertudung Untuk Lariskan Perniagaan

Seakan menjadi budaya di kalangan artis kebelakangan ini jika mereka berhijrah dan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, pasti perniagaan tudung jenama sendiri menyusul tidak lama kemudian dan ini menimbulkan cakap cakap yang mereka bertudung kerana berniaga.

Antara yang terpalit dakwaan ini adalah Neelofa yang kini semakin berjaya dengan perniagaan tudung berjenama Naelofar beliau. Namun, selebriti yang diminati ramai ini tenang menjawab yang perniagaan dilakukan oleh artis berhijab merupakan satu bonus buat mereka.

“Apabila seseorang mula berhijab sebab nak lariskan produk, bagi saya niat itu perlu dihakis. Ini kerana saya sendiri niat berhijab kerana Allah dan hanya Tuhan saja tahu kenapa saya berhijab”
“Kita tidak boleh menghukun atau mengkritik sebab untuk seseorang itu mengubah kehidupan yang dibuat ke arah yang lebih baik, itu adalah hadiah bermakna daripada Allah. Perniagaan yang diusahakan itu adalah suatu bonus disebabkan mereka sudah punyai nama sebagai artis walaupun ketika belum berhijab,” ujarnya kepada Berita Harian hari ini.

Dalam masa yang sama, Neelofa turut berharap yang para peminat akan sentiasa memberikan dorongan positif terhadap artis yang sudah berhijrah untuk mereka kekal berhijab.

Thursday, 28 May 2015

Isu Cinta, Neelofa Lebih Selesa Berdiam Diri


Masih lagi diburu mengenai kisah cintanya bersama Hans Isaac, Neelofa menafikan dia kembali bercinta dengan pelakon dan penerbit tersebut selepas tahun lalu namun mengaku sudah bercakap semula dengan Hans selepas Aidilfitri tahun lalu, hanya sekadar kawan.

“Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang. Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam,” katanya kepada Harian Metro.

Spekulasi percintaan antara Neelofa dan Hans mula diperkatan sejak tahun 2011 lagi ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran filem Lemak Kampung Santan.

Manakala kisah mengenai percintaan mereka kembali diperkatakan apabila Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya, April lalu.

Wednesday, 20 May 2015

Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus Masih Berahsia Status Hubungan

Sebelum ini beberapa media tempatan telah melaporkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Anis Al-Idrus ialah sepasang kekasih. Bagaimanapun, Anis yang ditemui semasa majlis pelancaran produk Biogenesis Collagen, menyangkal dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa dia dan Sharnaaz merupakan teman rapat sahaja.

“Berkenaan itu kami tidak pernah mengaku bercinta yang boleh saya cakap kami hanyalah kawan sahaja. Saya cuma sokong dia sebagai sahabat serta sebagai seorang kawan dia yang paling rapat disebabkan itulah dia menjadikan saya sebagai testimony untuk pengeluaran produk Biogenesis Collagen itu,” katanya yang turut menjadi pengacara pada majlis tersebut.

Mengenangkan keluarga yang berada di perantauan Anis lebih selesa tidak bercakap tentang hubungannya yang masih lagi samar demi menjaga maruah kedua-dua ibubapanya dan sekiranya benar dijodohkan bersama Sharnaaz dia sendiri akan memberitahunya kepada umum.

“Keluarga saya jauh mereka berada di Indonesia dan saya merupakan anak tunggal. Ibu bapa saya percayakan saya seorang di Malaysia. Untuk menjaga maruah mereka saya rasa perkara ini tidak perlulah untuk diperbesarkan. Sekiranya terjadi betul barulah bolehlah mengaku. Jadi sekarang ini kami hanya berkawan rapat sahaja dan tak perlu digembar-gemburkan”

“Buat masa ini ya Sharnaaz memang kawan rapat saya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz telah pun berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Anis dan mereka telah pun mengenali antara satu sama lain.

“Keluarga saya pernah berjumpa dengannya dan itu adalah syarat pertama iaitu mesti berjumpa dengan keluarga kerana ibubapa saya mestilah mengetahui siapa yang saya berkawan memandangkan mereka tinggal jauh,” tambahnya lagi.

Sunday, 10 May 2015

Neelofa Dan Hans Isaac Ambil Jalan Untuk Berahsia Soal Cinta


Sebelum ini, walaupun tidak pernah menghebahkan mengenai kisah cinta mereka, ramai yang sudah mengetahui bahawa cinta antara Neelofa dan juga Hans Isaac sudah pun berakhir namun ada sumber mengatakan mereka telah kembali keluar bersama baru-baru ini.

Menurut sumber ruangan Miss J di dalam Pancaindera hari ini, Neelofa dan Hans didakwa telah keluar bersama di sebuah restoran di ibu kota. Tambah sumber itu lagi, mereka kelihatan mesra ketika menikmati hidangan bersama-sama.

Sebelum ini, Neelofa sendiri pernah membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menghubungi Hans selepas putus cinta dan kali terakhir mereka bersua adalah ketika di dalam rancangan MeleTOP.

Bak kata Hans sebelum ini, dia sudah ada wanita pilihan di hatinya, namun belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. Apa-apa pun, baik Neelofa mahu pun Hans, masing-masing mengambil pendekatan untuk berahsia mengenai soal percintaan.