Showing posts with label WTF. Show all posts
Showing posts with label WTF. Show all posts

Sunday, 19 June 2016

[Video]KEJAM !! Ibu Tampar Dan Tekup Mulut Bayi Di Restoran

FILIPINA - Tindakan seorang ibu menampar dan menekup mulut bayi perempuan berusia lingkungan 2 tahun, viral di media sosial.

Kejadian yang berlaku di premis makanan segera itu dirakam salah seorang pelanggan restoran yang datang dengan rakannya untuk singgah minum kopi. 


Video berdurasi 1 minit 8 saat itu menunjukkan wanita berkenaan menampar muka anaknya selain dari menekup mulutnya sehingga hampir terbaring, sambil diperhatikan oleh kakaknya. 

Dakwa pengadu lagi, wanita itu turut menyumbat tisu di dalam mulut si kecil agar dia berhenti menangis.

"Terkilan tengok bayi itu dipukul secara berterusan dan mulutnya disumbat dengan tisu.

"Saya berhenti merakam video ini dan mula melambai-lambai pada bayi itu dan buat muka kelakar. Bayi itu berhenti menangis dan merenung saya dengan matanya berair.

"Saya cuba ambil perhatian bayi itu. Syukur pada tuhan dia sudah berhenti menangis," katanya.

Sumber : PixelMedia

Friday, 17 June 2016

‘Orang Puasa La B**i!’- Gadis Bangsa India Ini Luah Perasaan Dimaki Ketika Makan Dalam Kereta

Selain menahan lapar dan dahaga, puasa juga mengajar kita untuk bersabar, kawal emosi serta sucikan pemikiran dari segala benda-benda yang negatif. Yes, bulan puasa merupakan bulan yang mencabar bagi umat Islam kerana kadang-kadang tu nampak orang makan sedap-sedap depan mata.. ‘Gulp! Sedapnyaaa’
Tapi itu bukan alasan untuk kita menegur atau memaki mereka kerana makan depan kita. Biar lah, tapi ini apa yang terjadi kepada seorang gadis berbangsa India apabila dia dimaki oleh seorang lelaki kerana makan dalam kereta. Laaa.. Makan dalam kereta yang orang tak nampak tu pun boleh kena maki? Berita lanjut di bawah..

Tengah menikmati sarapan pagi dalam kereta tiba-tiba..


Gadis berbangsa India ini sangkut dalam kesesakan lalu lintas dan dia terpaksa bersarapan dalam kereta dengan berbekalkan satu milo dan biskut chocolate chip. Bila tengah makan tu tiba-tiba datang seorang lelaki datang ketuk cermin gadis ni dan jerit “Orang puasa la, B**i!”
Selepas itu dia terus berkata “Tak faham bahasa ke pekak, India k**l**g balik India la!” Oleh daripada kejadian tersebut gadis ini tak tahu nak berkata apa dan tak sangka perkara itu boleh terjadi. Katanya “Saya seakan tak boleh makan biskut dalam kereta lagi. So yeah. Malaysia boleh.”

Ini respon dari netizen..



Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa cerita itu macam dibuat-buat. Tapi kalau betul sekali pun, tindakan lelaki tu amatlah bersifat kebudak-budakan.
Sumber : Twitter

Sunday, 12 June 2016

MEMALUKAN !! Kerana Terlalu PERCAYA Dengan Darah Daging SENDIRI ! Inilah Padahnya !


Salam encik Azmi. Berkenaan kes yang tengah encik bangkitkan, saya mahu berkongsi pengalaman saya sendiri dengan encik. Saya akan tulis dalam bahasa Melayu agar semua (terutamanya orang kampung kita) boleh faham dan saya harap mereka ‘terhantuk dan terjaga’.

Bapa meninggal dunia di waktu saya berusia 2 tahun. Ibu terpaksa bekerja meninggalkan saya dengan nenek. Di sinilah bermulanya sejarah hitam apabila nenek selalu meninggalkan saya bermain dengan pakcik saya.

Saya tidak tahu berapa umurnya. Dia akan ajak saya bermain dalam bilik dan upahnya? Keropok. Pada masa itu, saya berusia 3 atau 4 tahun. Dia suruh saya hisap kemaluannya dan akan memberi upah keropok. Saya ambil keropok itu dan lari sekuat hati keluar dari rumah terus pergi ke rumah kawan.

Bila menjelang malam, nenek suruh tidur dengan pakcik tetapi saya menolak. Akibatnya saya dipukul oleh nenek sampai menangis. Tetapi saya tidak kisah, saya tidur di depan bilik tidur nenek asalkan bukan dengan pakcik.

Pakcik selalu suruh saya duduk di atas pehanya tetapi saya tak mahu. Semua orang kata saya budak jahat, degil, tak dengar kata. Jika saya mengadu tentang perkara yang sebenarnya pun, mesti tiada sesiapa yang percaya. Jadi saya mendiamkan diri sahaja.

Tetapi cerita saya tidak habis di situ. Saya beritahu ibu yang saya mahu ikut dia bekerja. Saya tidak mahu tinggal dengan nenek lagi. Mungkin kasihan melihat saya, lalu ibu setuju membawa saya sekali. Semasa tinggal dengan ibu, abang sulung selalu ada di rumah sebab dia tidak mahu pergi ke sekolah. Dia selalu bergaul dengan budak-budak asal dari Indonesia, pekerja ladang di kampung kami. Bila rakan-rakannya menonton video lucah, dia pun akan turut serta.

Satu hari, saya terjaga sebab terasa ada seseorang yang menarik seluar saya. Saya terus bangun dan berlari keluar dari rumah. Jadi, dia gagal mahu mengapa-apakan saya.

Saya mengadu pada ibu mengenai kejadian itu tetapi ibu enggan percaya dan menuduh saya mereka cerita. Ibu suruh saya tidur dengan abang sulung lagi sebab saya tak ada kakak di rumah. Kakak tinggal di asrama. Saya beritahu ibu yang saya tak nak, sekali lagi saya menangis akibat dipukul oleh ibu.

Bulan demi bulan, abang sulung sekali lagi cuba mengulangi perbuatannya. Saya menangis sekuat-kuat hati sehingga ibu terjaga. Akibatnya? Saya dipukul lagi.

Akhirnya saya masuk ke sekolah, darjah 1 dan layak masuk ke asrama. Jarak rumah dengan sekolah agak jauh, jadi sekolah sediakan asrama. Memang saya sangat gembira dapat berjauhan dari semua lelaki jahat itu tetapi di sekolah saya semua cikgu lelaki.

Ada seorang cikgu itu dia memang gatal. Nak minta ciumlah, apalah. Pernah sekali dia mahu meraba pelajar perempuan. Maaf cakap, budak kampung memang naif tak reti buat apa dan budak itu biarkan sahaja. Dia darjah 5 dan saya baru darjah satu pada waktu itu. Saya geram dan saya laporkan pada warden asrama. Tetapi tak tahulah ada tindakan atau tiada.

Saya pindah sekolah, ikut ibu ke Kuala Lumpur sebab ibu sudah berkahwin baru. Alhamdulillah berjauhan dari mereka semua. Ibu saya dah balik semula ke kampung tetapi saya tidak mahu mengikutnya. Ibu tak benarkan saya duduk di sini tetapi saya kata saya enggan berjumpa sesiapa pun di kampung. Namun tidak pula saya menceritakan hal sebenarnya sebab saya tahu ibu tidak akan percaya.

Saya ambil keputusan untuk berkahwin walaupun usia baru 18 tahun pada masa itu. Lebih baik kahwin dan ada orang yang melindungi saya daripada balik ke kampung berjumpa dengan manusia yang bersifatkan binatang.

Mereka berani memperlakukan saya seperti itu kerana ibu bapa bukannya mahu percaya pun kalau budak-budak mengadu. Mereka akan pukul dan menuduh anak mereka sendiri jahat dan mereka cerita.

Bukan bermaksud saya membenci ibu dan nenek tetapi mereka tidak peka dengan perkara-perkara seperti ini boleh berlaku pada saya. Sepatutnya adik beradik lelaki dan perempuan dipisahkan bilik dan diawasi pergaulan mereka. Begitu juga dengan pakcik saya itu. Tolonglah jangan percaya mereka akan menjaga anak kita.

Berpuluh tahun saya menyimpan rahsia ini sebab tak mahu malu tetapi perkara ini semakin serius dan ada yang tak percaya perkara seperti ini berlaku. Mereka ingat rogol ini semua hanya orang luar saja yang boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sehingga terlupa nak melindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah, Allah melindungi saya. Saya tidak menjadi mangsa rogol mereka sebab saya jenis degil. Kalau orang buat saya menangis saja, tak pun saya menjerit atau gigit dan selepas itu lari.
Apa yang akan terjadi kalau saya jenis budak yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Saya nak kongsikan cerita ini secara terperinci tetapi pahit sangat untuk dikenangkan semula. Bila teringat, terasa meluap-luap kebencian terhadap mereka.

Terima kasih encik Azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat. 

Sumber :Rakan Syed Azmi, PIXEL MEDIA

Friday, 10 June 2016

PENUH DENGAN ULAT !! Macam Mana Nak Berbuka?

SEORANG lelaki mengalami pengalaman meloyakan apabila menemui ulat dalam juadah berbuka puasa yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kedah.



Video dan gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Alias Ismail itu telah dikongsikan ribuan netizen sebaik ia dimuat naik.
Menerusi video tersebut dapat dilihat, terdapat ulat yang bergerak-gerak pada ikan yang dibelinya.
"Assalamualaikum kawan-kawan Facebook semua. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf andai video saya ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Motif viral saya pada video ini bukan nak menjatuhkan peniaga melayu di luar sana. Cuma sekadar perkongsian pengalaman saya sebagai seorang pembeli.
Maksud pembeli di sini, saya membeli dengan wang, bukan saya ambil secara percuma. Bila sebut wang ini, saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ini.
Kenapa saya terkilan? Kawan-kawan semua boleh tengok sendiri video serta gambar yang saya kongsikan ini. Saya tak mahu cakap lebih-lebih. Apa yang saya tahu, taubat lahom saya takkan beli di tempat itu lagi"
Menurut Alias yang berasa menetap di Taman Bersatu, Kuala Nerang juadah itu baru saja dibelinya petang semalam untuk berbuka puasa justeru dia tidak menyangka boleh ada ulat bersepah-sepah di dalam isi ikan tersebut.
“Putus selera berbuka tadi. Ikan habis separuh, baru perasan ada ulat di tulang-tulang ikan itu. Kembang tekak,” katanya.
13417584_820158848114834_1043711585054904071_n
13325515_820158741448178_9010139342837187473_n
Walau bagaimanapun apabila netizen memintanya memberitahu lokasi gerai terbabit, Alias enggan mendedahkannya kerana tidak ingin menjatuhkan air muka peniaga tersebut..selamat berpuasa.

Sumber : Fb

Suami Isteri Jual Video Berjimak Akibat Kesempitan Hidup


Kesempitan hidup mendorong sesetengah orang untuk melakukan perkara yang tidak masuk akal malah lebih teruk lagi, sanggup menggadai maruah diri.

Kisah sepasang suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila dikatakan sanggup membuat Live Seks semata-mata inginkan wang. Malah lebih teruk lagi, penonton juga berpeluang “menyetubuhi” si isteri berkenaan dengan bayaran tambahan.

 Menurut laporan liputan6 pada 21.05.2016, awalnya pasangan itu membuat live seks di depan 4 orang secara percuma sebagai percubaan (test market).

Difahamkan, si suami yang berusia 33 tahun adalah pelajar lepasan Sarjana Information Technology , namun sejak setahun lalu beliau menganggur akibat di buang kerja.

Manakala isterinya 31 tahun, adalah seorang buruh kilang yang bergaji rendah. Mereka berdua juga mempunyai dua orang anak dan kerana kesempitan ekonomi yang menghimpit, muncul idea untuk live seks sebagai jalan pintas cari duit dengan cepat.

Katanya idea itu datang dari isterinya sendiri ,tanpa fikir panjang si suami pun setuju, lalu ia mempromosikan khidmat layanan tersebut di sebuah laman web bertajuk “perwira perang(maaf ,tidak boleh di dedah )melati”

Iklan tersebut terus mendapat respon dari beberapa pengguna media jaringan sosial, namun katanya pelanggan yang di ambil di tapis dengan ketat kerana takut ada penyamaran.

Katanya pelanggan juga harus di temu duga dan di uji dengan melalui beberapa tahap,bila sudah di anggap percaya baru boleh masuk ke lokasi dimana live seks di adakan.

Kedua pasangan tersebut meletakkan harga sebanyak Rp 800 ribu iaitu sekitar RM250 seorang hanya untuk menonton saja, apabila ingin mengadakan hubungan intim dengan isterinya harus menambah bayaran dua kali ganda, jumlah penonton dalam sekali tayang hanya berjumlah 4 orang dalam satu malam.

Menurut Murgianto Komisaris Kepolisian Metro Jakarta Selatan, saat isterinya melakukan adegan intim dengan lelaki lain, si suami turut merakam aksi itu dan menurut pengakuan pelaku video itu di ambil untuk koleksi ,katanya.

Kini pasangan tersebut telah di sumbat ke dalam penjara Metro, Jakarta setelah ditangkap pada khamis, 19 mei 2016. Dengan penyamaran, anggota polis berjaya masuk ke tempat live seks di adakan yang beroperasi sejak setahun lalu.

Ketika serbuan di buat, pihak polis menangkap 4 orang dan mendapati beberapa barang bukti, seperti kondom, minyak pelincir, kamera,dan handphone,serta beberapa resit pembayaran.

Atas perbuatan itu, kedua suami isteri tersebut di jerat dengan hukuman 10 tahun penjara. Bagaimanapun kedua anak pasangan itu diserah kepada neneknya untuk penjagaan. Pasangan berkenaan di dapati menikah pada tahun 2010 lalu.

Kisah ini wajar dijadikan pengajaran buat kita semua, walaupun kita diduga dengan ujian kesempitan hidup jangan sesekali ambil jalan mudah hingga sanggup melakukan perkara tidak senonoh. Percayalah, masih banyak pilihan yang boleh dipilih walau sesempit mana pun hidup.

SUMBER : CARI Infonet

Friday, 27 May 2016

MashaAllah ! Pasangan Zina Ini Mati Dalam Kemalangan Yang NGERI Dan Sangat MEMALUKAN !

Gambar Sekadar Hiasan
Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… 
Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? 
Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

Wallahualam..

Nauzubillah Min Zalik

Sunday, 22 May 2016

VIDEO Suami Kantoi Curang! Isteri Ajar Suami Dan Kekasih Di Tengah Jalan

KANTOI CURANG ISTERI AJAR SUAMI DAN KEKASIH DI TENGAH JALAN



Balasan lelaki curang akibatnya Luis Alberto Diaz mendapat malu besar apabila isterinya, Adalia Brinez telah menahan kenderaan yang dinaikinya bersama dengan perempuan simpanannya di tengah jalan yang sesak di Colombia.

Adalia, yang tidak mempedulikan orang di sekeliling serta bunyi hon kenderaan di belakang, telah memaki hamun Luis dan kekasihnya, Daniela Murcia.

Sorakan daripada orang ramai turut membangkitkan semangat Adalia, malah ada yang menghulurkan kayu kepada Adalia supaya memukul suaminya dan wanita itu.

Adalia turut menjerit meminta supaya wanita itu keluar dari kereta terbabit sambil menegaskan bahawa kenderaan itu adalah miliknya.

Hanya selepas lima minit barulah polis tiba namun mereka terpinga-pinga dan keadaan hanya selesai selepas ketua mereka sampai di situ.

Polis turut merampas kayu yang dipegang oleh Adalia. Ketika itu juga barulah Luis berani bersuara dan menunjukkan muka kepada polis.

Ketika itu orang ramai menjerit “suruh anjing itu keluar”.

Melihatkan kepada keadaan di mana orang ramai menyebelahi isterinya, Luis telah meminta polis mengiringinya kekasihnya bagi mengelakkan dia dipukul.

Pada masa sama Adalia cuba menarik rambut Daniela namun gagal.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Adalia, Luis dan Daniela selepas itu.



Sumber : YouTube

KEJAM ! Dunia Akhir Zaman ! Masyarakat Yang Tidak Mempunyai HATI Kasihan Pada Bayi Ni !


Seorang bayi berusia sekitar dua tahun terlihat dalam keadaan terlanjang sambil berbaring di dekat tangga tempat laluan orang ramai, sayangnya tidak ada seorangpun yang tergerak hati untuk memeriksa keadaannya.

Dilansiri Elitereaders, Selasa (22/9/2015), pemandangan yang sangat menyedihkan terjadi di Manila, Filipina.

Bayi berkulit sawo matang, perutnya buncit dan di tangan kanannya memegang makanan terbaring di tangga.

Sementara itu, sejumlah orang yang melintas di hadapan bayi malang itu hanya mampu melihat tanpa memeriksa keadaan bayi itu apakah dia masih hidup atau sudah mati.

Kejadian yang menimpa pada bayi itu disebarkan melalui internet di media sosial Facebook dan mula tersebar luas di Malaysia, Indonesia, Singapura Dan di negara yang berdekatannya dan kini menjadi viral.

Sejumlah netizen yang melihat foto bayi malang tersebut mengutuk orang-orang yang sedang melintas di hadapan bayi tersebut kerana tidak mempunyai perasaan perkemanusiaan kerana hanya mempu membiarkan bayi yang malang di tempat itu.

"Woi,...!!! mana hati nurani manusia ini??? hanya biarkan saja, bantula bayi ini dan kalau boleh bawa dia ke hospital," ini nak periksa pun tak nak" tulis seorang netizen.

"Dunia sudah di penghujung, manusia tidak ada lagi rasa saling peduli, apakah mereka itu boleh disebut manusia," lagi tulis seorang netizen.

SUMBER : LebaiOfficial