Seakan menjadi budaya di kalangan artis kebelakangan ini jika mereka berhijrah dan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, pasti perniagaan tudung jenama sendiri menyusul tidak lama kemudian dan ini menimbulkan cakap cakap yang mereka bertudung kerana berniaga.
Antara yang terpalit dakwaan ini adalah Neelofa yang kini semakin berjaya dengan perniagaan tudung berjenama Naelofar beliau. Namun, selebriti yang diminati ramai ini tenang menjawab yang perniagaan dilakukan oleh artis berhijab merupakan satu bonus buat mereka.
“Apabila seseorang mula berhijab sebab nak lariskan produk, bagi saya niat itu perlu dihakis. Ini kerana saya sendiri niat berhijab kerana Allah dan hanya Tuhan saja tahu kenapa saya berhijab”
“Kita tidak boleh menghukun atau mengkritik sebab untuk seseorang itu mengubah kehidupan yang dibuat ke arah yang lebih baik, itu adalah hadiah bermakna daripada Allah. Perniagaan yang diusahakan itu adalah suatu bonus disebabkan mereka sudah punyai nama sebagai artis walaupun ketika belum berhijab,” ujarnya kepada Berita Harian hari ini.
Dalam masa yang sama, Neelofa turut berharap yang para peminat akan sentiasa memberikan dorongan positif terhadap artis yang sudah berhijrah untuk mereka kekal berhijab.
0 comments