Tuesday 29 March 2016

PENGAKUAN PANASSSSSSSS !!!! Wak Doyok Bercinta Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei?

14:57:00


PETALING JAYA – Selebriti fashionista yang juga digelar Ikon fesyen lelaki, Wak Doyok dikatakan sering keluar bersama bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim.

Portal hiburan murai.com melaporkan, Wak Doyok yang memiliki misai lentik dan mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram itu sering keluar makan berdua di restoran berdasarkan perkongsian gambar-gambar mereka di laman sosial berkenaan.

Hubungan mereka dikatakan intim selepas satu kapsyen yang ditulis oleh wak Doyok pada gambar iaitu “menemani orang sebelah yang demam makan tomyam di tengah malam” menguatkan lagi gosip itu.

Sebelum ini, Wak Doyok diselubungi beberapa kontroversi apabila terdapat portal hiburan mendakwa beliau menggunakan jam tangan berjenama mewah palsu dan tuduhan sebagai seorang `gay’.

Namun, kedua-dua tuduhan itu itu ditepis oleh Wak Doyok apabila dia membuat penafian mengenainya.

Sumber : SUARATV

0 comments