Nota Editor: 21 tip travel ke Jepun ini telah di ambil daripada perkongsian Kamal Zharif di Facebook beliau. Kamal merupakan pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah universiti di Tokyo. Selain belajar di sini beliau turut menawarkan khidmat sebagai pemandu pelancong dan fotografer kepada para pelawat dari Malaysia.
1. Sampah
Lori sampah di Jepun kurang berbau. Faktor kurang bebau ini adalah kerana sampah dibasuh dan dibersihkan seperti pinggan oleh penduduknya.
2. Musim sejuk
Kelebihan musim sejuk adalah tak banyak hujan. Dan bila ambil gambar pula suasana akan lebih cantik kerana warna langit yang membiru.
3. Biskut Halal
Biskut Meiji ini selamat untuk dimakan. Bahan shortening biskut ini adalah daripada bahan asas susu dan emulsifier daripada bahan asas tumbuhan.
4. Tempat main salji yang sesuai untuk Muslim
Kriteria utama untuk pilihan lokasi adalah senang untuk tunaikan solat
Ketika bermain ski, perlu pakai kasut ski yang ambil masa lama untuk pasang, perlu pakai seluar dan baju yang ambil masa lama untuk sarung.
Ketika bermain ski, sumber air panas (bukan air sejuk melampau) adalah jauh. Lagi bermasalah seandainya tiba-tiba terbatal wuduk.
Di sini ada dua pilihan:
- Solat di tempat penginapan. Seandainya boleh jalan kaki balik hotel/loghouse, jadi senang sahaja untuk laksanakan solat. Tidak perlu risau dengan wuduk terbatal, privasi untuk buka semua baju dan kasut ski yang keras.
- Solat di atas salji. Ia pilihan yang mudah memandangkan tidak perlu balik ke tempat penginapan. Mengangkat wuduk dengan salji adalah sah kerana ia adalah suci lagi menyucikan. Caranya adalah dengan mencairkan dahulu salji itu supaya ia dapat mengalir ketika mengangkat wuduk
5. Susu halal untuk Muslim
Dalam bulatan merah, ia tertulis 100% susu
6. Waktu terbaik lihat gunung Fuji
Waktu terbaik lihat gunung Fuji adalah sehari selepas hujan dan di musim sejuk
7. Salji di musim sejuk
Di musim sejuk hanya Sapporo dan Hokkaido saja sebenarnya yang bersalji.
8. Tanah yang terhad
Salah satu rumah unik di Tokyo. Memandangkan tanah yang terhad di sini, rumah juga menjadi unik.
9. Menara mampu serap tenaga gempa
Menara Skytree ini menara tertinggi di dunia dan mampu serap 50% tenaga gempa bumi.
10. Perhentian bas
Perhentian bas hanyalah mempunyai sebuah kerusi, cuma bas selalunya menepati masa. Walaupun jauh dari stesen tren terdekat, bas juga menjadi pengangkutan penghubung bagi penduduk Jepun.
11. Bahasa
Bila pergi ke Jepun, seseorang akan dapat merasakan bahawa orang Jepun di kedai-kedai akan seperti cakap banyak.
Sebenarnya, mereka menggunakan bahasa Jepun tahap tinggi bagi menghormati pelanggan. Bahasa tahap tinggi bagi mereka adalah modal sosial supaya orang lebih suka.
12. Pengurusan masa di musim sejuk
Jam 4pm, tinggal lagi 1 jam sebelum magrib. Matahari sudah berada di ufuk rendah. Jadi apa kaitannya dengan pengunjung?
- Perlu keluar sedikit awal seandainya berjalan di Jepun.
- Cuaca semakin cantik
- Awan semakin membiru
- Hujan semakin jarang ada
13. Rumah dan tanah di Jepun
Di tempat sempit di antara dua jalan masih lagi dibina rumah yang bentuk seperti segitiga. Ini salah satu bagaimana orang Jepun menggunakan tanah yang ada supaya tidak terbazir.
14. Harga minyak
Harga minyak tidak tetap. Ada tempat yang tinggi harganya, ada tempat yang murah.
15. Makanan
Milk Baumkuchen boleh dibeli di Gyoumu Supermarket (業務スーパー). Boleh dimakan oleh muslim.
16. Kelebihan travel ke Jepun di musim sejuk
Bila datangnya musim sejuk, pengunjung boleh dapat ini
- Jarang ada hari yang hujan
- Senang untuk lihat puncak gunung Fuji
- Warna sinaran matahari seperti warna matahari selepas asar. Ia warna kekuningan. Ini menambahkan lagi kecantikan bergambar.
- Senang mendapat penginapan
- Adakalanya tiket kapal terbang boleh murah
- Boleh rancang last minute sebelum berangkat ke Jepun
17. Benteng tinggi di tepi sungai
Seandainya melawat sungai, boleh nampak benteng dibina tinggi. Ia supaya bagi mengurangkan masalah seandainya ada tsunami ataupun banjir.
18. Pengangkutan di sekitar Gunung Fuji
Berdekatan gunung Fuji, pengangkutan awam adalah terhad dan jadualnya tidak kerap. Ini memberikan sedikit isu seandainya membawa kanak-kanak dan golongan veteran. Seandainya lambat 1 minit, ia bermakna perlu tunggu bas ataupun keretapi yang berikutnya. Ini membuatkan pengurusan masa menjadi tidak fleksibel.
19. Tangga dan lif di stesen keretapi
Bila naik tren di Jepun, biasanya akan banyak naik turun tangga. Lif ada disediakan cuma ada masanya penggunaan tangga lebih praktikal dari lif.
20. App terjemah bahasa Jepun
Apps ini boleh terjemahkan tulisan Jepun dari gambar yang diambil. Hanya talakan sahaja kamera dan kemudian software akan membantu mengenal pasti huruf. Ia boleh digunakan tanpa ada sambungan internet. Boleh muat turun di Yomiwa.net
21. Salji di Shirakawa-go
Salji di Shirakawa-go (UNESCO World Heritage Site) boleh setebal ini.
Sumber : thevocket
0 comments