Wednesday, 25 May 2016

PANAS ! Padah Tayang Gambar, Mira Filzah Di Ancam Dengan Komen LUCAH Dari Peminatnya !

GAMBAR SEBENAR

GAMBAR YANG DIEDIT..SANGAT MEMALUKAN

Bahaya betol la manusia zaman sekarang ni.. Video atau gambar yang langsung tak ada unsur-unsur yang boleh menaikkan nafsu pun boleh terima komen lucah.. Selalu yang dok terima komen-komen lucah ini memang artis-artis wanita la..

Nampaknya pelakon baru wanita muslimah, Mira Filzah pun dah terima komen lucah.. Geli woi baca komen lucah lelaki tak sedar diri ni! Kalau tengok video biasa-biasa je Mira ini buat, mungkin dengan suara manja Mira dan wajah ayu Mira tu dah buatkan lelaki gila seks tu tergoda..

Video yang dikongsikan Mira ini hanya video dia memberi salam kepada peminat-peminatnya.. Tapi, video tu pun terima komen lucah dari lelaki gila seks.. Ini antara ayat-ayat lucah yang ditinggalkan di ruangan komen, “mira boleh menonggeng atas katil bilik saya . saya nak jilat bontot awak yg besar tu”..


Itulah yang bahayanya kalau kongsi gambar atau sebarang video kat media sosial.. Tak dapat nak lari dari terima komen lucah macam ini.. Nak pulak orang yang kongsikan video itu cantik dan ayu macam Mira..

Tak ada buat aksi lucah pun dah boleh naikkan nafsu lelaki.. Kesian kat adik Mira yang baru nak fokus pada kerjaya lakonan ni, kongsi video beri salam pun dapat komen lucah.. Ada peminat wanita cakap Mira ni dah semakin gedik, betul ke? Takkan bagi salam pun ramai peminat wanita rasa Mira gedik?

Tuesday, 24 May 2016

TOLONGLAH Jangan Susukan Bayi Anda Dalam Kereta ! Inilah Padahnya...


UMMI TAKKAN SUSUKAN ZAINAB MARISSA DALAM KERETA LAGI!

Cerita Pagi Tadi

Zainab tiba2 muntah mcm air paip sangat2 bnyak, nasib baik jadi depan kami so kami angkat & tepuk belakang badan dia still keluar lg mencurah..

Jadi kat kedai makan.

Kami terus bawak zainab p jumpa doc pakar kanak2..lepas doc interview apa yg jadi kat zainab td tu dia panggil refluction.

Sbbnya menyusu dalam kereta (masa kereta bergerak) pastu masa kami berhenti duduk mkn kami baringkan dia(10minit lepas menyusu)..doc kata masa dia tgh menyusu dlm kereta tu perut zainab dah bergelodak.

doc siap bg cth, imagine kita minum air masa kereta tgh bergerak 90km/jam. mcm tu lah baby cuma dia x boleh nak cakap..

So masa zainab baring time tu la jadinya refluction..kami bernasib baik sbb kami nampak kalau x, ada kemungkinan zainab lemas dalam muntah dia yg bnyak tu..

Kes yg sama baru jadi kat klinik tu & baby tu x bernasib baik meninggal..bf dlm keta & muntah after 30 mnt..
Doc cakap jangan susukan baby dalam kereta baik bf ataupun botol..nak menyusu berenti dulu..

Allhuakbar tq Allah masih melindungi Zainab Marissa DIA warning sikit supaya kami jumpa doc & tahu cara bf yg betul..

Untuk perut zainab kapasiti kecik kena minum sikit2 sampai dia burp ada keluar sikit susu, then stop sbb perut zainab kecik tp kena kerap.

Lepas tu, doc suh ummi mulakan bfast pg dgn kismis kurma & air zamzam utk ibu yg fully breastfeed. in sha Allah nutrisi yg baby dpt drp susu baik utk sepanjang hari.

Lepas menyusu jgn terus baring burp kan & bagi dia duduk dulu dlm 5minit..kalau x boleh terkeluar balik.

Apa2 pun semua tu asbab, cuma tgjwb kita adalah mencegah lepas tu put our faith to HIM semoga anak2 kita terus di lindungiNYA..

SUMBER : FB

" SAYA BUKANNYA JENIS SUAMI YANG TAKUT PADA ISTERI "


★★SAYA BUKANNYA JENIS SUAMI YANG TAKUT PADA ISTERI...★★
--------------------------------------------------------------------
Saya telah mendirikan rumah tangga hampir lima tahun dengan gadis pilihan saya dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Sebelum mengenali isteri saya "A" saya telah berkawan dengan soerang gadis "H" yang masih belajar di dalam tingkatan lima di selatan tanah air. Walaupun pada mulanya saya meminati "H" tetapi saya terpaksa pendamkan niat saya kerana "H" masih belajar dan mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap keluarga kerana "H" merupakan anak sulung dari enam adik-beradik yang masih kecil. Saya pernah berjumpa keluarga "H" dan ibu bapanya menganggap saya seperti anaknya. Hubungan keakraban kami tidak lebih seperti seorang abang dan adik walaupun pada hakikatnya saya menyukainya dan begitu juga dengan dirinya.
Setelah bertemu dengan isteri saya "A" hubungan saya dengan "H" tidaklah seakrab dahulu. Saya tidak pernah memberitahu "H" bahawa saya sudah mempunyai teman wanita iaitu "A" kerana takut pelajarannya terganggu. Perkenalan dengan "A" tidaklah lama, dalam tujuh bulan selepas itu kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Semasa "H" baru sahaja habis menghadapi peperiksaan SPM. Saya ada memberitahu "A" bahawa saya mempunyai seorang adik angkat "H" di selatan tanah air. Begitu juga dengan "H", saya juga memberitahu saya telah berkahwin dan dia dapat menerimanya.
Walaupun pada mulanya "A" dapat menerima kehadiran "H" tetapi lama-kelamaan "A" menjadi seorang yang kuat cemburu dan pemarah di sebabkan "H" yang kerap menelefon saya. Memandangkan saya tak mahu memburukkan keadaan, saya telah meminta "H" jangan menghubungi saya dirumah sebaliknya saya memberi nombor telefon bimbit saya.
Setelah sekian lama tidak berhubung, baru-baru ini "H" ada membuat missed call di telefon bimbit saya. "A" telah memeriksa telefon bimbit saya dan dia mendapati banyak missed call. "A" bertanyakan kepada saya tetapi saya tidak tahu nombor misteri itu milik siapa kerana nombor telefon "H" saya dah lupa.
Pada suatu hari ditempat kerja, telefon bimbit saya telah berbunyi dan pemanggil misteri itu rupanya "H". Saya berbual panjang dengan "H" kerana sudah setahun kami tidak berhubung. "H" menceritakan masalah peribadinya dan sebagai seorang abang saya telah memberi nasihat dan sewajarnya. Setibanya saya di rumah "A" telah memeriksa telefon bimbit saya dan dia melihat ada received call daripada pemanggil misteri.
Apabila "A" bertanyakan kepada saya terpaksalah saya membohongi dengan mengatakan orang itu telefon salah nombor. Tujuan saya berbuat demikian adalah tidak mahu bertengkar dengan "A" kerana sekiranya dia tahu "H" yang menelefon dia akan marah dan bermasam muka dengan saya. Rupa-rupanya "A" telah menelefon nombor tersebut dan menyamar.
Akhirnya terbongkarlah rahsia saya dan dengan perasaan marah "A" telah menuduh saya penipu dan tidak menegur saya. Saya cuba menenangkannya dan menceritakan kisah sebenarnya kepada "A". Pada mulanya "A" tidak percaya tetapi setelah dipujuk akhinya "A" akur. Saya juga menerangkan saya hanya mencintai dia sahaja abukannya orang lain. Saya telah berjanji dengan "A" saya tidak akan menyembunyikan apa-apa rahsia dan akan berterus terang dalam apa jua masalah yang saya hadapi.
Disini saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah jenis suami yang takut pada isteri, saya cuba untuk tidak memperbesarkan masalah yang kami hadapi.
Selepas peristiwa itu saya lebih suka berterus terang dengan "A" dalam apa jua masalah yang saya hadapi dan "A" dapat memberi pendapat yang bernas dan boleh saya terima. Alhamdulillah hubungan kami suami isteri menjadi semakin erat dan rapat. Saya rasakan hubungan kami seperti pasangan yang baru bercinta.
Dari kesimpulan cerita saya, ingin saya menyatakan untuk mengecapi rumahtangga bahagia, perkongsian adalah segala-galanya, tidak kiralah berkongsi pendapat, masalah, kesedihan, kegembiraan, kekayaan ataupun kemiskinan, ia perlu dikongsi bersama..
Barulah ianya dinamakan perkongsian hidup diantara dua jiwa.
SUMBER : RP dari MAJALAH WANITA 2003

Luahan Isteri Menyesal Seumur HIDUP Kerana Tindakannya Yang Tak Disangka Pada Suaminya !


Saya nak bagi nasihat dan teladan bagi isteri di luar sana agar menghargai dan menghormati suami anda. Sekarang dah jadi seperti trend. Bila tercetus saja pergaduhan, terus isteri nak minta cerai atau suami ceraikan isteri. Tak boleh ke diperbaiki hubungan itu? 

Ini kisah saya 12 tahun yang lalu. Saya isteri yang bahagia ada suami penyayang dan anak yang comel berusia 6 bulan. Usia perkahwinan 2 tahun, kami tidak pernah bergaduh. Usia saya pada ketika itu 21 tahun. Manakala suami pula 31 tahun. 

Pada satu pagi, kami hantar anak ke rumah keluarga saya sebab ibu bapa saya nak cucu mereka bermalam di rumah. Malam itu kami suami isteri balik ke rumah kami sendiri. Masa nak balik, suami saya pelik. Dia merenung lama ke arah anak kami sambil sedih. Saya berkata pada dia yang saya nak bawa balik saja anak kami bersama. Dia cakap tak mengapa. 

Dalam perjalanan balik, suami tiba-tiba cakap,

"Kalau ada sesuatu yang berlaku pada abang, abang nak parents ayang jaga anak kita. Kalau ayang jumpa pengganti saya kelak, sayangi dan setialah seperti mana saya setia dan sayang pada ayang," katanya.

Masa itu saya terfikir yang dia mahu tinggalkan saya kerana ada perempuan lain. Saya apa lagi? Terus merajuk. Sampai rumah, tak nak bercakap dengan dia. 

Sebelum tidur, dia meminta saya membancuhkan milo. Tetapi pelik sebab dia tak suka milo. Bila tidur, saya palingkan muka dan tak nak tengok muka dia.

(Ya Allah, sedih bila teringat saat ini...)

Suami panggil dan bertanya, "Ayang marah lagi ke? Peluklah abang," pintanya. 

Saya pusing dan peluk sekejap dan cium pipi dia. 

"Okay, saya nak tidur," lalu terus berpaling membelakanginya. 

Rupa-rupanya itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Jam 2 pagi, dia seperti sesak nafas. Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia. Saya menangis melihat keadaan suami saya seperti itu. Dia tengok saya dalam keadaan sedih dan menutup mata. Masa itu saya terlihat air mata menitis keluar dari matanya. Terus panggil jiran tolong hantar ke hospital. 

Saya dan keluarga tunggu di hospital, siap bawa anak kami. Sampai di Bahagian Kecemasan, saya bawa anak kami dan suruh dia kucup bapa dia dan cakap, "Abang, ini anak kita,". Anak saya tak menangis tetapi dia pegang wajah bapa dia.

Doktor datang buat pemeriksaan pada suami. Kemudian doktor panggil dan kata,

"Puan, suami puan dah tak ada. Dia meninggal semasa sampai sini. Kami minta maaf puan," kata doktor.

Ya Allah! Seperti ada tikaman di dada ini. Pedih dan berat, saya tak dapat menahan diri ini dari menangis. Saya rasa ini semua seperti mimpi, terus pergi ke arah arwah suami yang saya sayangi terbaring kaku. Ahli keluarga yang lain juga terkejut dan menangis di situ. 

Saya pegang kaki dan mencium dahi arwah. Semua cakap jangan biarkan air mata terkena pada arwah. Saya tahan air mata dan cium serta memeluknya. Teringat sebelum tidur, arwah meminta saya memeluknya sebab kami sudah dua tahun berkahwin, memang terbiasa tidur di atas lengan dia. 

Keluar dari bilik kecemasan, saya menangis tak berhenti-henti. Saya masih berharap ini semua adalah mimpi. Saya cubit tangan sekuat hati. Sakit! Ternyata bukan mimpi. 

Saya menyesal sangat, menyesal kerana merajuk dengan arwah dan tidak tidur memeluknya seperti biasa. Saya peluk dan cium anak kami. Masa itu jugalah kali pertama saya melihat ayah menangis melihat saya dan cucunya. Ayah mana yang sanggup melihat anaknya menjadi balu dan cucunya tidak mempunyai ayah. 

13 tahun sudah berlalu, namun kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. Buat isteri di luar sana, sayangilah suami kamu selagi dia masih ada. Jangan dia sudah dijemput Allah, barulah kita nak menyesal bagai.

SUMBER : KRT

Monday, 23 May 2016

Nak Tahu Kenapa Anda Disuruh ‘Mute’ TV Anda Ketika Adegan Memuja Hantu Di Dalam TV ? Inilah Jawapannya..


Cerita yang mungkin anda berminat tentang "mereka"

Assalamualaikum para pembaca semua. Kepada kak/abang admin, kalau rasa cerita ni menarik/ berpengajaran sila publish ye. Tq

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu apa yang ingin saya sampaikan. Saya dan ayah pernah berkenalan dengan seorang pakcik yang boleh nampak makhluk halus. Antara perkara yang kami sembangkan:

Anda tahu tak, apabila anda tonton movie siam atau mana2 cerita hantu (part baca jampi serapah) benda tu akan datang ke rumah kita. Jampi serapah yang anda lihat dalam movie itu adalah jampi serapah yang digunakan untuk menyeru makhluk tu dalam dunia sebenar. Saya tak nafikan dalam sesetengah cerita melayu, jampi serapah yang dituturkan hanyalah ayat yang direka. Cuba fikir logik, kalau pengarah nak hasilkan filem hantu yang real mesti mereka guna jampi serapah yang bukan rekaan kan? Jadi lepas ni, sila mute tv anda sewaktu babak jampi menjampi ni. Kawan saya pernah cerita, lepas dia tonton babak jampi serapah ni, tiba2 ada benda main2 dengan pintu rumah dia.

Satu lagi, anda tahu tak makhluk halus dalam cerita seram orang putih, seperti cerita lord of the rings (tak ingat mahkluk yang mana) adalah bukan rekaan. Pakcik ni cakap fizikal, cara makhluk ni jalan memang sebijik macam yang dalam filem tu. Korang ingat orang putih ni imaginasi tinggi? Tak de maknanya.

Next, kadang2 kemalangan yang berlaku kat jalan raya tu bukan disebabkan oleh kecuaian para pemandu tapi disebabkan oleh makhluk2 ni. Suatu hari, pakcik ni pernah lalu jalan yang ada banyak kes kemalangan. Tetiba pakcik ni nampak ada satu lembaga kat jalan tu. Pakcik tu cakap mesti makhluk ni yang selalu kacau orang yang sedang memandu. Satu lagi, pernah sekali pakcik ni rasa mengantuk sangat waktu memandu. Pakcik ni peliklah kenapa rasa mengantuk sangat, rupa rupanya ada banyak makhluk kecil yang tengah tiup belon. Pakcik ni cakap, kau bayangkan the smurf tengah tiup belon, lebih kurang gitulah rupanya. Lepas ni kalau tiba2 mengantuk sangat tanpa sebab sewaktu memandu, silalah baca ayat Quran.

Cerita terakhir, sila berhati hati kalau nak makan di kedai. Sebabnya pernah ada pakcik ni nampak makhluk tu tengah menjilat jilat makanan kat restoran. Sebab itulah makanan kat kedai tu sedap. Mereka menggunakan makluk ni sebagai pelaris.

Sekian. Buang yang keruh ambil yang jernih

Jika anda rasa cerita ini bermanfaat, jangan lupa share pada rakan-rakan anda

SUMBER : Lebai

Gadis Melayu Ini 'DIRATAH' Negro Selama 30 Minit ! Kesiannya..Kenapa Xde Orang Yang Peduli??!!


Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar sana.

Kepada semua wanita-wanita terutamanya yang selalu berhenti dan pergi ke tandas di mana-mana stesen petrol. Kejadian ini betul-betul berlaku pada seorang kenalan saya sendiri.

Seorang perempuan dan teman lelakinya (bakal suami yang mana akan berkahwin tak lama lagi) berhenti di sebuah stesen petrol atas sebab si perempuan ini nak pergi ke tandas.

Kalau kita perasan di stesen petrol contohnya Petronas, ada tandas yang di dalam kedai Mesra itu sendiri. Namun, ada juga tandas yang diluar sikit sebelah dengan kedai Mesra serta tandas di bahagian belakang, jauh sedikit dari kedai Mesra.

Si perempuan itu tadi pergi ke tandas yang berada di belakang itu berseorangan pada waktu malam. Sementara teman lelaki hanya menunggu di dalam kereta. 

Namun, selepas 30 minit berlalu, perempuan itu tadi masih tidak muncul menyebabkan lelaki itu nekad untuk pergi mencari kekasihnya yang menggunakan tandas di bahagian belakang tadi.

Alangkah terkejutnya dia apabila menemui gadis itu dalam keadaan pengsan dan tidak berpakaian yang dipercayai telah dir0g0l. Sedih, tetapi itulah yang terjadi.

Menurut gadis itu, ada seseorang yang telah menariknya ketika dia masuk ke tandas berkenaan. Suspek menutup mulutnya serta mengunci pintu tandas dan dir0gol secara ganas. 

Mangsa tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri suspek namun apa yang pasti suspek berkulit hitam dan dipercayai 'negro'. 

Kasihan sangat-sangat. Sudahlah mangsa bakal berkahwin tidak lama lagi dan kini berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan. 

Kepada kaum wanita yang membaca kisah ini, tolong jangan pergi ke tandas seorang-seorang terutamanya tandas di bahagian belakang walaupun siang atau malam. Kalau boleh, ajak kawan, suami, adik, untuk temankan sungguhpun rasa tak macho tunggu depan tandas tetapi keselamatan perlu diutamakan.

Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja tanpa mengira mangsa bertudung ke, free hair ke. Tetapi dalam kes ini, mangsa bertudung. 

SUMBER : NgetehMamak

Sunday, 22 May 2016

VIDEO Suami Kantoi Curang! Isteri Ajar Suami Dan Kekasih Di Tengah Jalan

KANTOI CURANG ISTERI AJAR SUAMI DAN KEKASIH DI TENGAH JALAN



Balasan lelaki curang akibatnya Luis Alberto Diaz mendapat malu besar apabila isterinya, Adalia Brinez telah menahan kenderaan yang dinaikinya bersama dengan perempuan simpanannya di tengah jalan yang sesak di Colombia.

Adalia, yang tidak mempedulikan orang di sekeliling serta bunyi hon kenderaan di belakang, telah memaki hamun Luis dan kekasihnya, Daniela Murcia.

Sorakan daripada orang ramai turut membangkitkan semangat Adalia, malah ada yang menghulurkan kayu kepada Adalia supaya memukul suaminya dan wanita itu.

Adalia turut menjerit meminta supaya wanita itu keluar dari kereta terbabit sambil menegaskan bahawa kenderaan itu adalah miliknya.

Hanya selepas lima minit barulah polis tiba namun mereka terpinga-pinga dan keadaan hanya selesai selepas ketua mereka sampai di situ.

Polis turut merampas kayu yang dipegang oleh Adalia. Ketika itu juga barulah Luis berani bersuara dan menunjukkan muka kepada polis.

Ketika itu orang ramai menjerit “suruh anjing itu keluar”.

Melihatkan kepada keadaan di mana orang ramai menyebelahi isterinya, Luis telah meminta polis mengiringinya kekasihnya bagi mengelakkan dia dipukul.

Pada masa sama Adalia cuba menarik rambut Daniela namun gagal.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Adalia, Luis dan Daniela selepas itu.



Sumber : YouTube

‘Doktor Masukkan 'MULUT ITIK' Dalam Faraj !’- Kerana Doktor,Wanita Ini Hampir Kehilangan Bayinya


Ngeri pula bila kami membaca kisah yang dikongsikan oleh Iman Raza ni. Mana taknya, wanita ini hampir kehilangan bayinya jika dia hanya mengikut kata doktor yang mendakwa kandungan tidak dapat diselamatkan lagi.
Namun, nasib baik ada specialist yang mengesahkan bahawa bayinya masih lagi sihat dalam kandungan.

Air ketuban pecah?

Pengalaman iman di masukkan ward atas ALASAN AIR KETUBAN PECAH.. bocor?? Tumpah..?? Ermm kisahnya iman terjatuh masa angkat printer nk masukkan dlm kete.. xyah nk bangkitkan isu nape buat keje or angkat berat.. perempuan kalau dh biasa buat keje.. dia x reti duk diam2.. bukan nk kata hebat ke apa ke.. tak.. cuma dah terbiasa buat keja sendiri.. jadi tak perlu nak mengada ngada harapkan bantuan org lain.. lagipun kejadian berlaku di tempat kerj.. ingat senang nk mintak tlg org angkatkan?? Walaupun kawan rapat sendiri ke.. belum tentu kita boleh mintak tolong.. org lain iman x tau lah.. tp mcm iman.. iman malu nk mintak tlg org.. xnak org kata kita mengada2 sbb mengandung.. xnak org fikir kita susahkan mereka.. xnak org ckp bukan2 ttg kelemahan kita.. selagi mampu buat.. iman akan buat sendiri..
So nak dijadikan kete.. sepanjang berjalan dr meja kuar office bawak printer alhamdulillah ok ja.. x berat mana pun.. just rasa lenguh.. so kira mampu buat lg.. then bila dh sampai keta.. betul2 dh berdiri belakang bonet kete hahahaha ngokkk betul.. boleh plak iman terjatuh ke belakang terus terduduk.. dgn printer semua jatuh.. akibatnya penutup printer patah.. ink tepi tu pecah n tumpah.. bermandikan warna jadinya hahaa..
Itu xpe lg.. tiba2 rasa urat pinggang sampai ke pangkal rahim rasa mcm krem.. kebass.. kaki jd bengkak.. kalau nk ikutkan jatuh tu SIMPLE SGT.. bukan jatuh teruk pun.. tp betul lah kata org.. ibu mengandung mmg perlu dimanjakan.. seriussly mmg sakit.. so bila org smua nampak iman jatuh dlm keadaan mcm tu.. teruss kelam kabut paksa iman pg hospital.. sbb depa kata kalau jatuh waktu mengandung WAJIB JUMPA DOCTOR.. office nak call ambulance.. iman ckp its ok.. i boleh drive.. then iman balik terus call suami.. abg tlg bawak syg pg hospital.. syg jatuh n rahim rasa sakit… so smpai jer umah.. suami mmg dh ready nk bawak pg hospital..

Bila dh jumpa doctor.. biasalah akan di pas pas ke byk sudut.. nak amik darah lah.. nak amik air kencing lah.. check blood pressure n so on.. lepas settle semua tu baru jumpa h.a utk scan baby.. part ni iman dah mula tak berkenan.. huwaaaa h.a lelaki yg selak perut utk scan baby.. walaupun depan suami tp tetap rasa tak selesa n TAK SUKA.. huwaaa bukan ke kat dunia ni ramai perempuan.. huu nape kena h.a lelaki jugak kan.. ok xpe diam lg.. x bising.. tp dlm hati mmg x redha..

Baby masih aktif dan bergerak macam biasa

Pastu tgh2 scan BABY LOMPAT2 3,4 kali alhamdulillah baby selamat.. baby ok.. masih aktif dan tetap bergerak mcm biasa.. so hati sgt tenang n yakin semuanya ok.. Alhamdulillah.. tiba2 h.a lelaki ni refer kan kes iman pada doctor o&g.. katanya URI baby kat bawah.. alahaiii kan baru masuk 4 month masa tu.. normal lah kalau uri kt bawah pun.. nnt pelan2 dia naik lah atas.. ok xpe.. diam lg.. ikut jer prosedur hospital sebagai tanda hormat dan akur pada proses rawatan..

Doktor cakap baby akan lemas..

Jumpa lah Doctor 0&G.. Haaaa kat sini iman mmg dah MENYIRAP.. rasa mcm nak lempangg orang.. doc masukkan MULUT ITIK dlm faraj utk check AIR KETUBAN PECAH tak.. kan dh ckp jatuh sikit ja.. mmg lah panties basah.. tp mungkin sbb terhentak skit tu.. ok xpelah check lah.. dh masuk MULUT ITIK.. di robek robekkmya kita mcm AYAM.. ooii suami aku bayar zakat lah atas kepala aku.. jgn suka2 hati boleh? Then lg menyakitkan hati.. dgn BANGGA DAN YAKIN NYA doctor O&G ni ckp air ketuban dh pecah.. dah BOCOR..

Sy nak jumpa suami awk.. ok sekali lg doctor ni buat gila.. panggil suami iman.. then bgtau AIR KETUBAN DAH PECAH.. BABY AKAN LEMAS.. 87% baby akan MATI.. dah xda harapan.. TERPAKSA keluarkan baby.. iman apa lg.. menangiss nangisss lah biar betulm. Td iman tgk scan baby ok ja.. alhamdulillah cergas.. suami diam ja.. walaupun iman nangis.. tp iman ckp dgn suami.. NO.. SYG YAKIN BABY KITA OK.. BABY KITA SELAMAT.. BABY KITA SIHAT.. doctor ni silap.. yg lg pening.. iman pun tepon lah mak.. hahhaha mak boleh cakap lagu ni “kaklong hang pi lari balik, jgn duk kt hospital tu, jgn bg doctor buat apa2 pun”
Hahaha adoii kita tgh sedih.. mak buat lawak pulak.. hehe tak.. mak mmg suruh iman lari balik.. pi check hospital lain dulu.. jgn percaya ckp 1 doctor shj.. sbb doctor jugak manusia biasa n kdg2 blh buat silap.. huuu rupa rupanya baru iman tau.. mak pun penah alami benda yg sama.. masa tu mak dah 9 bulan.. mengandungkan adik no.3 gg faizzi tu laaa.. ada patut doctor ckp dgn mak.. gg dah mati dlm perut hahaha.. pastu mak iman takut terus lari blahh dr hospital.. then mak pg check kt hospital lain.. elok ja gg duk gerak2 siap doctor kata dh bukak jalan utk bersalin pun.. huuu baru faham awat mak suruh lariiii..

Doktor minta sign borang induce baby…

Tp iman x lari.. iman x blh jalan sbb kaki smpai ke pangkal rahim tu mmg rasa sakit kebas2.. so iman di masukkan dlm ward.. doctor gila td tu tiba2 panggil lg sekali nak bg borang suh iman n suami sign INDUCE BABY keluar.. ooiiii gilaaaa baby hidup lg kot.. so iman dgn suami mmmg hampir nk mengamuk.. tp kami sabar lg.. iman ckp dgn doctor tu.. kami nak tunggu SPECIALIST dtg.. biar dia yg comfirmkan.. sy tak nak dgr apa2 dr mulut doctor skrg.. huu bukan niat nk kurang ajar.. lgpun iman ckp baik2.. xda marah2.. walaupun dlm hati rasa mcm nak lempang ja.. nampak tak bertapa kuatnya hati ibu haha masih blh sabar sbb fikirkann baby yg aktif dlm peyoottt ni..

Ok masa tunggu kt ward.. almost 4 jam then specialist dtg.. ok lg sekali di masukkan MULUT ITIK.. huwaaaa benciii sakittttt sgt.. diselok selokk di robek2 tp kali ni SPECIALIST buat pelan2.. so blh terima jugak walaupun sakit.. haaaa legaaa SPECIALIST ckp mana ada air ketuban pecah.. sape ckp pecah.. hahaha laju jer iman cakap DOCTOR O&G tu cakap direct pointkan jari kt doctor gila tu.. hehe part ni bestt… specialist terus sound doctor tu… AWK TUNJUK KAT SY.. APA BUKTI AIR KETUBAN PECAH.. MCM MANA AWK BLH SIMPLY CKP AIR KETUBAN PECAH.. hehehe iman puas hati sbb iman tahan sabar dr td.. at last dia yg kena marah..

Specialist terus keluarkan surat keluar ward segera sbb iman Ok.. Baby alhamdulillah ok.. hahaha then doctor gila tu rasa bersalah n say sorry smbil buat muka kesian.. iman ok ja. Xda isu sgt pun.. lepass dh lega semua selamat.. iman pun keluar dr situ.. tp sempat jugakk lah dgr SPECIALIST membebel kat doctor O&G tu..huuu senyumm suami iman hehe 7 jam kami tersadai kt hospital.. x mkn x apa.. keluar2 jer terus kebulur cr makanan..
Hospital mana.. doctor siapa.. BIARLAH RAHSIA.. bukan niat untuk mengaibkan mana mana pihak.. just untuk PERINGATAN supaya kita berhati2.. so utk pasangan baru kahwin dan belum pernah ada pengalaman mcm iman.. anda wajib hati2.. bayangkan kalau iman n suami dah tandatangan borang utk cucuk induce baby keluar secara paksa?? Bayangkan berapa ramai lg yg tak tahu prosedur ni.. bayangkan berapa byk BABY YANG DIGUGURKAN SECARA PAKSA TANPA RELA..??? ALLAHU AKBAR.. berapa ramai suami isteri yg tak tahu pape ttg ni..?? pengalaman ni betul2 buat iman rasa takut.. Alhamdulillah bersyukur sgt ALLAH bukak kan hati kami utk berfikir secara rasional walaupun masa tu kami panic.. ALHAMDULILLAH kami pilih jalan yg tepat.. kami berjaya selamatkan zuriat kami.. alhamdulillah.. syg baby sgt sgt.. mama papa sgt sygkan awk dik.. syg sgt.. sambil tulisss ni pun masih rasa sedih.. bayangkan kalau kami kehilangan baby akibat kecuaian doctor.. Allahu Akbar..
Sumber : LebaiOfficial

KEJAM ! Dunia Akhir Zaman ! Masyarakat Yang Tidak Mempunyai HATI Kasihan Pada Bayi Ni !


Seorang bayi berusia sekitar dua tahun terlihat dalam keadaan terlanjang sambil berbaring di dekat tangga tempat laluan orang ramai, sayangnya tidak ada seorangpun yang tergerak hati untuk memeriksa keadaannya.

Dilansiri Elitereaders, Selasa (22/9/2015), pemandangan yang sangat menyedihkan terjadi di Manila, Filipina.

Bayi berkulit sawo matang, perutnya buncit dan di tangan kanannya memegang makanan terbaring di tangga.

Sementara itu, sejumlah orang yang melintas di hadapan bayi malang itu hanya mampu melihat tanpa memeriksa keadaan bayi itu apakah dia masih hidup atau sudah mati.

Kejadian yang menimpa pada bayi itu disebarkan melalui internet di media sosial Facebook dan mula tersebar luas di Malaysia, Indonesia, Singapura Dan di negara yang berdekatannya dan kini menjadi viral.

Sejumlah netizen yang melihat foto bayi malang tersebut mengutuk orang-orang yang sedang melintas di hadapan bayi tersebut kerana tidak mempunyai perasaan perkemanusiaan kerana hanya mempu membiarkan bayi yang malang di tempat itu.

"Woi,...!!! mana hati nurani manusia ini??? hanya biarkan saja, bantula bayi ini dan kalau boleh bawa dia ke hospital," ini nak periksa pun tak nak" tulis seorang netizen.

"Dunia sudah di penghujung, manusia tidak ada lagi rasa saling peduli, apakah mereka itu boleh disebut manusia," lagi tulis seorang netizen.

SUMBER : LebaiOfficial

Friday, 20 May 2016

Suami bongkar adegan panas isteri bersama 12 lelaki !!


GUANGXI - CHINA. - Bukan satu, dua ataupun tiga, tetapi 12! Itulah apa yang dilakukan oleh seorang wanita dengan mengadakan hubungan sulit dengan 12 lelaki tanpa pengetahuan suaminya.

Namun, rahsia adegan panas wanita bersama 12 lelaki itu akhirnya terbongkar juga setelah suaminya secara tidak sengaja membuka rakaman video yang dimuat dalam telefon bimbit milik isterinya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 malam Isnin lalu berhampiran kawasan perindustrian di sini.

Ketika itu, wanita itu yang dikenali sebagai Ah Yin sedang memandikan anak perempuannya yang berusia empat tahun di bilik mandi. Manakala suami menonton televisyen di ruang tamu.

Perbuatan curang Ah Yin terbongkar setelah bunyi pesanan daripada telefon bimbitnya didengari suaminya. Ketika itu, telefon bimbit Ah Yin diletakkan di tepi kerusi yang diduduki suaminya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, suaminya yang cuba membaca pesanan tersebut begitu terkejut apabila mendapati adanya sebuah rakaman video mengenai adegan cumbuan antara seorang lelaki dengan seorang wanita dengan durasi 15 minit.

Tetapi apa yang lebih mengejutkannya ialah wanita itu ialah isterinya sendiri. Setelah meneliti dengan lebih banyak pesanan yang ada dalam telefon bimbit itu, suami akhirnya mendapati isterinya bukan sahaja mempunyai hubungan sulit dengan lelaki itu sahaja, malahan dengan 11 lelaki yang berlainan.

Lelaki mana yang boleh menahan perasaan apabila isteri didapati melakukan curang. Tanpa memikir panjang, lelaki yang dikenali sebagai Ah Wen itu lalu mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba membunuh isterinya yang ketika itu masih bersama anaknya di bilik mandi.

Ah Yin akhirnya tahu punca suaminya mengamuk setelah didesak menceritakan apa yang dilakukan dalam rakaman video berkenaan.

Melihat perasaan suami yang begitu marah seperti orang yang sudah hilang pertimbangan, Ah Yin segera lari dari rumah dan segera membuat laporan di balai polis yang berdekatan.

Pasangan suami isteri itu kemudian bertemu semula di balai polis. Setelah dua jam berbincang, mereka akhirnya mencapai persetujuan. Mereka tidak ingin bercerai semata-mata memikirkan masa depan anak perempuan yang masih kecil.

Dengan menurunkan tanda tangan surat penyesalan, Ah Yin mohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.

Demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina mereka sejak lima tahun lalu, Ah Wen sedia memberikan peluang kepada isterinya dan mahu isterinya segera memutuskan hubungan dengan 12 lelaki itu.

Sumber : SinarHarian

Thursday, 19 May 2016

SUFI : "TIada Istilah Kami Sudah Berdamai"


Penyanyi Sufi AF yang sebelum ini mempunyai persengketaan dengan bapa tirinya selepas mendakwa pernah mengalami penderaan seksual mahu peminat tahu bahawa dia belum berdamai dengan lelaki itu.

Ini kerana ada pihak yang mengatakan sedemikian selepas terlihat Sufi bersalaman dengan Ariff Dollah. 

Menjelaskan perkara itu kepada Harian Metro, Sufi berkata,

“Saya masih belum berdamai tetapi hanya bersikap profesional. Tiada istilah kami sudah berdamai. Takkan hanya dengan satu salam pada malam itu saya sudah memaafkan dia. Namun saya gembira dan berbesar hati apabila Arif dan rakan-rakan dari Singapura datang menyokong saya”

“Bagi saya, apa yang saya lakukan lebih kepada bersikap profesional kerana saya percaya kami pasti akan bertemu dalam mana-mana majlis hiburan. Jadi, tiada sebab untuk saya mengelak daripada berjumpa dengannya,” ujarnya. 

Sudah pasti bukan mudah melupakan apa yang berlaku lebih-lebih bila melibatkan sesuatu yang menyentuh maruah diri. Namun pujian buat Sufi kerana mengaku mahu terus menjadi profesional dalam bidang ini

Sumber : HarianMetro