Monday, 26 October 2015

Zarina Anjoulie Dedah Dapat Mesej “Jom Rogol” Daripada Lelaki “Beriman”

Memang susah dan seram juga bila jadi selebriti, ramai sahaja orang yang akan perhatikan setiap gerak geri mereka. Walaupun Zarina Anjoulie tidak terkenal dengan lakonannya tetapi imej seksi beliau membuatkan lelaki di luar sana terlampau ghairah sehingga ada yang menghantar mesej “jom rogol” kepada beliau baru-baru ini.

Ironi nya, Zarina mendedahakan lelaki tersebut mempunyai imej seakan orang yang beriman. Malah, aktres kontroversi itu juga memberitahu beliau sering menerima mesej berbaur lucah daripada lelaki seperti mereka.

Memang sarkastik habis kapsyen Zarina:-


JOM ROGOL ni yg tak tahan..u know hats funny lelaki yg ala2 beriman la yg always sent me shit like this. N what d hell is JOM ROGOL? awk tgh Ajak saya rogol siapa ni? Bongok la tak tau nak marah ke gelak.
Zaman sekarang ni memang kita tidak boleh percaya dengan imej seseorang dalam laman sosial. Tak semestinya profile mereka acah-acah orang beriman mereka sebenarnya sebegitu. Kena selalu berhati-hati.

14 Jenis Jajan Tahun 90an. Pasti Mengimbau Kenangan Lalu!



Pernah beli jajan tahun 90an? Biasanya, ibu-bapa kita akan marah kalau dapat tahu kita beli makanan tidak berkhasiat di sekolah. Apa tidaknya, makanan di kantin lebih murah daripada membeli makanan yang buat kanak-kanak ketagih.

Bagi yang membesar tahun 90an, pastinya anda pernah membeli jajan tahun 90an ini. Balik dari sekolah, duit belanja dihabiskan dengan membeli makanan rapu. Betul tak?

Duit belanja yang sepatutnya dibelanjakan di kantin sekolah akan disimpan sedikit demi sedikit. Hanya untuk membolehkan kita membeli jajan idaman kita. Sekarang, mengaku tak?

Kalau betul anda hidup dan membesar pada zaman 90an, sila beritahu apa nama makanan atau jajan tahun 90an di ruangan komen mengikut urutan nombor.

1.


2.


3.


4.


5.

6.


7.


8.


9.


10.


11.


12.


13.


14.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser.

Namun, pada zaman dahulu, adakah kita kisah perkara ini?

Masih boleh ‘recall’ memori zaman kanak-kanak? Kalau boleh, kongsikan gambar dan artikel jajan tahun 90an ini dengan kawan sekolah rendah anda! Satu lagi, boleh cam atau tidak, makanan apa yang masih lagi dijual di kedai-kedai?

5 Jangkaan & Kenyataan yang Harus Dihadapi Oleh Pecinta Kucing

Menjadi pecinta kucing bukanlah pengalaman yang biasa dihadapi semua orang. Kamu yang mengaku cat lover, cat lady dan sebagainya amat beruntung kerana dapat merasakan keistimewaan yang hanya diberikan Si Meow kepada kamu. Tapi sayang, tidak semua ramalan kamu terhadap kucing selalunya benar :

1. JANGKAAN : Si Meow juga menggunakan toilet, malah pandai flush sendiri.


KENYATAAN : Kucing tetaplah kucing…


Walaupun ada yang sudah diajar cara menggunakan toilet, namun instinct Si Meow sangat kuat, tetap jugak nak cari pasir untuk menempiaskan nafsu beraknya. Tak setel jugak!


2. JANGKAAN : Akan menemani kamu tidur dan setia menanti korang bangun.


KENYATAAN : “Woi , bangun woi! Makanan mana?!”


3. JANGKAAN : Partner ketika bersenam yang sangat baik.


KENYATAAN : "Ade plak aku kisah. Cari port tikus sembunyi lagi baik", kata Cik Meow



4. JANGKAAN: Korang akan mempunyai Personal Assistant terbaik di rumah, membantu kerja-kerja melibatkan komputer. Si Meow alaf baru memang begini.


KENYATAAN : Dia ingin korang berhenti bekerja saja



5. JANGKAAN : Tak perlu guna anjing, korang sudah ada kucing sebagai penjaga. Menjauhkan rumah dari penjahat.


KENYATAAN : Kucing tak tahu perbezaan antara penjahat dengan tuannya… Urghh..



Meskipun, kelakuannya sering kali “diluar” dugaan, korang selalu bersyukur menjadi pecinta kucing. Kerana tidak semua orang bisa menerima kasih sayang luar biasa dari kucing.

Mama Bangunlah Ramai Orang Datang Rumah Kita


"Mama Bangunlah Ramai Orang Datang Rumah Kita... Mama, bangunlah…ramai orang datang rumah kita,” kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, 3, cuba mengejutkan jenazah ibunya Mahfuzah Ishak yang disangka sedang tidur.
Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jenazah adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya ‘sakit’.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jenazah dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam ini.

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan awal pagi Isnin.

Kemalangan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor, pukul 6 pagi ini. Kereta dipandu Shahrul Raziman.

Turut berada dalam kenderaan itu ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63.


Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arwah, Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lumpuh untuk melihat mereka sebelum dikebumikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam Isnin.

Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah semasa kemalangan berlaku.
“Kami bertolak dari Pekan pada pukul 11 malam semalam. Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas,” katanya.
Beliau menyatakan kesal, semasa kemalangan tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan.

Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan.

Sementara itu, ayah mangsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga dari lima beradik itu ialah pada pukul 3 petang semalam, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

“Saya pula ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat keracunan makanan pukul 4 petang semalam. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah. 
“Saya diberitahu anak meninggal dunia pada pukul 10 pagi ini. Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir,” katanya.

 Sumber : http://lynk.my/1tZ

Sunday, 25 October 2015

GAMBAR : Mural 3D di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV



Kebiasaan kita akan melihat mural 3D seperti ini di negara luar. Hasil seni dari anak tempatan yang boleh kita banggakan. Tahniah kepada anak muda yang berani mencuba seni lain dari yang lain ini.

Orang ramai yang ingin melihat mural 3D ini, boleh la berkunjung ke Nisa' Book Cafe yang pertama di buka di Kelantan. Bertempat di tingkat atas Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

SOAL & JAWAB : Kisah Benar Luahan Hati Suami Yang Curang Bersama Adik Ipar

Gambar Hiasan
 
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya. Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada. Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

SUAMI TERTEKAN 
Johor Bahru

-------------------------------------------------------------

JAWAPAN Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.

MEMALUKAN!! Ustazah Ini Berzina Dengan Lelaki Saat Suami Menunaikan Haji Di Mekah

Gambar Hiasan
Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.
“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

KAFE BERKONSEPKAN "STEAMPUNK" DI ROMANIA DENGAN MENGELUARKAN TENAGA KINETIK


Sebuah kafe steampunk boleh menghilangkan rasa dahaga dengan keadaan reka bentuk tidak konvensional. The Enigma Cafe & Bar di Cluj-Napoca, Romania, adalah tempat yang unik di mana hiasan menjadi hidup melalui tenaga kinetik. Anda akan tertarik pada mulanya, kemudian dipukau dengan keunikannya

Diilhamkan oleh idea perjalanan masa, pereka Romanian daripada 6th Sense Interiors membayangkan kafe sebagai satu penghormatan kepada masa dan gerakan:
"Di tengah-tengah ia adalah idea yang sering dikunjungi mesin masa, tetapi kita semua perlu akui bahawa terdapat lebih ke masa daripada sekadar perjalanan masa.  Masa adalah, selepas semua, bahan yang hidup diperbuat daripada; dan semua butiran di antara, yang sentiasa ditambah kepada akta yang sama yang semakin meningkat dan evolusi, adalah masa dikekang. "


Memperkenalkan elemen kinetik dalam reka bentuk ruang awam merupakan idea yang diilhamkan sebagai penuh dengan hiasan yang menggerakkan anda. Sama seperti pintu masuk Epic Society dalam Timisoara, Romania, dijaga oleh patung yang dilindungi dengan mosaic cermin, pintu masuk ke kafe steampunk ini dijaga oleh familiar silhouette: orang mengayuh basikal.


Kisah masa adalah cerita tentang diri kita sendiri, sebagai pereka menjelaskan: "Umumnya, masa adalah jam gergasi. Inilah sebabnya mengapa cerita reka bentuk kami bermula dengan jam - bukan sahaja apa-apa jam, tetapi salah satu yang memberikan anda merasakan seperti berada di dalamnya. Diletakkan di dinding yang jauh setentang dengan bar, jam mengesankan pada mulanya kerana saiznya.
"Frame oleh rim kayu, jam ini menawarkan perspektif yang dalam, dengan berpuluh-puluh roda saiz yang berbeza bergerak pada masa yang sama. Jam ini juga diterangi oleh band LED di tepi bingkai kayu. Mekanikal, apa yang kami cuba untuk membina di sini adalah pandangan yang di dalam masa itu sendiri. "


Ada idea yang lebih mendalam asas konsep ruang ini, sebagai pereka mengumumkan: "Pelbagai butiran memberi tumpuan kepada imej labyrinthian: corak pada siling, beberapa papan industri yang mewakili pintu masuk rahsia kepada semua orang-kemungkinan kehidupan telah dikhaskan untuk kita, kunci kepada yang adalah pilihan muktamad yang kita buat, pilihan yang sama ada akan memenjarakan kami atau memerdekakan kita.

"Seperti mana-mana bahagian jentera, masa yang kita telah mencipta dalam Enigma dikuasakan oleh enjin juga dapat dilihat dengan jelas dengan mata kasar, diletakkan di dinding depan kaunter bar. Ini berfungsi sebagai saluran keluar kuasa untuk kedua-dua jam gergasi dan mesin masa berbentuk lif bertujuan untuk membawa anda ke zon masa yang berbeza. Kami telah menetapkan semuanya untuk anda: cerita yang direka masa ".

Banyak gambar dan video oleh Gabriel Rosca menunjukkan kepada kami butir-butir kelab. Usul itu arca kinetik ini juga boleh dilihat dalam video di bawah. Satu lagi reka bentuk kafe luar biasa untuk mencari di Cluj-Napoca adalah salah satu yang menggabungkan kadbod, kopi dan budaya. Kawasan awam harus memberi inspirasi, dan keindahan alam semula jadi Romania seolah-olah melakukan keajaiban untuk minda yang kreatif.




Saturday, 24 October 2015

Muhammad Razin Akmal menunjukkan gambar terakhir mereka sekeluarga.

Muhammad Razin Akmal menunjukkan gambar terakhir mereka sekeluarga.

KEMAMAN – Anak jurukamera TV3 yang maut di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam, Muhammad Razin Akmal Nor Azman Jumahat berkata, pesanan akhir arwah bapanya yang memintanya belajar elok-elok.

Katanya, pesanan Allahyarham bapanya terngiang-ngiang  selepas mendapat tahu mengenai kemalangan menimpa arwah bapanya itu pada jam 11 malam.

“Dua hari lepas waktu nak pergi sekolah, saya hubungi ayah dan arwah beritahu sedang siap-siap untuk pergi ke pejabatnya. Sebelum habis berbual, arwah ayah pesan supaya saya belajar elok-elok.

“Arwah ayah juga ada bagitahu yang dia nak balik ke rumah kami di Kuantan pada hari ini tapi tak sangka pula lepas habis kerja semalam arwah terus bergerak pulang ke Kuantan,” katanya.

Allahyarham Nor Azman Jumahat, 41 yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 156 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.

Dalam nahas kira-kira jam 9 malam semalam, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada hampir seluruh anggota badan.

Kata Muhammad Razin, dia mengagumi pekerjaan arwah bapanya itu sebagai jurukamera kerana arwah dapat mengharungi pelbagai cabaran sepanjang bergelar petugas media.

“Saya dan mak pernah ikut arwah ayah buat liputan di Pulau Lang Tengah. Arwah waktu itu turut menyelam di dasar laut untuk rakam video yang menarik. Tugas ayah agak lasak dan dia juga kerap pergi ke tempat-tempat jauh untuk buat liputan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana dapat melakukan kejutan ulang tahun kelahiran buat bapanya pada 9 Jun lalu sebelum Allahyarham pergi buat selama-lamanya.

“Waktu itu saya dan mak pergi ke pejabat arwah di Seri Pentas dan sambil pegang kek saya ucapkan selamat hari jadi di hadapan ayah dan dia nampak cukup gembira,” katanya.
 Sumber : http://lynk.my/vOc (Sinar Harian)

Langkah selesai 1MDB tidak disentuh dalam bajet


KUALA LUMPUR - Pas mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak menjelaskan langkah menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Bajet 2016, semalam.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, apa yang paling penting dalam bajet kali ini ialah berkenaan menyelesaikan isu 1MDB seperti dijanjikan kerajaan.

“Kami kecewa kerana 1MDB tidak menjadi tumpuan kerajaan di sebalik tanggapan dunia bahawa isu ini asas yang membawa masalah kepada negara.

“Kerajaan seharusnya mengumumkan apa yang telah dilakukan susulan janji untuk menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya mendedahkan langkah penyelesaian yang telah dibuat seterusnya mengurangkan tanda tanya dalam kalangan ahli parlimen dan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan kerajaan yang meneruskan pelaksanaan GST bakal memberi tekanan kepada rakyat dan meningkatkan kadar inflasi.

Katanya, GST telah dijadikan satu sumber pendapatan paling penting pada kerajaan dan secara tidak langsung menyumbang masalah kepada rakyat.

“Mungkin pada kerajaan ia salah satu tindakan yang betul, tetapi ia juga amat menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan seperti harga barang dan tol.

“Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga merupakan satu tindakan populis bagi memenangi hati rakyat. Namun pada hakikatnya, ia bukan salah satu langkah penyelesaian untuk menyelamatkan rakyat daripada kemiskinan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merahsiakan adakah ingin menerima atau menolak bajet yang telah dibentangkan perdana menteri.

Sumber : http://lynk.my/5XP (Sinar Harian)

Belanjawan 2016 : Permohonan Visa Secara Atas-Talian Dan e-Visa Akan Dilaksanakan

Dalam usaha meningkatkan pendapatan daripada arena pelancongan, kerajaan turut akan melaksanakan beberapa perkara yang memudahkan pengunjung luar ke Malaysia, dan juga penduduk tempatan ke luar negara.

Passport Malaysia

Berkongsi mengenainya, Najib Razak mengumumkan yang mana mereka akan melaksanakan permohonan visa secara atas-talian tidak lama lagi, dan akan dimulakan dengan beberapa negara, termasuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan juga Kanada.
Disamping itu, untuk memudahkan pelancong luar ke Malaysia, kerajaan akan melaksanakan program e-Visa – dan ia akan dilaksanakan bermula pertengahan 2016 kelak.

Sumber : Amanz.my

Chrome Untuk iPad Dikemaskini – Menyertakan Sokongan Multi-Tasking Pada iOS9

Apple melalui iOS9 telah memperkenalkan salah satu fungsi baru yang dinantikan ramai, iaitu kebolehan multi-tasking dengan menjalankan aplikasi secara bersebelahan pada tablet mereka, iPad.

Google Chrome iOS9 
Beberapa aplikasi telah menyokongnya ketika pengenalan, dan terkini, Google menambah sokongan yang sama pada aplikasi pelayar web mereka, Google Chrome.

Melalui Chrome 46, fungsi yang dinamakan sebagai split-view ini boleh digunakan pada iPad Mini 4, atau iPad Air 2 sahaja.

Disamping itu, Google turut mengumumkan kini pengguna boleh membuat input dengan lebih mudah melalui integrasi fungsi autofill pada pelayar web.

Bagi anda yang mempunyai iPad Air 2 atau iPad Mini 4, anda boleh menikmati fungsi split-view ini dan meningkatkan kadar kelajuan anda membuat sesuatu tugasan.

Siapakah Sebenarnya Pemilik Suara "Siri" Dalam Produk Apple


Bermula dengan iPhone 4S, Apple melancarkan teknologi Siri dalam setiap perantinya. Mesti korang pernah bercakap dengan Siri kan?

Selepas dua tahun kewujudan Siri dalam kehidupan pengguna produk Apple, akhirnya Apple mendedahkan siapa sebenarnya pemilik suara Siri.

Suara asal Siri adalah sebenarnya milik seorang suara latar yang bernama Susan Bennett.


Susan Bennett merupakan seorang penyanyi, suara latar yang bekerja di kawasan Atlanta. Muzik menjadi sebahagian besar dalam hidupnya.

Selepas suaranya dilancarkan dalam Siri pada tahun 2013, hidupnya seolah-olah selebriti. Sejak itu dia menerima banyak tawaran pekerjaan. Malah lebih dari 400 jemputan temuduga diterimanya.
"Pertama kali saya mendengar suara saya sebagai Siri adalah apabila kawan saya menghubungi saya melalui email dan berkata "bukankah ini kamu?" dan apabila saya memasuki laman web Apple untuk mendengar suara saya hanya menyedari bahawa ia adalah saya" - Susan Bennett.

14 Cara Berbelanja Agar Tidak "Pokai" Pada Hujung Bulan

"Aduh, tol naik, GST lagi, belanja pun semakin bertambah la nampaknya." Itulah keluhan yang sering kita dengar kini.

Gaya hidup sebagai gadis memang memerlukan banyak belanja tidak kira di rumah, kolej, tempat kerja mahupun keperluan peribadi lain.

Bertindak bijak dengan berjimat! Itu yang boleh kamu lakukan untuk menangani masalah ini.

Ayuh, mari praktikkan 14 cara hidup berjimat ini untuk ‘selamatkan’ wang kamu.

1. Kad kredit

Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.

2. Beli Barang

Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.

3. Petrol & Kenderaan ke Kolej/ Pejabat

Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.

4. Masak Di Rumah

Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu

5. Kawal Bajet

Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.

6. Mix & Match Baju

Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.

7. Suppliment & Ubat Kurus Badan

Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu 'cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let's the beauty come naturally.

8. Senaman

Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.

9. Alatan Penjagaan Diri

Guna dengan cermat dan tidak membazir. Alat make-up juga harus digunakan dan dijaga dengan sebaiknya. Tak perlu beli blusher dua tiga kali seminggu sebab hilang dari handbag.

10. Jualan Murah

Jika kamu peminat setia kepada sesuatu berjenama, tunggu sahaja bila ada jualan murah. Kamu mungkin dapat membeli lebih dari satu barang pada harga yang sama. Ini lebih menguntungkan bukan?

11. Entertainment

Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.

12. Pelan Data

Tidak dinafikan, sebahagian duit dileburkan untuk menghidupkan smartphones kamu. Pilih data internet yang berbaloi mengikut keperluan dan penggunaan kamu.

13. Keluar Dating

Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.

14. Bercuti

Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak 'overspend' sepanjang perjalanan nanti.

Sumber : Remaja Karangkraf

Friday, 23 October 2015

BAJET 2016: Pengguna Prabayar Akan Terima Rebat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan di dalam Belanjawan 2016 bahawa pengguna prabayar akan menerima kembali rebat bersamaan dengan amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dibayar mereka sebelum ini.

Perdana Menteri mengatakan amaun berkenaan akan dikreditkan semula secara automatik kepada pengguna bermula daripada 1 Januari 2016 hingga Disember 2016 kelak.

Sebelum ini bermula 1 April lalu kerajaan telah melaksanakan GST di mana menyaksikan harga tambah nilai prabayar turut mengalami kenaikan sebanyak 6 peratus.

Bagaimanapun pada 19 Oktober lalu, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.