Monday 13 June 2016

Alhamdulillah..Hidayah itu milik ALLAH..Pelawak Acapan Memeluk Islam Di Bulan Mulia Ini..

11:49:00


Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini industri hiburan dikejutkan dengan sebuah berita baik apabila pelawak vateran, Acapan kini sudah memeluk agama Islam pada pagi tadi. Berita itu telah disampaikan oleh pelakon veteran, Mustapha Kamal melalui Facebook beliau dengan beberapa gambar Acapan serta nama rasmi beliau selepas bersyahadah adalah Muhammad Ramadhan.

Manakala menerusi Facebook salah seorang jemaah dakwah yang dikenali sebagai Maulana Helmi, beliau turut memuat naik posting yang sama mengenai Acapan yang sudah memeluk agama Islam. Dalam posting yang sama beliau turut menceritakan bagaimana Acapan yang datang tanpa sengaja akhirnya terbuka hati untuk menjadi saudara Islam. 

Menurut Maulana Helmi sebagai ustaz yang bertanggungjawab membimbing keIslaman beliau, pada mulanya beliau memilih nama Shahrin kerana itu nama kesukaannya sebelum memeluk Islam tetapi bila kami beritahu maknanya sebulan maka kami tukarkan namanya kepada Muhammad Ramadhan sempena bulan mulia sebagai mengambil barokah di bulan mulia ini.

“Alhamdulillah dengan izin Allah swt pagi tadi Abg Achapan telah memeluk Islam di Surau Palembang Jenderam Hilir. Nama Islamnya adalah Muhammad Ramadhan bersempena bulan dia menerima hidayah dari Allah swt, dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam”

Menerusi posting itu juga, orang ramai mula membanjiri ruangan komen dengan mengangkat rasa syukur terhadap hidayah yang diberikan Allah didalam bulan yang penuh kemuliaan kepada saudara baru, Acapan yang kini bergelar seorang Muslim. Rata-rata ramai yang gembira dengan berita itu sekaligus mengagumi kebesaran yang maha Esa.

Walau apapun, semoga dengan keputusan beliau memeluk agama Islam dapat memberikan seribu satu kebaikan kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Semoga Acapan terus istiqamah melalui perjalanan sebagai saudara baru Islam didalam bulan yang penuh keberkatan ini.




Sumber Gambar : FB Maulana Helmi

0 comments